Kenapalah asyik2 masak pulut hitam...semalam dah Talam Pulut Hitam, laaa nie Bubur Pulut Hitam. Ini adalah disebabkan limpahan pulut hitam dalm peti ais dan punca sebenarnya adalah kerana dah terlebih rendam pulut hitam semalam. Disebabkan xmau membazir dan yang paling penting anak bujang saya yang bernama Syamil merayu2 mintak masakan bubu pulut hitam, so sebagai seorang ibu mithali (iyelah tu), saya pun merajinkan diri memerah santan untuk bubur pulut hitam.
Dulu-dulu masa zaman arwah emak saya ada, klau dia masak bubur pulut hitam mesti dicampur sedikit dengan beras. Saya tanya "kenapa mak masak bubur pulut hitam campur dengan beras?". Dia jawab biar dapat banyak sebab pulut hitam mahal, beras murah...kalau pulut hitam semata cuma dapat skit jer...oohhh...camtu pulak. Tapi dari segi rasa xde beza. Sama jer. Arwah emak kalau masak tu cth 2 cawan pulut pulut hitam 1/2 cawan beras. Memang dapat banyak..sampai puas kita makan.
Satu lagi, pada saya bubur pulut hitam nie sedap dimakan selang sehari kita masak. Cth : klu kita masak ari nie, sedap kita makan sok...itu yang saya cakap dengan anak2 saya...Alih2 bila saya tanya kenapa x makan lagi bubur nie, tadi beria sgt nak makan. Diorg jawap..."nak makan esok, umie cakap makan hari nie x sedap". Eemmm...terpulanglah. Janji makan kena habiskan..
Apa2 pun meh kita layan resepi
BUBUR PULUT HITAM
Bahan2nya:
350g pulut hitam
air untuk merebus secukupnya
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 cawan gula (ikut manis kita -klau x suka manis boleh kurangkan)
sedikit garam
3 helai daun pandan
Cara membuatnya:
Rebus pulut hitam dengan air sehingga empuk menggunakan api perlahan.
Setelah empuk & air hampir sejat masukkan santan pekat dan santan cair (boleh tambah santan lagi jika nak lebih cair)
Masukkan gula, garam dan daun pandan.
Masak sehingga mendidih.
TIPS;
Hendaklah sentiasa dikacau supaya santan x pecah minyak.
No comments:
Post a Comment