Saturday 21 September 2013

BINGKA LABU


Bertemu kembali...sementara ada mood memblog jadi layan jerlah. Bukan selalu ada mood yang gini rupa..antara bermood dengan tak bermood..banyak yang tak bermood memblog. Jadi kita layan jerlah blog ni sementara dia celik..mau2 dalam seminggu dua tido balik DUNIADAPURKAMA ni.

Hari ni saya kongsikan resepi yang semudah ABC. Saya ni memang cukup suka dengan resepi yang senang-senang tapi sedap...cuma ambik masa untuk menikmatinya sebab kena tunggu siap bakar dan sejukkan. jadi kalau nak buat kuih-kuih jenis gini kena kenyangkan perut dulu..jadi tak delah perut berdondang sayang sementara tunggu kuih boleh dimakan.

Dah lama dah berangan nak buat bingka labu. masuk ni dah 3 kali beli labu dah tapi asyik kantoi jer nak buat. Bila mood malas melanda kerja mudah pun jadi susah.Semua labu yang dibeli dah selamat dibuat masak lemak labu, tumis labu etc..sebab cik abang memang suka menu masakan berasaskan labu kuning..tapi tempohari waktu saya bertemu dengan pakar pemakanan, labu tidak digalakkan dihidangan bersama nasi sebab  ianya mengandungi tinggi karbohidrat dan ianya bukanlah dikategorikan sejenis sayuran .

Resepi bingka labu ni saya tinjau dari dapur Jurnal Resepi Badaria. Memang nampak menggoda bingka labu Kak Badaria ni..Terbuka selera bila tengok gambar bingka labu kak badaria tu...itu yang hati meronta-ronta untuk mencuba.


BINGKA LABU :
Sumber : Jurnal resepi Badaria
Rujukan : Chef Asma


Bahan-bahan:-
Bahan A
300gm tepung gandum
400gm gula halus (kurangkan kepada 350-360gm jika anda guna gula kasar)
120gm majerin
1 1/2 tsp garam

Bahan B
6 biji telur
400ml santan
1200gm labu kuning (buang kulit, kukus dan timbang)
pewarna kuning telur (sy tak bubuh sbb labu tu dah betul2 kuning)


Cara-caranya:-


1. Bahan A dikacau rata sehingga menjadi serbuk
2. Blend bahan-bahan B sehingga halus dan masukkan kedalam periuk/kuali
3. Masukkan bahan A dan kacau rata
4. Kacau sebentar diatas api sehingga agak pekat
5. Tuang kedalam loyang dan bakar 1 jam @ sehingga masak



Pesanan kak Badaria :

1. Sila kurangkan gula sedikit, sukatan gula diatas adalah untuk gula castor. Saya bawak ke ofis this morning, kawan-kawan cakap bingka nie manis. Kurangkan kepada 350gm.

2. Sukatan resepi diatas adalah untuk loyang 10 x 10 ye. Untuk orang nak buat bisness. Kalau setakat nak makan sekeluarga tu buatlah separuh sahaja.

3. Sapu majerin/butter rata dipermukaan loyang. Lapik daun pisang yang dipotong dibawahnya (kalau tak ada boleh guna aluminium foil - saya tak guna apa-apa pun, ok je tak melekat). Baru masukkan adunan dan ratakan permukaan bingka dengan meletakkan sedikit minyak/majerin/butter dan ratakan dgn belakang senduk atau sudu. Ambil sehelai plastik bersih dan guna tapak tangan, tekan-tekan permukaan bingka supaya ia padat. Buanglah plastik tu dan barulah masukkan kedalam oven.





