Tuesday, 5 July 2011

KUIH KASWI

Hari nie saya nak post kuih kaswi yng special...Kenapa lak kuih kaswi? Apalah specialnya kiuh kaswi yang satu nie? Sebab kuih saya nie saya ada masukkan santan. Pelikkan? Mana ada kaswi nak kena masukkan santan lak. Xtaulah nak cakap camne ye? Tapi kuih nie memang sedap. Rasanya lembut tapi kenyal. Saya dah sekali cuba dah terus jatuh cinta. Dah x mau yang lain dah (iye ker).Suami dan anak2 cukup suka dengan kuih yang nie...
Tak payah cita panjanglah, kita layan jer


KUIH KASWI
Sumber : Chef Zubaidah

Peralatan :
Loyang 10' x 10' dilapik plastik yang disapu minyak

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/4 cawan tepung ubi

2 cawan gula merah
1 cawan gula putih
3 cawan air

200ml santan pekat
1 @ 1 1/2 sudu besar air kapur makan
850ml santan cair @ air
sedikit garam

Cara membuatnya:
Masakkan gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut.
Campurkan semua bahan diatas.
Tapis ke dalam loyang
Kukus selama sehingga masak (lebih kurang 1 jam)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG