Thursday 31 January 2013

SYAFIYAH 31HB JAN 2013 - 10 TAHUN


Syafiyah..anak ke 3..lahir waktu tu seingatan saya tepat2 CNY. Ingat lagi berdentum dentum bunyi mercun di wad bersalin...anak baik yang banyak membantu dari segala hal...mengurus adik-adik, berkemas rumah dan yang penting tolong menghias kek...Seusia 4 tahun dah pandai macam2 dah..



Alhamdulillahhh...
semoga terus menjadi anak yang baik dan solehah..amiiinnnn














Monday 28 January 2013

APAM POLKA DOT II


Ketak ketik dulu sementara menunggu cik abang balik dari menyopping barang untuk masak tengahari. Adapun resepi ni minggu lepas saya buat..kebetulan saya ada terima order, alang kepalang untuk rujukan sendiri..saya pun buatlah aksi maut baki-baki kuih ini. Disebabkan rasanya yang menepati citarasa dan texturenya yang gebu dan saya amat berpuas hati...jadi saya kongsikan bersama untuk sesiapa yang ingin mencuba.


APAM POLKA DOT
Sumber : gallerymimi
Rujukan : Ain Rusli (Majalah Rasa)

Bahan-bahannya:

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas


Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Sunday 27 January 2013

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD



Assalamualaikum...apa khabar semua? Terlebih rajin pulak hari ni nak kongsi resepi yang saya cuba petang tadi. Saya mencari resepi yang senang dan cepat dimasak dan yang penting enak dimakan. Resepi ni memang dah lama diidamkan tapi kekangan masa membuatkan hasrat asyik tertangguh.Hari ni kebetulan ada masa terluang dan yang pasti keinginan membara untuk menikmati akan rasa puding roti dah tak terbendung..saya pun selongkar setiap satu dari sahabat-sahabat blogger...terjumpa pulak resepi  dari dapur Hana. Bila diintai-intai bahan-bahan yang diperlukan mudah dan semua ada di dapur...apa lagi sepantas kilat saya melaksanakan operasi melunyaikan dapur.



RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
sumber : Hanamemories


Bahan-bahan

  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis





Untuk Sos Kastard


  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula







Cara-cara
  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

Monday 14 January 2013

CHOC. MOIST IZYAN MASTERCHEF



Ya ampuuunnn..lamanya tak bersiaran. Kalau mood tak de memang tak boleh buat apa. Kebetulan memang saya pun dah lama tak berexperiment di dapur. Tetiba teringin nak makan kek coklat. Kebetulan ada share resepi kek coklat dari masterchef Izyan di FB. Nampak menyelerakan..buatnya pun semudah ABC. Apa lagi..walaupun dalam keadaan malas yang amat kritikal ku gagahi jua..Alhamdulillahhhh...misi berjaya. Memang sedap dan sangat mantap kek ni...



Kek Coklat Basah
Sumber : Chef Izyan Masterchef

Bahan-bahan

Bahan A :-
1 cwn air
1/2 cwn serbuk koko Van Houten
1/4 cwn gula pasir


Bahan B :-
250gm Buttercup
1 1/2 cawantepung kek + 1/2 cawan susu tepung = 2 cwn

1/2 sudu teh baking powder (saya tambah)
5 biji telur ---> asingkan putih & kuning
3/4 cwn gula icing (gula castor pun boleh) - saya guna guna castor
sedikit badam
sedikit esen vanilla & perisa rose (saya guna esen vanila)


Hiasan : -
100 - 150 gm coklat masakan
sedikit minyak masak
sedikit badam / coklat @ colourful rice (pilihan)


Cara :
Hiasan : Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double boiler',
 masukkan sedikit minyak masak.(tuk bagi ia berkilat). 
@

Choc. ganache :
500g coklat masakan
300g dairy whipping cream

Cara :
Panaskan coklat secara double boiler sehingga cair
masukkan whipping cream
kacau sehingga rata

Cara-cara

Bahan A : 

satukan dlm satu periuk. Masak ats api kecil @ sedehana. Pastikan ianya likat & sejukkan. 
Lenserkan bekas acuan dan kertas minyak dengan merjerin. Ketepikan.








Bahan B:
Asingkan putih & kuning telur. (Pastikan kuning telur tak termasuk dalam putih telur, walau sedikit. Nanti 'meringue' tak jadi. ) --->utk elak @ hilangkan hanyir putih telur, buangkan 'mata' yang terdapat dlm putih telur tu.
Pukul putih telur hingga kembang/menjadi putih, ketepikan.(guna mixer @ guna whisk pun ble). (kalau diterbalikkan, ia tak jatuh dr bekas,bermakna ia dah cukup kembang)
Masukkan butter,gula, esen vanilla & perisa rose ke dlm mixer. Putar hingga kembang.
Ketika mixer masih on, masukkan kuning telur sikit demi sedikit hingga hbs kedalam bahan2 tadi (step 4).
Kluarkan adunan tadi dr mixer...masukkan badam (kalau suka),gaul sebati.
Satukan Tepung Kek & Susu Tepung, ayak. Kemudian, masukkan tepung nie ke dalam bahan2 tadi yg diputar tadi berselang seli dengan Bahan A tadi.
Masukkan putih telur tadi, gaul hingga adunan semua sebati. Tuang dlm bekas acuan kek. Bakar hingga masak (30 - 40 minit). Sejukkan atas redai.
Tuang coklat nie atas kek yg telah sejuk tadi. Boleh hiaskan dengan coklat @ colour rice @pun badam.


*saya guna choc. ganache sebagai topping


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG