Aduiii...penatnya hari nie. Mengantuk pulak tu...dah lama x menaip selama ini sampai sakit pinggang. Cuaca pun panas. Ingat nak kluar gi kedai jap nak cari bijan. Dah digoda pulak dengan kuih bakar bijan Kak Rina Mohd Dom. Tapi sebelum tu kita layan dulu dengan Choc Mousse Cake. Payah betul nak menyebut nama kek nie...silap2 haribulan tersebut nama Cik CTkus pulak. 1st time buat...nak buat camne, hati dah terpaut dengan tayangan gambo dari dapur Kak Ita. Nafsu xleh dikawal...Alhamdulillah...jadi juga akhirnya.
Meh kita layan kek yang marveles nie...
Choc Mousse Cake
Sumber : Azlita Aziz @ fromintankitchen.blogspot.com
Peralatan :
Loyang berukuran 18"
Bahan-bahannya :
Brownies
45g butter
65g gula castor
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
Cara membuatnya ;
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko.
4. Masukkan ke dalam no 2.
5. Bakar dengan suhu 150 darjah selama 15-20 minit.
6. Bila masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
Choc Mousse;
Bahan-bahannya;
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji putih telur
200g whipping cream
40g gula halus
Cara membuatnya:
7. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengadungi 100ml air. Biarkan 5 minit.
PERHATIAN ; jangan masukkan gelatin dulu kemudian air. Ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
8. Cairkan coklat masakan dengan kaedah "double boiler"(Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yang ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
9. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yang ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi kedalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejuk.
10. Pukul putih telur sehingga kembang @ bertanduk. (Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul putih telur tu, masukkan gula sedikit demi sedikit.
11. Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream sehingga jadi bentuk krim.
12. Masukkan no. 11 dan no. 8 kedalam no 10. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
13. Tuang adunan kedlam loyang brownies.
Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
14. Sebelum dihidang, hias dengan serbuk koko + milo dipermukaan mousse.
No comments:
Post a Comment