Adapun resepi nie saya perolehi dari rakan FB. Kalau x silap kak Fadhilah (maaf kalau tersilap). Memang best tepung pelita yang satu nie. X rugi mencuba. Buatnya pun senang, sesuai untuk orang yang tengah malas tapi nak makan sedap. Apa2 pun kuih melayu nie yang penting santan mesti kena mantap barulah kaww gitu...Maaf kak Fadhilah ada berlaku penderhakaan sedikit untuk memenuhi kehendak tekak yang satu nie...
Meh kita selongkah rahsia kesedapan
TEPUNG PELITA
Bahan-bahannya:
Lapisan bawah ;
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
daun pandan -diblender dengan sedikit air
1 sudu besar air kapur
sedikit garam
Cara membuatnya:
Campur semua bahan di atas dan bancuh sebati.
Masakkan tepung yang diadun.
Kacau sehingga pekat dan berkilat.
Masukkan ke dlam bekas @ bekas daun pisang
Lapisan atas:
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
4 cawan santan pekat
sedikit garam
Cara membuatnya:
Bancuh semua bahan diatas
Masak sehingga pekat.
Curahkan ke atas lapisan bawah
Sejukkan
Dah boleh dihidangkan...
No comments:
Post a Comment