Wednesday 18 September 2013

BANANA MUFFIN


Assalamualaikum semua...Apa khabar?
peh..peh..pehhhh..dah berkurun tak mengupdate dunia dapur kama..bukan takat bersawang dah..semua benda dah bersarang kat sini. Siap dah ada penyakit lagi blogku ini..apa boleh buat..nak melayan blog ni pun perlukan masa, modal dan tenaga. Pada saya untuk memasukkan sesuatu resepi di blog ni  haruslah dipastikan hidangan itu memenuhi selesa dan citarasa saya sekeluarga. Bukan semua menu yang saya cuba dapat dikongsikan bersama. Biasanya berpuluh resepi dicuba tapi untuk mendapatkan citarasa yang memenuhi kehendak bukannya mudah.Bila experiment lulus di kalangan ahli keluarga baru saya akan kongsikan resepi tersebut di blog ini.  Kesuntukan masa juga membataskan saya untuk berkongsi ilmu di sini tetapi apa-apa pun blog ni amat penting buat saya sebab biasanya blog ni akan dijadikan rujukan saya menghidangkan juadah..

Kali ini saya kongsikan resepi yang semudah membuat cekodok pisang tapi keenakannya alahaiii..tak tau nak cakap apalah. Memang best.Resepi ni saya cedok dari dapur kak Shasha Rahmat... membuatnya memang cepat dan cara menyediakannya amatlah mudah sekali...ibaratnya tak perlu bersabung nyawa untuk menikmati muffin yang lazat ni...

jom kita layan resepi

BANANA MUFFIN
Sumber : Shasha rahmat
Bahan A
1 1/4 tepung gandum
3/4 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp baking powder
1/2 cawan gula
secubit garam
1/2 cawan choc chips
sedikit walnut untuk hiasan



Bahan B:

2 biji telur - dipukul sedikit
1/2 cawan minyak masak / minyak jagung
1 cawan pisang masak (saya menggunakan pisang berangan)
1 tsp esen vanila


Cara :

Panaskan oven bersuhu 180'c.
Dalam mangkuk campurkan semua bahan A dan gaulkan rata.
Masukkan bahan B.
Gaul rata.
Masukkan dalam acuan muffin
Bakar sehingga masak




Friday 15 March 2013

BISKUT LAPIS CHEESE


Assalamualaikum sahabat semua..malam ni saya nak kongsi satu resepi yang  istimewa yang diperolehi dari sahabat FB yang tinggal nuunn jauh di Sarawak CT Zarith...tapi resepi ni saya skodeng dari sahabat FB juga iaitu Rohaida Rasdi.. blogger Samida74.cam biasa..dah lama terperam resepi, baru hari ni tercapai kudrat untuk menghasilkannya..Mula2 cik abang yang cicip..kata-kata yang keluar darinya.."Wahhhh..sedaplah kek ni..ada rasa nestum". Dan macam biasa jugak..untuk menghasilkannya tak perlu bersabung nyawa..amat sesuai untuk orang seperti saya..Malas Tapi Nak Makan Sedap...



BISKUT LAPIS CHEESE
Sumber : samida74
Rujukan : CT Zarith


BISKUT LAPIS CHEESE

BAHAN-BAHAN :

250gm cream cheese(jenama apa pun) - saya guna Tatura
1/2 tin susu pekat manis yg tinggi tu...
1 bungkus/paket biskut saltcheese (saya guna biskut cheese yang bulat-bulat jenama Julie's)
nestum/oat seckupnya... saya guna nestum


CARA-CARA:

cream cheese yg di biar suhu bilik pukul dgn susu sampai sebati....
1)susun biskut cheese tu dlm bekas yg di lapik plastik atau aluminium foil. Saya guna bekas berbentuk 4 segi (rujuk gambar)
2)ratakan cheese atas biskut td....
3)taburkan nestum/oat td...
4)ulang lagi....proses dgn menyusun biskut td dan sapu cheese...
5,6)setiap lapis tabur oat atau nestum utk rasa yg lebih umphhh...
ulang proses sampai habis...
7)bila dh habis...sejukkan dlm peti sejuk semalaman...
selamat mencuba ye.




Tuesday 12 March 2013

PUDING LAPIS CENDOL


Lama dah terperap resepi. Tapi almaklumlah dalam keadaan cuaca yang panas berdenting..dapat menikmati menu yang gini rupa memang mengasyikkan.


PUDING LAPIS CENDOL

Lapisan bawah:
500 ml Air
300 ml santan pekat
1 1/2 sudu besar agar2 powder
180 gm gula kastor
1/2 sudu teh garam
500 gm cendol

Cara-cara :
Masukkan semua bahan kecuali cendol.
Masak hingga gula hancur.
Tutup api dan masukkan cendol lalu tuang ke dalam acuan.
Setkan kemudian cakar-cakar dengan garpu sebelum dituang lapisan atas



Lapisan atas :
400 ml air
300 ml santan pekat
1 1/2 sudu agar2 powder
2 biji kuning telur
1 sudu teh choc.emulco
200 gm gula kastor
50 gm gula merah
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
Masak semua bahan sehingga mendidih.
Lapiskan dan tuang ke atas lapisan bawah








Tuesday 5 March 2013

CREAM PUFF WITH CREAMY FILLING


Assalamualaikum semua...dah lama mengidam nak mencuba resepi ni. Tapi kalau mood dah kelaut memang tak boleh dibantu..tenung jerlah reepi tu..tapi kalau keinginan dah tak tertahan..malas ka..mood elek ka..digagahkan jugak.
Sebenarnya membuatnya takdelah sesusah mana..ibaratnya tak perlu bersabung nyawa. Sesiapa yang tak de mixer pun boleh menggodek benda ni..yang penting harus ada oven..tu jer...

Resepi Choux Pastri saya ambik dari Yani@Myresepi dan untuk filling saya guna resepi Honey@myresipi 
cuma saya ada membuat penambahan dalam resepi tu iaitu saya menambah non dairi whipping menjadikan filling berkrim dan lebih lemak serta bertambah enak




CHOUX PASTRI


Sumber : Yani@myresipi

Bahan-bahan ( 10 biji )

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

CARA-CARA:

  • Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  • Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  •  Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  • Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  • Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  • Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  • Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan filling

*UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.


FILLING:
Sumber : honey@myresipi


Bahan-bahan A:
*1 sudu besar tepung
*1 sudu besar tepung jagung
*1 sudu teh tepung kastard (saya tambah)
*4 sudu besar gula
*200cc(1 cup) susu segar (saya guna susu cair)
*1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Bahan B :
100g non dairy whipping cream
2 sudu besar susu pekat manis

 * Pukul kedua bahan sehingga kental

Cara-cara:
  • Campur bahan bertanda *.
  • Kacau atas api
  • Masak sehingga pekat. 
  • Bila dah siap, masukkan mentega. 
  • Kacau.
  • Sejukkan
  • Bila dah sejuk, masukkan bahan B yang telah dipukul kental
  • Kacau rata 
  • Boleh masukkan filling menggunakan sudu @ piping bag



** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.





Friday 22 February 2013

SYAHIRAH 12.2.2013 - 13 TAHUN

Setelah 2 tahun menanti kelahiran cahayamata..Allah Taala menganugerahkan seorang puteri sulung..pejam celik..pejam celik dah 13 tahun usianya...semoga beliau menjadi seorang anak yang taat kepada perintah Allah, berbakti kepada ibu bapa...berbahagia kehidupan dunia dan akhirat









KEK OPERA


Ya aduiii..serius sedap giler kek ni..memang x rugi mencuba...Kek lain dari yang lain sebab bahannya banyak menggunakan serbuk badam..jadi texturenya agak kasar...tapi apa-apa pun kek ni memang best




OPERA CAKE 
Sumber : Cik Siti
Rujukan : Masam Manis dan bisousatoi
Bahan2:

Bahan A
200 g serbuk badam (almond powder)
100 g gula kaster
6 biji telur (saya guna saiz B)

Bahan B
50 g mentega - cairkan

Bahan C
60 g tepung gandum - saya guna superfine.  Diayak

Bahan D
115 g putih telur - 3-4 biji
55 g gula kaster


Cara2:

1)  Untuk persiapan - panaskan oven dengan suhu 200C.  Bila dan nak masukkan kek, turunkan ke 170C.  Sediakan loyang 4 segi berukuran 20cm x 20cm atau 8" x 8".  Lenser dengan butter/majerin/minyak dan alas dengan baking paper.  Sebaiknya sediakan sekurang-kurangnya 2 keping loyang.
2)  Satukan bahan A dalam mangkuk pengadun dan pukul dengan kelajuan maksima selama 10 minit.  Sesekali kacau dengan spatula supaya bergaul sempurna.
3)  Masukkan baki telur yang 3 biji sebutir demi sebutir dan teruskan memukul 10 minit lagi.
4)  Ambil 4 sudu besar adunan badam (bahan A) dan campurkan ke dalam mentega yang dicairkan.  Ketepikan.
5)  Masukkan tepung yang diayak ke dalam baki adunan (bahan A).  Kacau dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna.  Ketepikan.
6)  Dalam bekas lain (pastikan betul-betul kering dan tidak berminyak), putar putih telur sehingga berbuih.  Masukkan gula kaster (55g) dan terus putar sehingga menghasilkan adunan kaku dan bertanduk (soft peak)
7)  Ambil 1/3 daripada adunan putih telur dan campurkan ke dalam Bahan A.  Kacau rata dan perlahan dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula.
8)  Masukkan pula adunan badam tersebut (step 7) ke dalam bekas baki 2/3 putih telur dan gaul sebati secara kaup balik
9)  Tambahkan adunan mentega (step 4) ke dalam adunan (step 8) dan gaul secara kaup balik.  Gaul perlahan kerana jika terlebih kacau, kek akan menjadi mendap selepas dibakar.
10)  Kaedah membakar ada pelbagai cara... saya menggunakan 2 loyang 4 segi berukuran 8x8 untuk sekali bakar.  Untuk setiap loyang, saya timbang sebanyak 160g adunan dan mendapat 5 lapisan. (Mungkin lepas ni kena kurangkan kpd 150g supaya dapat 1 lapisan extra - kalau 6 lapis lagi cantik).
11)  Bakar selama 15 minit atau sehingga kek masa dengan suhu 170C.  Sejukkan sebentar, baru keluarkan dan letak atas redai.






LAPIS & TOPPING


Saya menggunakan 2 jenis bahan layer iaitu chocolate ganache (yang kental dan cair) dan coffee buttercream.  Coffee syrup juga diperlukan untuk melembabkan permukaan kek sebelum dilapis.  Idea melapis dan bahannya saya perolehi dari blog Citarasawan.

I - Coffee Syrup
- 1/2 sudu besar instant coffee (nescafee 3 in 1) dicampurkan dengan 100ml air panas dan 1 sudu besar gula




II - Chocolate Ganache
Saya buat double adunan - satu perlu disimpan dalam peti sejuk (dalam 1 malam) dan satu lagi perlu digunakan dalam keadaan masih cair.

Bahan2:
200g UHT whipping cream
300 g coklat masak - potong kecil2
1 sudu besar mentega

- Didihkan whipping cream.  Matikan api dan masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair kesemuanya.  Masukkan mentega dan kacau rata.
-  Bahagian 1: simpan dalam petisejuk untuk semalaman.  Keluarkan dan biarkan dalam suhu bilik.  Ia jadi kental.  Kalau perlu, putar dulu sebelum digunakan semasa proses melapis
-  Bahagian 2: Seeloknya buat masa kek dah siap dilapis dan boleh dituang terus ke atas kek






III - Coffee Buttercream

Bahan2:
250g mentega - 
80g gula ising
1 1/2 sudu besar coffee emulco

-  Pukul mentega dan gula hingga kembang.  Masukkan coffee emulco dan pukul lagi hingga kembang dan ringan.

ATAU

IV 
Mocha Buttercream
100 gm  putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste

Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental
masukkan buter satu persatu dalam adunan. Masukkan juga mocca paste dan coffe paste. Pukul sehingga kental



* saya guna resepi IV



CARA MELAPIS & DECO (untuk 6 lapis)



1)  Ambil selapis kek dan letak atas board.  Sapukan keseluruhan permukaan kek dengan coffee syrup menggunakan berus.  Jangan banyak sangat, nanti kek lencun ye!
2)  Sapukan buttercream ke atas lapisan pertama.  Saya gunakan piping bag, lagi senang...
3)  Lapikkan dengan sekeping lagi kek.  Sapukan juga coffee syrup.  Kemudian sapukan chocolate ganache yang kental dan ratakan.
4)  Ulang step 2 & 3 sampai kek habis.  Untuk kek yg terakhir, tak perlu sapu kopi di permukaannya.
5)  Simpan kek dalam peti sejuk dalam 2 jam sebelum menuang ganache yang cair
6)  Keluarkan kek yang telah sejuk.  Letak atas redai yg diletak atas dulang atau alas tepi/bawah kek dengan kertas supaya tak comot board kek tu nanti.
7)  Tuang chocolate ganache ke atas kek dan biarkan sejuk.  Sebaiknya letak dalam petisejuk dalam 2-3 jam baru potong dan kemaskan sekelilingya.


Thursday 7 February 2013

DONUT GEBU


Sementara menunggu azan manghrib berkumandang, mari kita layan donut yang sangat sedap..lembut dan gebu..serius.. tak rugi mencuba


DONUT GEBU
Sumber : Myresepi..Hasue

Bahan-bahan 

500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin / Mentega
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1/2 sudu besar bread softener (saya tambah)
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Cara-cara

 Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening dan bread softener.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

 Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

 Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

 Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
 Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. 

 Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

 Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

 Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^


Thursday 31 January 2013

SYAFIYAH 31HB JAN 2013 - 10 TAHUN


Syafiyah..anak ke 3..lahir waktu tu seingatan saya tepat2 CNY. Ingat lagi berdentum dentum bunyi mercun di wad bersalin...anak baik yang banyak membantu dari segala hal...mengurus adik-adik, berkemas rumah dan yang penting tolong menghias kek...Seusia 4 tahun dah pandai macam2 dah..



Alhamdulillahhh...
semoga terus menjadi anak yang baik dan solehah..amiiinnnn














Monday 28 January 2013

APAM POLKA DOT II


Ketak ketik dulu sementara menunggu cik abang balik dari menyopping barang untuk masak tengahari. Adapun resepi ni minggu lepas saya buat..kebetulan saya ada terima order, alang kepalang untuk rujukan sendiri..saya pun buatlah aksi maut baki-baki kuih ini. Disebabkan rasanya yang menepati citarasa dan texturenya yang gebu dan saya amat berpuas hati...jadi saya kongsikan bersama untuk sesiapa yang ingin mencuba.


APAM POLKA DOT
Sumber : gallerymimi
Rujukan : Ain Rusli (Majalah Rasa)

Bahan-bahannya:

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas


Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Sunday 27 January 2013

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD



Assalamualaikum...apa khabar semua? Terlebih rajin pulak hari ni nak kongsi resepi yang saya cuba petang tadi. Saya mencari resepi yang senang dan cepat dimasak dan yang penting enak dimakan. Resepi ni memang dah lama diidamkan tapi kekangan masa membuatkan hasrat asyik tertangguh.Hari ni kebetulan ada masa terluang dan yang pasti keinginan membara untuk menikmati akan rasa puding roti dah tak terbendung..saya pun selongkar setiap satu dari sahabat-sahabat blogger...terjumpa pulak resepi  dari dapur Hana. Bila diintai-intai bahan-bahan yang diperlukan mudah dan semua ada di dapur...apa lagi sepantas kilat saya melaksanakan operasi melunyaikan dapur.



RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
sumber : Hanamemories


Bahan-bahan

  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis





Untuk Sos Kastard


  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula







Cara-cara
  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

Monday 14 January 2013

CHOC. MOIST IZYAN MASTERCHEF



Ya ampuuunnn..lamanya tak bersiaran. Kalau mood tak de memang tak boleh buat apa. Kebetulan memang saya pun dah lama tak berexperiment di dapur. Tetiba teringin nak makan kek coklat. Kebetulan ada share resepi kek coklat dari masterchef Izyan di FB. Nampak menyelerakan..buatnya pun semudah ABC. Apa lagi..walaupun dalam keadaan malas yang amat kritikal ku gagahi jua..Alhamdulillahhhh...misi berjaya. Memang sedap dan sangat mantap kek ni...



Kek Coklat Basah
Sumber : Chef Izyan Masterchef

Bahan-bahan

Bahan A :-
1 cwn air
1/2 cwn serbuk koko Van Houten
1/4 cwn gula pasir


Bahan B :-
250gm Buttercup
1 1/2 cawantepung kek + 1/2 cawan susu tepung = 2 cwn

1/2 sudu teh baking powder (saya tambah)
5 biji telur ---> asingkan putih & kuning
3/4 cwn gula icing (gula castor pun boleh) - saya guna guna castor
sedikit badam
sedikit esen vanilla & perisa rose (saya guna esen vanila)


Hiasan : -
100 - 150 gm coklat masakan
sedikit minyak masak
sedikit badam / coklat @ colourful rice (pilihan)


Cara :
Hiasan : Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double boiler',
 masukkan sedikit minyak masak.(tuk bagi ia berkilat). 
@

Choc. ganache :
500g coklat masakan
300g dairy whipping cream

Cara :
Panaskan coklat secara double boiler sehingga cair
masukkan whipping cream
kacau sehingga rata

Cara-cara

Bahan A : 

satukan dlm satu periuk. Masak ats api kecil @ sedehana. Pastikan ianya likat & sejukkan. 
Lenserkan bekas acuan dan kertas minyak dengan merjerin. Ketepikan.








Bahan B:
Asingkan putih & kuning telur. (Pastikan kuning telur tak termasuk dalam putih telur, walau sedikit. Nanti 'meringue' tak jadi. ) --->utk elak @ hilangkan hanyir putih telur, buangkan 'mata' yang terdapat dlm putih telur tu.
Pukul putih telur hingga kembang/menjadi putih, ketepikan.(guna mixer @ guna whisk pun ble). (kalau diterbalikkan, ia tak jatuh dr bekas,bermakna ia dah cukup kembang)
Masukkan butter,gula, esen vanilla & perisa rose ke dlm mixer. Putar hingga kembang.
Ketika mixer masih on, masukkan kuning telur sikit demi sedikit hingga hbs kedalam bahan2 tadi (step 4).
Kluarkan adunan tadi dr mixer...masukkan badam (kalau suka),gaul sebati.
Satukan Tepung Kek & Susu Tepung, ayak. Kemudian, masukkan tepung nie ke dalam bahan2 tadi yg diputar tadi berselang seli dengan Bahan A tadi.
Masukkan putih telur tadi, gaul hingga adunan semua sebati. Tuang dlm bekas acuan kek. Bakar hingga masak (30 - 40 minit). Sejukkan atas redai.
Tuang coklat nie atas kek yg telah sejuk tadi. Boleh hiaskan dengan coklat @ colour rice @pun badam.


*saya guna choc. ganache sebagai topping


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG