Saturday 30 July 2011

KENANGAN ABADI (SALAM RAMADHAN ALMUBARAK)


Kak Yatie Ramlan


Kak Shasha Rahmat


Kak Sri Anda Salleh

Deanna Mohd Yassin

Nalisa Shah Dineo

Nasrien Nas

Azlina Hariff

Kak Fuziah Jee

Noorsha


Kak Nazian Nasir

Terima kasih semua...
Selamat menyambut Bulan yang penuh barokah dan keberkatan ini. Semoga amalan kita semua diterima Allah swt...
Aminnn

Sunday 24 July 2011

SAGU GULA MELAKA

Kuih kegemaran saya. Dulu bibik yang pernah kerja kat umah saya selalu buatkan kuih nie. Sejak dari tu hati mula terpaut dengannya (terpaut dengan kuih bukan dengan bibik). Bibik ada gelaran utuk hidangan nie tapi saya lupa apa ker namanya... Apa2 pun desert nie memang best, lagi2 bila makan sejuk2..ala2 cendol gitu. Suka sangat2... Saya sebenarnya xpernah membuatnya. Ini baru 1st attempt. Untuk membuatnya sgt2lah mudah. Tak perlu bertaruh nyawa untuk menyediakannya. Skodengan dari dapur kak Cha @http://recipesasha.blogspot.com. Kak Cha minta izin copy paste ye untuk dikongsi bersama.. Jangan marah nanti kena jual...hehhee


Sagu Gula Merah





Bahan air gula
1/2 cwn gula melaka / merah
1/2 cwn gula pasir
1 cwn air - (klu nk pekat kurangkan airnya)
sehelai daun pndn
di masak hingga gula larut
** jgn lupa di tapis apabila dh sejuk

Bahan sagu
2 cwn atau 3 cwn sagu
dimasak dlm air yg mendidih (air biarlah bnyk)
masak hingga sagu jernih bila dh masak toskan dan bilas dgn air lalu smpi kanjinya hilang
tos betul2 dn transferkan ke dlm bekas
simpan dlm fridge
* saya  bubuh pewarna merah (kak Cha x bubuh)


Bahan santan
santan 200ml msk sekejap dgn api perlahan
letakkan daun pndn sehelai
klu pekat bole tmbhkan sikit air
garam sedikit
*** Kak Cha gunakan susu cair jer (saya guna santan)

dihidang dgn gula melaka & santan

Saturday 23 July 2011

APAM SNOW WHITE

Resepi nie saya skodeng dari dapur cheKiah @ http://chekiahcollection.blogspot.com/2011/05/apam-snow-white.html. Rasanya dah ramai member2 buat apam nie. Saya pun confius apa nama sebenar apam nie Apam beras @ Apam snow white (belum sempat study)..  Apa2 pun rasanya boleh tahan...sedap. Cuma dari segi pembuatannya apam snow white jauh lebih mudah berbanding apam tepung beras yang perlu diperam selama 4 jam.

Jom kita copy paste resepi dari CheKiah kita
APAM SNOW WHITE

Apam Snow White
resepi asal : qnq0910@myresipi.com
sumber resepi : http://yatiememories.blogspot.com/ & http://chekiahcollection.blogspot.com/2011/05/apam-snow-white.html

Bahan-bahannya:- 
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air



Cara-Cara Membuatnya:-
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.
Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur.
Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit.




Note: Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

Thursday 21 July 2011

AYAM GORENG SIMPLE

Kalau dah malas ditambah lagi dengan kehabisan idea nak masak. Ini jerlah caranya. Masak simple dan sempoi.. Asal boleh masuk perut. Tapi apa2 pun masakan macam nielah yang menjadi kegemaran saya. Apa yang penting mesti kena ada cili padi. Barulah ngammm. Best betul...lagi2 makan dengan nasi panas...Perrgghh..makan xtoleh kiri kanan..

Jom makan... Bismillah

AYAM GORENG SIMPLE

Bahan2
Bahan A:
1/2 ekor ayam
sedikit kunyit
sedikit garam
2 biji kentang (dikupas)
Minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya:
Bersihkan ayam.
Tos air sehingga kering
Gaul semua bahan diatas
Peram dalam 1/2 jam (xperam pun xpe)
Goreng dengan minyak banyak sehingga garing
Selepas itu goreng kentang yang telah dikupas sehingga garing

Bahan B:
10 biji cili api
2 biji bawang besar (potong membulat)
Pati ayam maggie (yang dalam botol)
Sedikit minyak

Cara membuatnya:
Tumis cili padi dan bawang besar sehingga layu
masukkan pati ayam
Kacau rata
Masukkan ayam dan kentang yang digoreng tadi
Kacau rata
Padamkan api
Sedia dihidangkan



Tuesday 19 July 2011

BISKUT SNOW ALMOND

SNOW ALMOND COOKIES

Badam salji @ Salji Badam? Mana2 pun bolehlah. Apa yang penting...biskut nie memang sedap. Antara biskut favorite sejak tahun 2007. Berjaya mengalahkan Almod London. Tapi apa2 biskut yang berasaskan coklat memang menjadi kegemaran ramai. Betul x?
Hari nie hari yang terlalu sibuk, xleh nak berceloteh. Letih + mengatuk = nak zzZZzz... Kepala dah kat awang2an... Apa2 pun biskut nie memang sedap...

Kita layan dulu resepi...

SNOW ALMOND:
Bahan A:
220g mentega
1sudu besar shortening
50g gula kastor
1sudu teh coffee emulco
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur

Bahan B:
220g tepung gandum
50g nestum dikisar
2 sudu besar susu tepung
70g tepung ubi
40g serbuk badam

Bahan hiasan :
Serbuk roti
coklat masakan

Cara menyediakan:
Pukul bahan A sehingga sebati dan rata.
Masukkan bahan B kedalam adunan A sedikit demi sedikit.
Uli dan canaikan.
Terapkan ikut bentuk kesukaan.
Bakar sehingga masak
Setelah sejuk, celup ke dalam coklat masakan.
Golekkan dalam serbuk roti.

Sunday 17 July 2011

BISKUT LUSCIOUS HAZELNUT OAT

Aduhhhh..mengantuk betul kalau kerja gentel-menggentel biskut nie. Perlukan semangat yang tinggi, klu x zzZZZzzlah kat depan biskut ler jawabnya.

Minta maaf banyak...kali ni xleh celoteh panjang lebar, banyak lagi biskut nak kena gentel...

Jom kita gentel sama2

BISKUT LUSCIOUS HAZELNUT OAT

Bahan2:
Bahan A:
120gm butter
1 sudu besar shortening
80gm gula kastor
1/4 sudu teh orange paste

Bahan B:
30gm oat dikisar
30gm coco crunch kisar
15gm serbuk hazelnut
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/8 sudu teh garam
130gm tepung superfine (saya guna tepung gandum)
30gm tepung jagung
1sudu besar tepung beras

Hiasan :
Putih telur
Oat
Dark cooking chocolate
Papercup

Cara membuatnya:
Sebatikan semua bahan A.
Masukkan semua bahan B
Ambil adunan dan sukat 1 sudu teh
Bentukkan bujur
Golekkan dalam putih leur
Salut dengan oat
Bakar sehingga masak (sebaiknya suhu 130 -1 40 degree selama 30 minit -45 minit)
Setelah sejuk celup separuh biskut dengan dark cooking chocolate
Letakkan dalam papercup

Friday 15 July 2011

CUCUR BADAK

Dah lama teringin nak buat kuih nie, tapi memandangkan kalau nak melaksanakannya memerlukan kudarat yang kuat, semangat yang tinggi dan keazaman yang bersungguh2, terpaksalah ditangguhkan dulu keinginan. Tapi akhirnya hari nie terrialisasi impian nak makan kuih cucur badak.
Rahsia keenakan cucur badak adalah pada kelembutan kulitnya dan yang amat2 memainkan peranan penting adalah inti cucur badak. Kalau saya buat inti cucur badak saya akan lebihkan rasa manisnya untuk menyeimbangkan dengan rasa kulit. Kalau keduanya bergabung barulah massyyuukkk kelazatannya.
Adapun, resepi kuih cucur badak dan kuih keria adalah sama. Hanya yang membezakan kuih cucur badak berinti (pedas)manakala kuih keria bersira (manis)

Jom masak bersama saya
CUCUR BADAK

Bahan A:
1kg ubi keledek (yang telah direbus dengan air dan sedikit garam sehingga empuk)
200g tepung gandum

PENTING :
Sukatan 1kg ubi keledek adalah yang telah direbus (bukan yang masih mentah@berkulit)

Cara membuatnya:
Rebus keledek sehingga empuk dengan sedikit garam.
Setelah direbus empuk, toskan airnya sehingga kering.
Timbang keledek tersebut. Kalau 1kg keledek, tepung gandum sebanyak 200g.
Lenyek @ tumbuk sehingga halus.
Masukkan tepung gandum.
Gaul sebati dan rata.
Masukkan inti
Goreng menggunakan minyak yang banyak
# Tips :
Untuk menggelakkan adunan melekat ditangan, sapu minyak ditapak tangan. Adunan akan senang dibentuk.


Bahan untuk Inti:
*1 senduk cili giling (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
*4 biji bawang besar
*2 biji bawang putih
*10 batang serai
*200g udang kering/ ikan bilis
1 biji kelapa parut 
sedikit air asam jawa
sedikit serbuk kunyit
garam 
gula
serbuk perasa




Cara membuatnya:
Blender bahan *
## serai dipotong halus sebelum diblender.
Tumis bahan yang dibleder tadi sehingga naik bau.
Setelah itu masukkan kelapa parut.
Masukkan air asam jawa, serbuk kunyit.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Masakkan sehingga kering

## Untuk inti adalah anggaran sahaja. Sukatan adalah terpulang kepada citarasa masing2...


Wednesday 13 July 2011

CHOC MOIST (MUNIRAH BAHARUM)

Kek nie memang popular...sgt2 popular. Carta teratas. Disebabkan kesedapannya...Asal sebut kek coklat lembab terus teringat Puan Munirah. Selain kek coklat nie..Puan Munirah juga popular dengan kek caremal...

OK x yah panjang cerita...
Adapun kek ini dibuat adalah sempena hari lahir cik abang yang ke??? entah saya pun xtau. Terlupa lak. Tanya anak2 nak buatkan ayah kek apa. Diaorg minta buatkan choc cake. Apalagi, buatlah kek yang paling senang dalam dunia. Xyah pikir nak pukul mentega sampai kembang...just humban2 jer...kacau2..kukus. Sedap lagi tu...sapa yang x nak buat. Kalau tengah datang penyakit "M" pun boleh gagahkan buat ler...
Lagipun resepi dah set kat kepala..x yah nak tercari2 kat kitab...

Dah x larat nak taip lagi...tangan dah mengigil (overdos minum kopi 3 in 1 - x serik2 lagi minum kopi tu..)
Jom layan jom

CHOC MOIST CAKE
Sumber : PUAN MUNIRAH BAHARUM
Peralatan : loyang bersaiz 9" berlapikkan aluminium foil @ sapu dengan marjerin

Bahan Kek :
Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan koko
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1 cawan minyak


Cara:
#Satukan semua bahan A.
Masakkan sehingga gula larut
Biarkan sejuk.


Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara:
#Satukan Bahan B.

Bahan C:
4 biji telur

Cara:
# Blender bahan C

Cara membuatnya :
Panaskan pengukus dahulu.
Campurkan semua bahan di atas
Tapis
Kukus sehingga masak (1jam)
Setelah sejuk, hias dengan choc ganashe.









Choc Ganashe:
500gm coklat masakan
300gm whipping cream
30gm marjerin

Cara membuatnya:
Satukan semua bahan diatas
Panaskan menggunakan kaedah "double boiler" sehingga cair
Biarkan sejuk  dan pekat (lebih kurang sehari)
Hias diatas kek

LEMON RAISIN CAKE

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita di DuniaDapurKama...ceh3 macam ada ceramah lak. Xdelah, ari nie xleh cita panjang...nak kluar jap lagi. Apa2 menu terkini mesti kena masukkan. Kalu x, x syoklah xde yang terkini. Betul tak?

Apa yang saya boleh katakan tentang kek nie memang sedap, gebu...ala2 kek chiffon gitu. Kalau guna cara saya, kulit limau tu saya ricih halus, dimasak dengan air dan gula sehingga kering. Kita akan dapat rasa gigitan kulit limau tu...Memang sedap. Tapi resepi nie kulit limau tu ada yang disagat dan ada yang diricih...So rasanya lagilah mantap.



Meh kita layan jer
LEMON RAISIN CAKE

Peralatan:
Loyang bersaiz 7" @ 8" disapu marjerin

Bahan2:
Bahan A:
30gm minyak jagung
4 biji kuning telur
30ml full cream milk (saya guna susu cair)
2 sudu besar lemon juice (saya guna 1/2 biji jus oren)
1 sudu besar lemon emulco
# 1 sudu besar kulit limau


# Cara saya:
Kulit limau diricih halus,
sedikit air
1 sudu besar gula
Masa sehingga sejat airnya.
Sejukkan

Bahan B:
70g tepung superfine (saya guna tepung gandum)
1 sudu teh baking powder
50g gula kastor
sedikit garam

Bahan C:
4 biji putih telur
70g gula kastor

Bahan D:
sedikit raisin

Cara membuatnya:
Mesin bahan A sehingga rata
Masukkan bahan B
Pukul bahan C sehingga gebu
Campurkan bahan C kedalam bahan A dan B
Masukkan raisin
Gaul sebati dengan kaedah kaup balik
Masukkan kedlam loyang
Bakar sehingga masak (lebih kurang 45 minit ke 1 jam dgn suhu 150 degree)




BEAUTIFUL BLOGGER AWARD



Tengok nie...tengok nie...tengok betul2...Aduhhh...best betul. Terharu sangat2. X sia2 dapur nie sentiasa di renovation. Akhirnya dapat pengiktirafan dari kakak yang saya kagumi dan sangat2 saya segani kak Shasha Rahmat. Terima kasih kak Cha.

Hari nie saya cerita siapa Kak Shasha pada diri saya. Kisah ini saya tujukan untuk Kakak Shasha Rahmat :

Kalau kak Cha nak tau, saya mula mengenali nama Shasha Rahmat melalui FB dalam ruangan Kongsi Resepi pada tahun lepas (kalau x silap dalam bulan  July). Dek kerana kepopularannya maka saya dengan muka x malu addlah kak Cha sebagai sahabat. Alamak x approvelah. Sombong betullah dia nie. Menyampah.. xpe saya pun dengan muka x malu sekali lagi selang lama dari tu saya add lagi barulah diterima oleh kak Cha. Agaknya kak Cha cakap x serik2 budak satu nie...nak gak berkawan dengan aku. Nah ambik ko. Kau terima ko sebagai sahabat aku dengan sahnya...wallah bestnya...dapat berkawan dengan org yang popular kat Kongsi Resepi...

So dari tu saya nie jadi secret admire (cehhh) kak Cha. Silent reader wall kak Cha. Bulan demi bulan sampai nak masuk setahun saya menjadi pengikut setia kak Cha (walaupun x tegar). Dalam masa yang sama saya tetap mengatakan Kak Cha nie sombong orgnya. Mentanglah terror bahasa omputih xpandang saya budak kg nie. huhuhu...menci(Ini kes xapprove sayalah nie). Bila kak Cha buat dapur pun saya jadi silent reader. Dapat tengok periuk color coklat kak Cha pun jadilah. Teringin nak periuk camtu...siap tengok kak Cha ajar masak lagi kat dapur kak Cha...

Oh terlupa satu lagi...yang paling best kak Cha dapat wish dari anak2 sempena Hari Ibu...Puhhh canggih siap ada kelopak bunga ros lagi. Mantaplah...

Ada saya sempat bercerita tentang kak Cha dengan HB saya. Saya gitau kak Cha nie terror masak tapi sombong sgt2 (lagi...betul2 kecik hati nie).

Tetiba pada tanggal 11hb Jun 2011...pada waktu itu dan hari itu adalah hari lahir saya yang ke 37 tahun dan pada hari itulah DUNIADAPURKAMA.BLOGSPOT dilahirkan (walaupun belum publish lagi) dan dengan tidak disangka2 dalam ramai2 sahabat FB yang mengucapkan wish tiba2 dengan x disangka2 terpampang nama SHASHA RAHMAT mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada saya. Ya Allah...biar betul,macam nak pengsan rasanya. Betul ke kak Shasha Rahmat yang menghantar ucapan atau Kak Shasha tersalah hantar ucapan tu. Kot2 nak hantar kat orang lain terpassing kat saya. Seronoknya waktu tu hari sangat2 berbunga2 (macam orang bercinta lak). Macam x caya lak..saya rasa sangat terharu keran buat sekian kalinya saya mendapat ucapan Hari Lahir dari orang yang saya kagumi dan gerami. eeerrrrggg

Ini pun masih x caya lagilah...tipu nie. Ini mesti kes tersilap hantar ucapan nie. Lepas tu nak dijadikan cerita...(alahai panjangnya cerita..x habis2). Satu hari saya pos resepi (lupa lak resepi apa) terpampang lagi nama SHASHA RATMAT "like"  post saya.Wallah...ini memang betul2 betul nie. Bukan tipu2 lagi. Seronok bukan kepalang.

Tapi apa yang pallliiiing buat saya paling seronok adalah apabila kak Cha komen kat "SEMBANG ORANG DAPUR". Mak oii sekali lagi mimpi indah dalam hidup saya... wow...best memang best. Malu nak balas komen kak Cha. Malu sgt2. Maklumlah orang peruk kampung jumpa orang bandar...Yang seronok lagi tu bila kak Cha suruh saya ikut Kak Cha kat dapur kak Cha (Follower). Walaupun saya tgh sibuk renovation dapur (maklumlah dapur baru, banyak lagi kekurangan), saya luangkan masa gak follow dapur kak Cha. Time saya merayau kat dapur kak Cha sekali lagi kejutan karan voltan tingg...Kak Cha linkkan dapur saya yang buruk dan bersepah tu ke dapur kak Cha. KAK CHA...Terima kasih kak. Speechless...

Kejutan demi kejutan oleh kak Cha dan ini yang pallliiiingggg TERKEJUT. Pengiktirafan oleh SHASHA RAHMAT. Selalu saya tanya HB...bila saya nak dapat award. x sabar nak dapat award. HB cakap...sabarlah, baru lagi...kan merangkak pun belum lagi. Baru nak belajar meniarap. Bila dapat panggilan dari Kak Cha surus saya ambil award...time tu gak saya call HB kat tempat kerja. "Abang.. saya dapat award"...

Terima ksih kak Cha...terima kasih banyak2... Saya xleh nak terkata apa...cuma I luv U sis...

JUGA JUTAAN TERIMA KASIH YANG SUDI JADI FOLLOWER SAYA JUGA PEMBACA, RAKAN SEMBANG (mana yang belum sempat jenguk dapur kekawan sabar ye InsyaAllah saya pasti ziarah dapur sahabat saya). Juga yang sudi mencuba resepi saya...Mudah2an ilmu yang saya turunkan dapat memuaskan hati sahabat2 saya ...Aminnn

Tuesday 12 July 2011

AIR ROSELLE

Asyik makan jer...air xde ke? Mau2 tercekik dibuatnya. Meh kita buat air yang paliiing senang dalam dunia. Adapun buah nie adalah hasil pertama saya. Pokok nie pemberian kak Ana (sahabat, jiran dan kakak yang pallliiiingggg baik) sayang kak Ana. Kak Ana bagi pokok rosselle, pokok cili, pokok cempedak dan macam2 lagilah.
Nak tau kisah masa anak2 petik buah roselle nie? Saya suruh Syahirah dan Syafiyah gi petik. Diaorg bersungguh2lah ambik gunting dan berlari pergi kat pokok tu. Selang xlama Syahirah masuk dalam dengan jalan berdengkut. Katanya kakinya tercucuk paku. Saya suruh dia rehat. Lepas tu saya suruh Syamil lak temankan Syafiyah petik buah. Xlama kendian diapun masuk kedalam umah dengan kaki berdengkut gak. Kenapa nie? Tercucuk paku...Alamak sampai 2 org tercucuk paku. Bahaya nie...Sudah2 saya yang pergi petik. Aduiii...kesian diorg. Punyalah seksa nak minum air yang mantop nie. Kena menderita dulu...

Jom minum
AIR ROSELLE
Bahan2:
Buah roselle
Air
Gula







Cara membuatnya:
Pecah2kan buah roselle,
Masak dengan air sehingga mendidih
Tapis air
Bubuh gula
Kacau sehingga sebati

Dah siap
Senang kan???

PEPES IKAN KEMBUNG

Dah lama x masak menu nie... PEPES IKAN KEMBUNG @ Pelas ikan atau entah apa lagi nama masakan nie. Apa yang pasti ianya memang.... xtau nak cakap apa... Pehh, mak mertua lalu pun x perasanlah. Anak2 saya cukup suka dengan masakan nie. Diorg klu dah makan pepes nie xdenya nak makan dengan nasi...ratah camtu jer...tau2 dah licin pinggan

Jom belajar masak
PEPES IKAN KEMBUNG
Peralatan:
Daun pisang

Bahan-bahan:
1 biji kelapa parut separuh tua (jgn xlalu tua, x sedap)
1 kg ikan kembung - Buang tulang tengah ikan (ambil isi ikan sahaja)
3 biji bawang besar *
2 biji bawang putih *
30 biji cili api (klu suka pedas boleh lebihkan) *
1 biji tomato *
5 biji cekur *
3 helai daun kunyit #
segenggam daun cekur #
air asam jawa
garam
gula
dan serbuk perasa
sedikit minyak

Cara membuatnya:
Tumbuk bahan *
Potong halus2 daun kunyit dan daun cekur
Campur semua bahan diatas
Rasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
Bungkus dengan daun pisang
Bakar sehingga masak
# Ketika bakar tambah sedikit minyak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG