Friday, 1 July 2011

KARIPAP PUSING

Kuih evergreen...sapa x kenal namanya KARIPAP PUSING, saudara terdekat KARIPAP TAK PUSING. Asal org jual sarapan pagi confirm ada karipap...x sah kalau takde. Habis nak buat camne kuih nie memang sedap lagi2 kalau intinya mantap. Lagilah bertambah meletup.

Dah lama saya x buat kuih nie, atas permintaan cikgu anak dara saya...sambil2 tekak nie pun teringin nak makan so...apa lagi...kecahkanlah dapur lagi.

Cam biasa.
Jom kita layan resepinya :

KARIPAP PUSING:

Bahan2 untuk kulit :
Doh air :
500g tepung gandum
1steh garam halus
1smakan gula
1 cawan air @ secukupnya
2 smakan marjerin

Cara membuatnya :
Gaul semua bahan di atas

Doh minyak :
250g tepung gandum
70g shortening
70g marjerin

Cara membuatnya :
Gaul semua bahan diatas

Inti :
1kg kentang - potong dadu
200g  keledek - potong dadu
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuh rempah kurma/ beryani
3 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 senduk cili giling *
25g bilis *
1 sudu garam
7 sudu besar gula
serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya :
Blender bahan *.
Panaskan minyak.
Tumis bahan diblender hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan beryani yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Tumiskan lagi sehingga kering.
Masukkan kentang dan keledek.
Masukkan air.
Masak sehingga empuk.
Rasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
Setelah masak,bolehlah diangkat.

TIPS ;
Untuk garam dan gula -ikut selera masing2. Sukatan gula dan garam yang saya bagi adalah selera saya dan saya dapati ramai orang suka dengan rasa ini.


Cara-cara membentuk karipap pusing (Refer gambar di sebelah):
1. Bentuk 2 bulatan 
i. Doh air - 30g
ii. Doh minyak -15g
2. Masukkan doh minyak ke dalam doh air.
3. Bulatkan.
4. Gelek memanjang doh tersebut.
5. Gulung memanjang.
6. Gelek lagi doh tersebut (juga secara memanjang)
7. Gulung memanjang juga.
8. Potong kepada 2 bahagian.
9. Gelek lagi (Pastikan pusarannya ditengah2)
10. Masukkan inti.
11. Kelimkan
12. Gorengkan sehingga kekuningan dengan minyak banyak.

4 comments:

  1. assalamualaikum..cantiknya pusingan karipap ni...tq sharing..

    ReplyDelete
  2. Sama2...cubalah Rabiatun...InsyaAllah menjadi. Saya dah attach cara2 nak buat tu...

    ReplyDelete
  3. Salam Kama...
    okay lah tuh..tak lah koyak sgt & cantik jer pusingan karipap tak lah cam mama buat dulu2..hehehe tak nmpk sgt pusingan karipap pun hehehe :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih mama Hawa...saya nie mak budak baru belajar...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG