Showing posts with label MUFFIN. Show all posts
Showing posts with label MUFFIN. Show all posts
Wednesday, 18 September 2013
BANANA MUFFIN
Assalamualaikum semua...Apa khabar?
peh..peh..pehhhh..dah berkurun tak mengupdate dunia dapur kama..bukan takat bersawang dah..semua benda dah bersarang kat sini. Siap dah ada penyakit lagi blogku ini..apa boleh buat..nak melayan blog ni pun perlukan masa, modal dan tenaga. Pada saya untuk memasukkan sesuatu resepi di blog ni haruslah dipastikan hidangan itu memenuhi selesa dan citarasa saya sekeluarga. Bukan semua menu yang saya cuba dapat dikongsikan bersama. Biasanya berpuluh resepi dicuba tapi untuk mendapatkan citarasa yang memenuhi kehendak bukannya mudah.Bila experiment lulus di kalangan ahli keluarga baru saya akan kongsikan resepi tersebut di blog ini. Kesuntukan masa juga membataskan saya untuk berkongsi ilmu di sini tetapi apa-apa pun blog ni amat penting buat saya sebab biasanya blog ni akan dijadikan rujukan saya menghidangkan juadah..
Kali ini saya kongsikan resepi yang semudah membuat cekodok pisang tapi keenakannya alahaiii..tak tau nak cakap apalah. Memang best.Resepi ni saya cedok dari dapur kak Shasha Rahmat... membuatnya memang cepat dan cara menyediakannya amatlah mudah sekali...ibaratnya tak perlu bersabung nyawa untuk menikmati muffin yang lazat ni...
jom kita layan resepi
BANANA MUFFIN
Sumber : Shasha rahmat
Bahan A
1 1/4 tepung gandum
3/4 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp baking powder
1/2 cawan gula
secubit garam
1/2 cawan choc chips
sedikit walnut untuk hiasan
Bahan B:
2 biji telur - dipukul sedikit
1/2 cawan minyak masak / minyak jagung
1 cawan pisang masak (saya menggunakan pisang berangan)
1 tsp esen vanila
Cara :
Panaskan oven bersuhu 180'c.
Dalam mangkuk campurkan semua bahan A dan gaulkan rata.
Masukkan bahan B.
Gaul rata.
Masukkan dalam acuan muffin
Bakar sehingga masak
Monday, 7 November 2011
MUFFIN COKLAT
Assalamualaikum sahabat2... Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha. Camne sambutan raya tahun nie? Semalam saya balik kampung rumah mak mertua. Dah lama sangat x balik kampung. Alhamdulillah dapat bertemu mak, abah dan adik beradik. Seronok rasanya bila dapat berkumpul bersama. Meriah betul.
Petang tu sempat gak gi bersantai ke pantai Morib yang semakin cantik, indah dan mempesonakan...
Hari nie saya nak tayang muffin coklat yang sedap dan debom nie. Adapun resepi ni saya ambik dari dapur peminat muffin iaitu Izah Daut http://izahdaut.blogspot.com . Bila menjenguk ke dapur Izah nie mak aiiii...macam2 jenis muffin di tayangkan. Rambang mata dibuatnya. xtau nak cuba yang mana satu. Tapi dek tergoda dengan promote Izah tentang muffin nie so saya pun apa lagi...dengan sepantas kilat lerr mencapai tool dan bahan2 yang diperlukan. Bahan2 pun semua memang dah siap sedia kat dapur. Lagipun proses membuatnya tak perlu bersabung nyawa dan tak perlukan kesabaran yang tinggi. Bahan-bahan untuk membuatnya pun tak perlu macam-macam. Bahan-bahannya simple jerr. Boleh di beli di kedai runcit. Tak payah nak bersusah payah nak mencari ke kedai bahan bekalan bakeri. Apa lagi...dah tak sabar dah nak menikmati keenakan muffin coklat yang memang best...
MUFFIN COKLAT
Bahan-bahannya:
A
2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam
B
2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah
C
3/4 cawan air panas
Cara membuatnya :
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
Ceduk ke dalam muffin cup.
Bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.
Subscribe to:
Posts (Atom)