Showing posts with label APAM. Show all posts
Showing posts with label APAM. Show all posts

Monday, 28 January 2013

APAM POLKA DOT II


Ketak ketik dulu sementara menunggu cik abang balik dari menyopping barang untuk masak tengahari. Adapun resepi ni minggu lepas saya buat..kebetulan saya ada terima order, alang kepalang untuk rujukan sendiri..saya pun buatlah aksi maut baki-baki kuih ini. Disebabkan rasanya yang menepati citarasa dan texturenya yang gebu dan saya amat berpuas hati...jadi saya kongsikan bersama untuk sesiapa yang ingin mencuba.


APAM POLKA DOT
Sumber : gallerymimi
Rujukan : Ain Rusli (Majalah Rasa)

Bahan-bahannya:

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas


Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Tuesday, 1 November 2011

APAM TEPUNG BERAS VERSI 2

Resepi hari ni ialah...APAM TEPUNG BERAS. Kuih kegemaran saya yang paaaaliiiiinggg best. Suka sangat2 dengan kuih nie. Sebelum nie, klu nak buat Apam Tepung Beras kena telipon mak mertua, minta buatkan tapai nasi. Saya nie klu buat tapai memang fail...kalah teruk. Tak taulah kenapa susah sangat nak menjadi tapai. Macam2 teknik dan kaedah digunakan untuk membuat tapai...tapi hasilnya selalu mengecewakan...Alhamdulillah...bila dah terjumpa apam yang best nie xpayahlah nak bertapai -tapai lagi dan bolehlah selalu mengukus kuih nie.


Adapun apam yang best nie datangnya dari rakan FB yang cantik dan comel... Ila Azila. Bila tengok Ila punye apam yang gebu tu hati terus tergoda. Maklumat dari Ila, apam tu datangnya dari dapur MamaFami (http://mamafami.blogspot.com/). Bila jengah dapur Mamafami...mak aiii banyaknya resepi Apam Tepung Beras. Banyak versi... pilih jer mana yang berkenan dihati. Sampai xtau nak buat yang mana satu. Apa-apa pun sebagai permulaan saya pilih menu yang saya rasakan paling mudah...Apam Tepung Beras (Watie). Eh!!! Kenapa ada nama Watie lak kat Apam nie? Sebabnya Mamafami pun terjah resepi nie dari dapur Watie.. http://watiermanlife.blogspot.com/. Itu sebab ada nama Watie tu. 


Apa2 pun  resepi nie memang bestttt. Suka sangat...anak dan cik abang pun suka (diorang nie sangat cerewet soal makan, klu x sedap x terusik makanan tuuuu...)


Jom kukus 

Apam Tepung Beras (Watie) *

Sumber : http://mamafami.blogspot.com/2010/03/apam-tepung-beras-watie.html
Rujukan :http://watiermanlife.blogspot.com/2010/02/apam-tepung-beras.html


Bahan-bahan:  
  • 1 cawan nasi
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula putih
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil yis
  •  sepeket kecil eno
Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula, tepung dan yis. 
Blend lagi hingga sebati. 
Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. 
Perap lebih dari 3 atau 4 jam 
Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. 
Panaskan kukusan. 
Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. 
Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

Friday, 21 October 2011

APAM AYU @PUTERI AYU (VERSI 2)

APAM AYU lagi... apa boleh buat. Dah favorite. Anak2 pun suka sgt dengan kuih yang satu nie. Buatnya pun xlah sesusah mana pun. Apa yang penting kerajinan untuk menghuruharakan dapur. Kali nie resepi Apam Ayu saya cedok dari dapur kak Yatie http://yatiememories.blogspot.com. Sebenarnya saya cukup suka menziarah dapur kak Yatie. Suka cuci2 mata dengan menu yang disediakan oleh kak Yatie. Semuanya nampak mengancam. Memang xtahan dengan aneka jenis juadah yang kak Yatie masak. Teringinlah nak rasa menu dari air tangan kak Yatie. Agak-agaknya bilalah boleh merasa ye????

OK ..berbalik cerita apam ayu nie. Resepi nie adapun lebih kurang jer dengan resepi versi 1. Cuma bezanya dari segi sukatan dan resepi yang ini ada tambahan baking powder. So stukturnya lebih lembut skit (tapi kalau nak ikut iyenya lebih kurang jer...xperasan sangat). Di dapur kak Yatie, kak Yatie buat 2 perasa, 1 perasa pandan dan 1 lagi perasa keladi. Tapi memandagkan suami saya nie kurang minat kuih yang berwarna warni so saya buat perasa pandan jer (perasa original untuk apam ayu)

Oh ye...sebelum terlupa, disini saya ada selitkan gambar ovellete untuk rujukan kekawan yang kurang pasti bagaimana rupa bentuk ovellete tu. Boleh rujuk kat gambar dibawah ye...

Mari kita layan 
APAM AYU VERSI 2

Bahan-bahan (*Yatie guna acuan lebih kecil, dapat lebih kurang 60 biji)

  • 5 biji telur
  • 250 gm tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*(* diayak)
  • 300 gm gula halus 
  • 2 sudu kecil ovallate
  • 250 ml santan 
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan (boleh tukar perisa kegemaran anda)




Inti Kelapa (Sebagai kepala)
     
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara Menyediakan Inti Kelapa

  1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat.


Cara membuat dan mengukus kuih

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan berselang seli dengan tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
  4. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan.
  6. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  7. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.(Yatie kukus 10 minit api sederhana)
  8. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
Inilah dia rupa ovellete @ emulsifier @ quick 75

Sunday, 25 September 2011

APAM POLKA DOT DOT

Assalamualaikum sahabat2 yang mengunjungi DUNIA DAPUR KAMA. Aduiiii...lama betul x bersiaran. Waktu bulan puasa ari tu sibuk dengan projek biskut raya. Dah abis projek biskut raya laaa nie projek menghabiskan duit raya lak...
Bila dah lama x mengadap dapur tahap kemalasan semakin kritikal. Masak ala kadar jerr. Main humban2 jerrr memasak. Kena pulak menyambung puasa Syawal. So mengadap dapur pun waktu petang jer. Itu pun masak kurang lebih je. X teringin nak masak macam2 lak...Syukur Alhamdulillah, telah selesai puasa. So, apa lagi operasi mentonggang langgangkan dapur bermula kembali.
Menu pertama bulan Syawal yang sangat sesuai untuk open house ialah Apam Polka Dot dot. Apam nie kalau nak diikut kedudukannya dicarta teratas dalam kategori apam. Kali kedua buat apam nie, sebelum nie ada pernah cuba buat tapi x menjadi. Bantat...lepas dari tu malas dah nak buat lagi...sebab kalau nak diikut apam kegemaran saya adalah apam tepung beras. So xdelah nak ambik kisah sangat tentang apam nie. Cuma skodeng wall kekawan  FB dan kat dapur2 blogger2...nampak cantik dan menarik...
Tetiba lak entah camne terbuka lak hati nak mengodek dapur nak buat apam dot dot nie. Selak2 dapur kawan2...tengok2 dapur Masam manis kak Ita yang senang buatnya. Kak Ita pulak ambik resepi nie dari Eiza Hamid...Main humban jer semua bahan. Wahhh...nampak senanglah apam nie. Tu yang boleh terjah dapur tu...


Meh kita cuba buat 
APAM POLKA DOT DOT

By: Eiza Hamid

3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum 
220 gm gula halus
150 ml susu segar - saya guna santan 
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa 
Pewarna
Cara membuatnya :
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...


Saturday, 23 July 2011

APAM SNOW WHITE

Resepi nie saya skodeng dari dapur cheKiah @ http://chekiahcollection.blogspot.com/2011/05/apam-snow-white.html. Rasanya dah ramai member2 buat apam nie. Saya pun confius apa nama sebenar apam nie Apam beras @ Apam snow white (belum sempat study)..  Apa2 pun rasanya boleh tahan...sedap. Cuma dari segi pembuatannya apam snow white jauh lebih mudah berbanding apam tepung beras yang perlu diperam selama 4 jam.

Jom kita copy paste resepi dari CheKiah kita
APAM SNOW WHITE

Apam Snow White
resepi asal : qnq0910@myresipi.com
sumber resepi : http://yatiememories.blogspot.com/ & http://chekiahcollection.blogspot.com/2011/05/apam-snow-white.html

Bahan-bahannya:- 
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air



Cara-Cara Membuatnya:-
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.
Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur.
Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit.




Note: Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

Monday, 11 July 2011

APAM AYU @PUTERI AYU

Memang sedap tapi buatnya kena berhati-hati, kalau x Mr. Tong yang ngap. Saya klu buat kuih apam x kiralah apa jenis apam memang kecut perut. Kuih apam memang perlukan belaian kasih sayang dan sentuhan yang lemah gemalai. X boleh kasar-kasar dengan dia tau, nanti kalau dia marah maka akan terserlahlah kebantanannya. Memang banyak ragamnya Cik Ayu dan seangkatan dengannya. 
Xyah cerita panjang jom kita belajar buat 

APAM AYU :
Peralatan : acuan apam ayu yang dipanaskan dan disapu minyak

Bahan2:
6 biji telur gred C (saya guna gred B)
300gm gula
1 sudu kecil ovelette
1 cawan santan pekat
300gm tepung gandum
1/2 sudu besar Pewarna dan perasa pandan (saya guna sedikt je pewarna sebab suami saya x suka kuih berwarna garang)
Kelapa parut (putih) digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi.






Cara membuatnya:
Pukul telur sehingga kembang (putih)
Masukkan gula
Pukul sehingga kembang
Masukkan ovellete
Masukkan pewarna hijau dan perasa pandan
Pukul sehingga menjadi krim
Masukkan santan dan tepung gandum serentak
Kacau dengan perlahan dan berhati2 
Isi acuan apam dengan kelapa parut dan adunan apam.
Kukus sehingga masak (lebih kurang 15 mint).

TIPS:
Pastikan telur, gula dan ovellete dipukul betul2 kembang sehingga menjadi krim dengan menggunakan high speed.
Ketika memasukkan tepung dan santan hendaklah berhati-hati, kacau dengan perlahan dan lembut (macam kacau adunan baulu). Kalau x, bancuhan akan menjadi cair(bantat)
Tujuan kelapa parut dicampur dengan tepung ubi adalah agar kelapa parut akan melekat dan x berderai selepas dikukus.



Friday, 1 July 2011

APAM TEPUNG BERAS

Apam Tepung Beras...inilah kuih kegemaran saya anak beranak. Asal balik kg, kalau ada kuih tu pasti kami sekeluarga yang habiskan. Memang sedap...Mak mertua saya bab apam tepung beras memang pakar. Suka sangat makan apam yang mak mertua buat...sambil tu saya cedok2lah resepinya.

Kalau nak tau resepinya meh kita layan :

APAM TEPUNG BERAS

Bahan-bahan :
1 paket tepung beras
2 cawan tapai nasi
1 1/2 cawan gula
4 cawan air
2 paket eno

Cara membuatnya:
Campur semua bahan diatas kecuali eno.
Blenderkan bahan tersebut
Peram selama 4 jam.
Bila hendak dikukus baru masukkan eno dan pewarna.
Kacau sebati.
Kukus sehingga masak (kalau acuan cawan dalam masa lebih kurang 15 minit, kalau loyang lebih kurang 45 minit)

TIPS :
Sukatan cawan adalah cawan minum kopi eg. arcopal.
Sekiranya tapai nasi berair, jadikan sukatan air tapai termasuk dengan 4 cawan air. Jangan sampai terlebih air.
Untuk mendaptkan apam yang merekah, masukkan bancuhan kedalam cawan hingga penuh dan masak guna api yang agak kuat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG