Friday 4 December 2015

CHOCOLATE WALNUT TORTE CAKE

Serius..memang sangat sedap kek  ni..pertama kali mencuba..Alhamdulillah dapat menepati citarasa saya sekeluarga ...Sumber resepi di cedok dari Ella Fifi...Terima kasih Ella atas perkongsian ilmu



CHOCOLATE WALNUT TORTE CAKE
Sumber :Ella Fifi

Bahan A:
135gm butter
100gm gula castor

Bahan B:
6 biji kuning telur

Bahan C:
5 biji putih telur
60gm gula castor

Bahan D:
40gm tepung naik sendiri (bluekey)
40gm serbuk koko
55gm serbuk Walnut bakar

Cara:
1.  Pukul bahan A sampai kembang.  Masukkan bahan B.
2.  Masukkan bahan D dan kemudian C (meringue).
3.  Bakar dalam loyang 8in.  Setiap loyang 350gm.
4.  Bakar suhu 180'c selama 25 minit.



PHILIPINES WHITE CHOCOLATE CREAM
Bahan A:
35gm instant custard
125gm fresh milk (dutch Lady)
1/2 st vanila Esen

Bahan B: Double Boiler
125gm White Chocolate Compound

Bahan C:
300gm fresh cream dipukul soft peek

Cara:
1.  Campurkan A.  Kacau sebati.  Masukkan B.  Ketepikan.
2.  Masukkan C.  Gaul sebati.

BAHAN LAIN:
Sekeping Chocolate Crispy (hancur kasar) - 300gm.
Chocolate Ganache (300gm Chocolate masakan dan 100gm fresh cream.)

Cara Melapis:
1.  Bahagikan kek kepada 4bahagian.
2.  Sapukan Chocolate Ganache.
3.  Sapukan cream dan tabur Chocolate Crispy.  Ulang teknik melapis.
4.  Akhir sekali salut kek dengan cream dan hias ikut kreativiti.



RUSIAN BLACK &WHITE CAKE

Hasil gabungan kek choc moist dengan krim cheese dan choc ganasche..mmg super meletop rasanya.
Best sangat2...

Resepi kek dicedok dari resepi kek coklat kukus Munirah Baharum..manakala untuk filling sumber saya ambil dari blogger popular.. Kak Azlita Aziz Masam Manis



RUSIAN BLACK & WHITE CAKE

Sumber: Munirah Baharom

Bahan2 Kek :

Bahan A:

1 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak

Bahan B:

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C:

4 biji telor

Cara2:

Panaskan pengukus
Campur semua bahan A
Masak sehingga semua bahan cair
Sejukkan
Setelah sejuk masukkan bahan B
Kacau sebati
Blender Bahan C
Masukkan ke dalam adunan di atas
Kacau rata
Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" x 8 " yang telah di sapu minyak dan dilapik dengan kertas minyak
Kukus selama 1 jam @ sehingga masak




Bahan Untuk Filling

Sumber : Azlita Aziz Masam Manis

Krim Keju Moca

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing

Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu

Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan 

** Kaedah kukusan boleh rujuk di di SINI

Chocolate Ganache

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos 
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka



Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

SIRAP NESCAFE :

1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam

Satukan semua bahan dan kacau rata 

Kaedah Penyediaan

Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan 
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. 
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek

Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras

Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler
Alihkan kek atas redai
Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek
Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata
Biarkan sebentar

Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula

Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativiti.

Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.

** Untuk lebih jelas cara2 melepa dan menghias kek boleh rujuk di blog kak Azlita Aziz Masam Manis...ada byk tip dan teknik yang diajar di situ

WALNUT CARROT CAKE



Kek ni mmg jadi fav sy setiap kali kalau ada terima order..dan dari feedback pelanggan masing-masing sangat2 berpuas hati..texture kek yg moist, gebu dan yang jelas Insyaallah rasanya mmg memenuhi citasara pelanggan...

Salah satu hasil air tangan saya penghujung tahun 2014 yang ada dalam simpanan saya untuk rujukan saya dan kawan2...kek di  order dari guru2 sek anak2 saya iaitu sek keb kebun baharu

Resepi ni saya ambil dari Juicycafe yang mana resepi asal dari Zuraini Alias

WALNUT CARROT CAKE
Rujukan : Juicycafe
Sumber : Zuraini Alias

Bahan2 kek..
5 biji telur A
1 1/2 cawan gula castor
1 1/2 cawan minyak jagung
3/4 cawan walnut - bakar sebentar dan cincang halus
2 1/4 cawan tepung superfine*
2 sdk baking powder*
1 1/2 sdk baking soda* - *satukan dan ayak
400 gm lobak merah - sagat kasar

Cara2nya..
1. Pukul telur dan gula sehingga gebu dan kembang.
2. Tuang minyak jagung, walnut dan bahan2 yang di ayak, gaul adunan sehingga rata.
3. Akhir sekali masukkan lobak merah sagat dan gaul sebati.
4. Sapu loyang saiz 8 inci dengan sedikit butter, lapik dengan kertas minyak, sapu sedikit butter lagi.
5. Tuang adunan dalam loyang, bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180c selama 1 jam.
6. Sejukkan kek atas redai dan hias mengikut kreativiti masing2 menggunakan cream cheese frosting.

Bahan2 frosting :

250 gm cream cheese
120 gm butter
120 gm gula aising - ayakkan
satukan dan pukul sehingga gebu

Hiasan atas kek :
Hawaii coconut @ croquant




Sunday 2 August 2015

PIE AYAM DAN CENDAWAN



Dah lama terliur dengan menu ni..tapi penyakit M yang kuat melekat kat badan cuma mampu berangan-angan untuk menikmatinya...namun disebabkan keinginan yang tak dapat dibendung lagi..saya gagahkan jugak mengadap dapur menggodek apa-apa bahan yang ada di dapur

Resepi ni saya ambil dari blog Kak Wan @ Citarasawan ..tapi saya ada olah sedikit dengan resepi ni. Apa-apa pun ianya mudah dibuat dan Insyaallah sedap..Bahan-bahan pun boleh di dapati di kedai-kedai runcit



PIE AYAM DAN CENDAWAN

Sumber : Kak Wan
Diolah : Duniadapurkama

Bahan-bahan pastri :

400 g tepung gandum
200g mentega
100 ml air sejuk
1 sudu teh garam



Bahan-bahan inti :

400g ayam kisar @ isi ayam dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dicincang
1/2 sudu besar lada putih ditumbuk halus
1 sudu besar rempah kurma
150gm cendawan butang segar dihiris
100gm sayur campur sejuk beku (saya x letak)
2 sudu besar tepung gandum
1 helai daun bay jika suka
3 sudu besar mayonis
100 ml susu cair
50 ml minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara membuat pastri :

Gaul tepung gandum, garam dan mentega dengan hujung jadi sehingga menjadi serbuk roti
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh
wrap dengan plastik
Simpan dalam peti sejuk selama 20 minit

Cara membuat inti :

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu
Masukkan lada putih
Tumiskan sebentar
Masukkan rempah kurma yanag dibancuh dengan sedikit air
Tumis sehingga agak garing
Masukkan ayam, cendawan, daun bay dan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air
Apabila ayam hampir masak masukkan sayur campur, susu cair dan rasakan dengan garam dan gula
Angkat dan gaul dengan mayonis

Cara membentuk :

Canaikan pastri setebal 2mm
Bentukkan ke dalam acuan pai
Masukkan inti
Tindih dengan baki doh pastri tadi
Rapikan keliling doh dengan garpu
Sapu dengan kuning telur
Bakar dengan api 160c sehingga masak










Saturday 1 August 2015

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Assalamualaikum..

Seperti biasa..terlalu lama tidak bersiaran..Kebetulan hari ni saya ada terima tempahan untuk membuat agar-agar sempena jamun hari raya di masjid di tempat saya tinggal. Jenuh memikir agar-agar apa yang simple tapi best...Kalau bab kuih-kuih melayu ni memang dah tak cari orang lain dah nak dijadikan rujukan..terus terjah ke dapur  Kak Yatie. Skodeng punya skodeng nampak satu resepi ni yang mudah dan nampak macam sedap.Kak Yatie pun dapat resepi ni dari sahabat blogger dan sahabat FB saya iaitu Nadz@Cute Oven..kebetulan semua bahan-bahan yang diperlukan ada di dapur..tak payah pikir lama-lama..apa lagi terus jelah serbu dapur untuk projek melengkung



AGAR-AGAR SANTAN
Sumber : Kak Yatie @Sinar Kehidupan
Rujukan : Nadz@Cute Oven

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm  
  • 1 liter air (4 cawan) 
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
  • 1/4 cwn gula pasir 
  • 250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
  • Secubit garam  
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan


Cara-cara:  
  1. Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
  1. Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.  
  1. Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
  1. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
  1. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
  1. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...


TIPS DAN NOTA NAZ:  
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.  
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.






        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

        RAKAN BERSEMBANG