Tuesday 17 April 2012

TALAM LAPIS KACANG HIJAU


Dulu2 masa saya berniaga kuih talam..selalu gak customer order kuih nie...Apakah maknanya tu? Sebab sedaplah kan...


TALAM LAPIS KACANG HIJAU
Sumber : ITA'S DELIGHT

300g tepung kacang hijau
12 biji telur
250g gula melaka
300g gula pasir
9 cawan santan (4 cawan santan pekat + 5 cawan air paip)
1 steh garam
1 steh pandan paste
1 steh pewerna lemon yellow


Cara:
Campur semua bahan dan tapis
Bahagikan kepada 2 bahagian
Bahagian pertama, campur dengan pandan paste.
Satu bahagian, campur dengan pewrna lemon yellow
Kukus selapis demi selapis dengan menggunakan 2 cawan setiap lapis

Friday 13 April 2012

DADIH COFFEMATE


Dah 2 kali dah buat dadih ni...senang banget dan yang pasti sedapppp..itu je yang boleh dikata. Makan sejuk2 diwaktu panas terik..pehhh..tak terkata lazatnya...

DADIH COFFEMATE
Sumber : Kak Yatie Sinar Kehidupanku

Bahan-bahan ( 20 cup kecil )
  • 10gm agar2 serbuk
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 3 liter air (dlm 12 cwn)
  • 200 gm Coffemate Creamer
  • 1 tin susu sejat/ cair
  • Perisa jagung, strawberry emulco, perisa pandan dan perisa keladi

Cara-cara

  1. Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih.Kacau rata.
  2. Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut.
  3. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yg di kehendaki.
  5. Saya bahagikan pada 4 bahagian dan satu bahagian letak perisa mangga, 1 perisa keladi, 1 perisa pandan dan satu lagi perisa strawberry. Ikut selera masing2lah ya.
  6. Kacau cepat2 setiap perisa tu, dan tuang ke dlm bekas. Biarkan sejuk dan bolehlah di masukkan dlm petiais.
  7. Siap dan bolehlah di makan....fuhhhh nyaman je lalu kat tekak ni(ayat kak Yatie). Selamat Mencuba.

Thursday 12 April 2012

MANGO PANNA COTTA



Terasa nyaman sekali menikmati hidangan ni..lazat x terkata..buatnya pun xde perlu bersabung nyawa..perlukan sedikit jer kerajinan..x perlu banyak2..cuma apa yang pasti kesabaran yang tinggi diperlukan untuk menikmati keenakannya..maklumlah Panna Cotta ni perlu disejukkan dulu baru boleh diletakkan puri manggo...nak bagi set adalah kira-kira semalaman juga...tapi kelazatannya memang tak terkata..




MANGO PANNA COTTA 
by Gert


Ingredient:


7 grm gelatin (1 packet) + 3 tbsp of water
2 ½ cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla @ 1 1 tsp mango esen
1 ripe mango – cut into small cubes or puree

1. Mix the gelatin and water together and set it aside to bloom.
2. Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan.
3. Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved.
4. Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.



Monday 9 April 2012

KEK CHEESE BERSALJI


Dah lama tak N3..sibuk mengexperiment biskut raya 2012. Sebelum ni asyik copy paste resepi orang..kali cuba menguji kemahiran diri..godeklah apa2 yang boleh..Dalam hati berfikir..orang lain boleh buat takkan saya tak boleh kot..cubalah..manalah tau menjadi. Alhamdulillah..dah 2 resepi yang menepati piawai SIRIM food tester kat rumah ni. Tapi ada beberapa resepi lagi yang perlu diselesaikan lagi..


Okey..berbalik kepada resepi kek cheese bersalji..dah lama dah teringin nak merasa kek ni. Tapi belum sampai seru sampailah satu hari skodeng wall kak Ita'Delight..Kak ita bercakap tentang kek ni...kata kak Ita..sedappp sangat kek ni. Aduiii..xdaya dah dengan godaan cheese kek ni langsung saya pun nak mencuba. Kebetulan kak Ita ada linkkan resepi dariTERATAK IMPIAN . Bila teropong resepi..xdelah perlu nak bersabung nyawa nak membuatnya..Kebetulan semua bahan memang dah siap sedia di dapur...Apa lagi...macam biasa...panaskan enjin..siap sedia untuk bergembur...

KEK CHEESE BERSALJI
Sumber : Kak Zai@TERATAK IMPIAN
Resepi : Sherry mz@MyR

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) 
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)





Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Tuesday 3 April 2012

DONUT KENTANG

Tak perlu kata apa-apa...nikmati jer donut  kentang yang lembut gebu nie...


DONUT KENTANG
Sumber : K1


Bahan-bahan :
400gm tepung gandum
11 gm yis
200gm ubi kentang
2 sudu besar susu pekat manis
100gm gula halus
1/2 sudu besar bread softener (Kak Wan tak letak, tapi saya letak)
75 gm mentega
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
120gm air




Cara-cara:
Kupas kentang, rebus empuk dan lenyek semasa panas sehingga halus
Satukan tepung, yis, gula.
Gaul rata
Masukkan kentang lenyek dan semua bahan lain kecuali air
Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikt
Uli doh sehingga menjadi doh lembut dan elastik (kalau ditarik tepung x koyak)
Rehatkan doh selama 15.
Tutup doh dengan kain lembab @ plastik
Timbang 45gm
Bulatkan
Lubangkan tengah
Rehatkan 20 minit
Goreng dengan minyak banyak (menggunakan api kecil)
Salut dengan gula

Sunday 1 April 2012

KEK KUKUS COKLAT MOCCA PUTIH TELUR


Lembut, gebu..terasa lembut sangat bila berada dimulut..Sedapppp..x tipu. Cuma kalau sesiapa yang tak suka manis boleh kurangkan sikit sukatan gula pasirnya ye...Apa2 pun selamat mencuba


Sumber : K1


Bahan A :
525 ml putih telur
400gm gula pasir
1 sudu besar ovellete
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder

Bahan B:
250gm tepung gandum
50gm serbuk santan

Bahan C:
100 ml santan pekat (KARA)
1 sudu teh vanilla
90 gm mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D:
1 sudu besar coklat emulco
1/2 sudu besar mocca emulco


Cara-cara :
Pukul putih telur dengan speed sederhana sehingga berbuih.
Masukkan gula, ovellete, garam dan baking powder
Pukul sehingga putih dan kental.
Masukkan bahan B.
Gaul secara kaub balik sehingga rata.
Masukkan bahan C.
Kaub balik secara rata.
Bahagi kepada 3 bahagian dengan sama banyak
1 bahagian - coklat
1 bahagian  - mocca
1 bahagian - warna asal
Panaskan pengukus.
Tuangkan warna coklat dalam loyang bersaiz 9 inci
Kukus selama 10 minit
Tuang mocca
Kukus 10 minit
Tuang warna asal
Balut penutup pengukus dengan aluminium foil
Kukus selama 20 minit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG