Friday 22 February 2013

SYAHIRAH 12.2.2013 - 13 TAHUN

Setelah 2 tahun menanti kelahiran cahayamata..Allah Taala menganugerahkan seorang puteri sulung..pejam celik..pejam celik dah 13 tahun usianya...semoga beliau menjadi seorang anak yang taat kepada perintah Allah, berbakti kepada ibu bapa...berbahagia kehidupan dunia dan akhirat









KEK OPERA


Ya aduiii..serius sedap giler kek ni..memang x rugi mencuba...Kek lain dari yang lain sebab bahannya banyak menggunakan serbuk badam..jadi texturenya agak kasar...tapi apa-apa pun kek ni memang best




OPERA CAKE 
Sumber : Cik Siti
Rujukan : Masam Manis dan bisousatoi
Bahan2:

Bahan A
200 g serbuk badam (almond powder)
100 g gula kaster
6 biji telur (saya guna saiz B)

Bahan B
50 g mentega - cairkan

Bahan C
60 g tepung gandum - saya guna superfine.  Diayak

Bahan D
115 g putih telur - 3-4 biji
55 g gula kaster


Cara2:

1)  Untuk persiapan - panaskan oven dengan suhu 200C.  Bila dan nak masukkan kek, turunkan ke 170C.  Sediakan loyang 4 segi berukuran 20cm x 20cm atau 8" x 8".  Lenser dengan butter/majerin/minyak dan alas dengan baking paper.  Sebaiknya sediakan sekurang-kurangnya 2 keping loyang.
2)  Satukan bahan A dalam mangkuk pengadun dan pukul dengan kelajuan maksima selama 10 minit.  Sesekali kacau dengan spatula supaya bergaul sempurna.
3)  Masukkan baki telur yang 3 biji sebutir demi sebutir dan teruskan memukul 10 minit lagi.
4)  Ambil 4 sudu besar adunan badam (bahan A) dan campurkan ke dalam mentega yang dicairkan.  Ketepikan.
5)  Masukkan tepung yang diayak ke dalam baki adunan (bahan A).  Kacau dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna.  Ketepikan.
6)  Dalam bekas lain (pastikan betul-betul kering dan tidak berminyak), putar putih telur sehingga berbuih.  Masukkan gula kaster (55g) dan terus putar sehingga menghasilkan adunan kaku dan bertanduk (soft peak)
7)  Ambil 1/3 daripada adunan putih telur dan campurkan ke dalam Bahan A.  Kacau rata dan perlahan dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula.
8)  Masukkan pula adunan badam tersebut (step 7) ke dalam bekas baki 2/3 putih telur dan gaul sebati secara kaup balik
9)  Tambahkan adunan mentega (step 4) ke dalam adunan (step 8) dan gaul secara kaup balik.  Gaul perlahan kerana jika terlebih kacau, kek akan menjadi mendap selepas dibakar.
10)  Kaedah membakar ada pelbagai cara... saya menggunakan 2 loyang 4 segi berukuran 8x8 untuk sekali bakar.  Untuk setiap loyang, saya timbang sebanyak 160g adunan dan mendapat 5 lapisan. (Mungkin lepas ni kena kurangkan kpd 150g supaya dapat 1 lapisan extra - kalau 6 lapis lagi cantik).
11)  Bakar selama 15 minit atau sehingga kek masa dengan suhu 170C.  Sejukkan sebentar, baru keluarkan dan letak atas redai.






LAPIS & TOPPING


Saya menggunakan 2 jenis bahan layer iaitu chocolate ganache (yang kental dan cair) dan coffee buttercream.  Coffee syrup juga diperlukan untuk melembabkan permukaan kek sebelum dilapis.  Idea melapis dan bahannya saya perolehi dari blog Citarasawan.

I - Coffee Syrup
- 1/2 sudu besar instant coffee (nescafee 3 in 1) dicampurkan dengan 100ml air panas dan 1 sudu besar gula




II - Chocolate Ganache
Saya buat double adunan - satu perlu disimpan dalam peti sejuk (dalam 1 malam) dan satu lagi perlu digunakan dalam keadaan masih cair.

Bahan2:
200g UHT whipping cream
300 g coklat masak - potong kecil2
1 sudu besar mentega

- Didihkan whipping cream.  Matikan api dan masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair kesemuanya.  Masukkan mentega dan kacau rata.
-  Bahagian 1: simpan dalam petisejuk untuk semalaman.  Keluarkan dan biarkan dalam suhu bilik.  Ia jadi kental.  Kalau perlu, putar dulu sebelum digunakan semasa proses melapis
-  Bahagian 2: Seeloknya buat masa kek dah siap dilapis dan boleh dituang terus ke atas kek






III - Coffee Buttercream

Bahan2:
250g mentega - 
80g gula ising
1 1/2 sudu besar coffee emulco

-  Pukul mentega dan gula hingga kembang.  Masukkan coffee emulco dan pukul lagi hingga kembang dan ringan.

ATAU

IV 
Mocha Buttercream
100 gm  putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste

Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental
masukkan buter satu persatu dalam adunan. Masukkan juga mocca paste dan coffe paste. Pukul sehingga kental



* saya guna resepi IV



CARA MELAPIS & DECO (untuk 6 lapis)



1)  Ambil selapis kek dan letak atas board.  Sapukan keseluruhan permukaan kek dengan coffee syrup menggunakan berus.  Jangan banyak sangat, nanti kek lencun ye!
2)  Sapukan buttercream ke atas lapisan pertama.  Saya gunakan piping bag, lagi senang...
3)  Lapikkan dengan sekeping lagi kek.  Sapukan juga coffee syrup.  Kemudian sapukan chocolate ganache yang kental dan ratakan.
4)  Ulang step 2 & 3 sampai kek habis.  Untuk kek yg terakhir, tak perlu sapu kopi di permukaannya.
5)  Simpan kek dalam peti sejuk dalam 2 jam sebelum menuang ganache yang cair
6)  Keluarkan kek yang telah sejuk.  Letak atas redai yg diletak atas dulang atau alas tepi/bawah kek dengan kertas supaya tak comot board kek tu nanti.
7)  Tuang chocolate ganache ke atas kek dan biarkan sejuk.  Sebaiknya letak dalam petisejuk dalam 2-3 jam baru potong dan kemaskan sekelilingya.


Thursday 7 February 2013

DONUT GEBU


Sementara menunggu azan manghrib berkumandang, mari kita layan donut yang sangat sedap..lembut dan gebu..serius.. tak rugi mencuba


DONUT GEBU
Sumber : Myresepi..Hasue

Bahan-bahan 

500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin / Mentega
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1/2 sudu besar bread softener (saya tambah)
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Cara-cara

 Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening dan bread softener.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

 Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

 Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

 Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
 Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. 

 Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

 Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

 Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG