Wednesday 28 December 2011

KUIH GETAS

Sedap betul kuih evergreen ni. Dah lama teringin nak makan tapi asyik lupa jer nak buat. Maklumlah banyak sangat resepi dalam list sampaikan kuih orang lama ni terletak dikedudukan tercorot pulak.Tapi bila dah buat...mak aaiiii...memang bestlah. Tidak mengecewakan. Memenuhi peawaian citarasa saya.. Lembut dan kenyal gitu. Tak boleh nak cakap lagilah. Memang mantop. Gitulah komen anak2...


Sumber resepi ni saya dapat dari Kak Cha.http://recipesasha.blogspot.com.

Apa-apa pun mari kita kongsi resepi
KUIH GETAS
Rujukan :http://recipesasha.blogspot.com/2011/08/kuih-getas.html

Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut (yg putih) digaul sebati dengan sedikit garam & 1sdB gula (saya letak 1 1/2 cawan kelapa parut)
100ml air suam
minyak utk mengoreng



Cara-cara membuatnya:
Satukan semua bahan kecuali air, tambah air sedikit demi sedikit hingga tepung menjadi adunan.
Jika lembik tmbhkan sedikit tepung. gentel doh & bentukkan leper & sedikit bujur. (sy bentukkan bulat)
Goreng dgn api yg sederhana hingga kekuningan.
Angkat & ketepikan


Bahan untuk menyira:
1 cawan gula
1/2 cawan air

Cara membuatnya:
Cairkan gula sehingga menjadi sirap yang likat.
Masukkan kuih.
Matikan api.
Gaul rata dan sebati sehingga gula kering.
Angkat dan boleh dihidangkan


Sunday 25 December 2011

DONUT KELEDEK

Wahhhh...Diam tak diam, tinggal seminggu lagi anak-anak nak masuk sekolah. Rasa baru jer hari tu diaorg bercuti...berdentam dentum rumah ni jadi padang bola sepak. Dah jadi tempat berlatih tendang bola. Aduiiii...itulah kalau dah ada anak2 bujang. Itu baru 2 orang, kalau ramai lagi puhhhh...,mau letih dibuatnya. Tapi bila anak2 bercuti meriah rasanya...lagipun banyak membantu. Alhamdulillah...anak2 mula membesar, semakin ringan kerja2 di rumah. Masing2 saling membantu kerja rumah...berkemas, mood lantai, basuh pinggan. Si bujang tu dengan tugas rasminya. Bagi itik makan. hehehe...




DONUT KELEDEK ni datangnya dari Dapur Izah Daut.http://izahdaut.blogspot.com/. Tak tahan tengok hasil air tangan Izah yang mengancam tu. Memang menggoda dan mengancam jiwa raga untuk menikmati. Kebetulan semua bahan memang ada di dapur. Apa lagi, menyingsing lenganlah nak menguli donut yang best ni.




Bercerita tentang DONUT KELEDEK nie...kalau ikut pendapat tukang rasa yang ramai kat rumah ni...rasanya adalah ala2 keria skit. Maklumlah dah dicampurnya keledek mestilah ada rasa keria kan? Tapi tahap kelembutannya memang tak boleh tipu. Memang lembut walaupun dah sejuk. Tak sempat Cik Tong dan Cik Yam yang duduk kat reban belakang rumah nak berkongsi rasa. Donut ni duduk kejap jer kat bawah tudung saji. Tak sempat sampai ke tengahari pun. Sekali buka tudung saji ada sepuluh ketul..bila bukak lagi tinggal 7 ketul...bukak lagi tinggal 4 ketul...bukak lagi ..aikk...tinggal pinggan jerrr... sekelip mata hilang dari pandangan. Camne tu? Masih lagi tak tergugat iman ke? Wallah....


DONUT KELEDEK
Sumber : http://izahdaut.blogspot.com/2011/10/donut-keledek-lagi.html



500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung 
1 sudu besar bread softener (Izah x taruk - saya taruk)
2 biji telur -  dipukul sedikit (Kak Nor guna sebiji)
150 ml air suam -  k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer #
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
3 sudu kecil yis 


#( air saya letak sikit-sikit klu 150ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 150ml je, klu rasa keras tambah lagi sedikit air, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sangat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)



Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, 

Selamat Mencuba..




Monday 19 December 2011

TALAM TOKYO

Talam Tokyo dari Dapur Kama. Kama tak pernah gi Tokyo tapi suka makan Talam Tokyo. Sebab apa???? Sebabnya talam yang satu nie tak boleh menipu lidah Kama dan prebet-prebet kat umah ni. Memang sedap sangat. Gabungan rasa yang begitu mantap sekali. Tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Mak oiii...hebat xhebatnya penangan kuih ni.

Resepi ni datangnya dari Teratak Dhia.http://teratakdhia.blogspot.com. Nampak begitu mengancam kuih dari dapur Linda ni. Itu yang tak tangguh nak melaksanakannya. Tapi memang berbaloi.

Apa lagi...
Meh skodeng resepi
TALAM TOKYO
Sumber : http://teratakdhia.blogspot.com/2010/11/talam-tokyo-talam-suun.html
Rujukan : ruhie@myresepi.com

Bahan-bahan ( loyang saiz 8x8 inci )

Lapisan bawah:
200gm sagu biji
50gm kecil suhun -rendam hingga lembut
1/2 cawan kelapa parut-ambil putih sahaja
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
sedikit pewarna merah

Lapisan atas:
4 biji telur
1 cawan gula pasir
2 1/4 cawan santan
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
sedikit pewarna hijau dan kuning


Cara-cara
Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.

Untuk membuat lapisan bawah,rendam sagu biji dan tus kan.campurkan kesemua bahan dan kukus selama 10 minit.

Apabila lapisan bawah sudah masak,tekan lapisan tu dengan sudu supaya mampat.sama kaedahnya dengan kuih serimuka.

Untuk lapisan atas pula,campurkan kesemua bahan dan kacau rata supaya tak bergentel.tapi kalau nak lebih mudah blender aje.lebih halus...

bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu bahagian di warnakan kuning dan satu lagi di warnakan hijau.kalau nak bagi warna hijau tu cantik campurkan sedikit warna kuning.

Kukus lapisan yang bewarna kuning dahulu selama 10 minit.kukus dengan api sederhana.

Bila lapisan kedua sudah masak masukkan lapisan yang bewarna hijau.sebelum tu lorekkan sikit dengan garfu supaya lapisan yang hijau tu melekat kat lapisan yang kuning

Kukus hingga masak.slalunya setiap lapisan ambil masa lebih kurang 10 minit jer.
Jangan lupa alas penutup kukus dengan kain bersih bagi mengelakkan air wap jatuh kat kuih.nanti tak cantik pulak kuih talam tu.tapi saya guna aluminium foil jer.boleh juga...




Friday 16 December 2011

LIGHT BAKED CHEESE CAKE

Cheese lagi...keju lagi....mak aiii. Nak buat camne? Kalau dah namanya cheese tu letak kat mana pun sedap aje. Tak boleh ditipulah lidah ni. Itu yang tak berani nak timbang berat badan tu. Seram jer nak tengok jarum timbang. Ngeri dibuatnya... Tak pe, tangguh lagi projek diet kita ye.





Bercerita tentang kek keju yang satu ni. Kek ni memang best...Memang fav saya sekeluarga. Jarang-jarang dapat makan kek ni. Agak malas sikit nak membuatnya. Tapi dek melayan kehendak anak-anak yang sentiasa kelaparan...so kumpulkanlah segala kudrat yang ada untuk mentonggang langgangkan dapur.




LIGHT BAKED CHEESE CAKE

Bahan-bahan :
Sponge @ Base :
310g telur
170g gula kastor
170g tepung gandum
50g mentega cair

Cara membuatnya:
Pukul telur dan gula sehingga kembang.
Masukkan tepung.
Kacau sebati
Masukkan mentega cair
Bakar sehingga masak



Bahan Cheese :
Bahan A:
500g cream cheese
95g gula kastor
54g kuning telur
210g whipping cream
20g tepung jagung *
40g tepung superfine *

Bahan B:
78g putih telur
45g gula kastor

Potong kek sponge kepada 3 bahagian
Ambil satu bahagian untuk dijadikan base cheese cake.
Panaskan oven.
Ayak bahan *
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga kembang.
Perlahan-lahan masukkan kuning telur.
Kacau rata.
Masukkan whipping cream.
Kacau rata.
Masukkan tepung yang telah diayak.
Alihkan ketepi dahulu.

Untuk Meringue:
Pukul bahan B sehingga kembang
Masukkan kedalam bancuhan cheese diatas tadi.
Kacau sehingga sebati.
Masukkan kedalam loyang bersaiz 10 inci
Bakar dengan kaedah water bath sehingga masak
Hias dengan whipping cream dan topping blueberry.

Tuesday 13 December 2011

KEK LAPIS CHEESE PERSONA



Akhirnya...tertunai juga hajat nak merasa kek yang special nie. Apa yang specialnya? Sebab xyah bakar-bakar. Hari nie jer 2kali membuat kek nie. Memang best. Rasanya memang sedap, mantap dannnnn tak tau nak cakap apa lagi. Apa yang pasti, anak-anak semua suka. Kebetulan ada tetamu datang, bila saya hidangkan kek ni, mereka cakap sedap. Maknanya memang betul sedaplah tu..Dek keenakkan kek yang simple ni maka saya tangguhkan dulu projek diet. Sambung lain hari.  Nak menikmati kek best ni sepuas-puasnya....




Adapun kek nie saya terpandang di dapur Mas http://mas-dapurmas.blogspot.com/ kira-kira 2 bulan lepas. Nampak je kek tu di dapur Mas memang menyelerakan. Tapi memandangkan tahap kemalasan begitu mengganas dan terlalu banyak menu yang ingin dicuba so projek mega ni tertangguh sehingga kehari ni. Keinginan yang tak boleh ditahan-tahan lagi. So, awal-awal pagi dah menggodek dapur (maklumlah nak menunggu kek ni menggeras dekat-dekat sehari gak)






Alhamdulillah, akhirnya maka terhasillah
KEK LAPIS CHEESE PERSONA
Sumber : http://mas-dapurmas.blogspot.com/2011/10/kek-lapis-cheese-persona.html
Rujukan : http://ryoazhar.blogspot.com/2011/09/kek-lapis-cheese-persona.html








Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan


B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus



Caranya membuatnya :
  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul menggunakan mixer hingga sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik @ kertas minyak @ baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Sunday 11 December 2011

BLUEBERRY CHEESE BUTTER CAKE

Nyam...nyam. Resepi best nie datang dari dapur kak Yatie lagi. Kalau dah terjah dapur kak Yatie mau semuanya nak dicuba. Menu kat dapur kat Yatie nie semua best2 dan sedap2 belaka dan apa yang lebih penting Alhamdulillah semuanya menjadi bila membuatnya.

OK..bercerita tentang kek yang best nie. Camne nak terangkan ye? OK...adapun barangsiapa yang suka rasa cheese yang tidak terlalu kuat sangat sesuai menikmati kek yang satu nie. Rasa cheese yang ringan dan lembut memang sedap dan satu lagi ianya tak cepat muak. Seperti apa yang kak yatie cakap, gabungan blueberry dan cream cheese menambahkan lagi keenakan kek ni. Lagi pun buatnya taklah sesusah mana. Bahan-bahannya pun mudah didapati.

Mari kita membaking
BLUEBERRY CHEESE BUTTER CAKE


Sumber :http://yatiememories.blogspot.com/2011/03/blueberry-cream-cheese-butter-cake.html
Rujukan :http://yummylicious-jun.blogspot.com/2011/03/blueberry-cream-cheese-butter-cake.html


Bahan-Bahan

  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum+1 sudu kecil baking powder, diayak)
  • 250gm butter
  • 250gm cream cheese
  • 1/3 cawan susu segar
  • 3 biji telur

Cara-Cara

  1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
  2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
  4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
  5. Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
  6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
  7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

Saturday 10 December 2011

TALAM CENDOL



Dah beberapa kali buat kuih ni. Memang best. Berbaloi-baloi membuatnya. Resepi ni saya ambik dari dapur Kak Yatie http://yatiememories.blogspot.com/. Kak Yatie nie memang pakar kuih talam. Naik rambang mata dibuatnya bila menjelajah dapur kak Yatie.






Ini dia resepi 
KUIH TALAM CENDOL
Sumber :http://yatiememories.blogspot.com/2011/01/talam-cendol.html 
Rujukan : Chef Asma


 Lapisan bawah
Bahan A
  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat*
  • 450 ml air*
  • 1 s/b tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 s/k garam
Bahan B
  • 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A
  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan-saya tambah
Bahan B

  • 150 gm tepung gandum
  • 1 s/b tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 s/k garam

Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG