Saturday 31 March 2012

KUIH BOM KELEDEK


Selalu kalau goreng kuih bom bijan macam nak berperang. Kuih bom meletup-letup dalam kuali...takut betul..tapi sekrang tidak lagi..dah tu sedap pulak. Komen dari En. suami..tak liat macam selalu walaupun dah sejuk..lembut jer..pendek kata memang perfectlah..


KUIH BOM KELEDEK


Bilangan: 12 biji
BAHAN2:
80g Keledek - kukus & lecek
120g Tepung Pulut
20g Tepung Gandum
35g Gula Kastor
Secubit Garam
100ml Air
Biji Bijan - utk salut 
Inti Kelapa / Kacang Merah/Hijau

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan & inti) sehingga sebati menjadi doh lembut.
2. Bahagikan kpd 12 ketul.
3. Leperkan seketul doh, letak seketul inti, balut & bulatkan.
4. Golekkan ke atas biji bijan sehingga menyaluti seluruh permukaan bola kuih.
5. Ulang sehingga habis.
6. Goreng dgn minyak yg dalam sehingga garing.


PAVLOVA

Tu dia..memang best..memang mantop..memang melotup..Seperti biasa..mana-mana resepi yang best dan sedap saya rokemen untuk dicuba..memang sedap dan berbaloi


PAVLOVA
Sumber : Che Mat Gebu (Dunia Tanpa Sempadan)
Rujukan : Rima
BAHAN-BAHANNYA :-)


150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
1 cawan gula kastor
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)
Whipping cream secukupnya (mat pakai yang sedia guna dalam tin)
Strawberry, Raspberry, Blueberry, kiwi dan Mangga segar secukupnya





CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 150C, 
  2. sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel, 
  3. kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova (ini pavlova jenis comel2).
  4. Ketepikan.
  5. Putar putih telur hingga berbuih, 
  6. masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat.
  7. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul(saya gaul guna spatula). 
  8. Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang no.9 atau jenis bulat pun boleh...(sila rujuk ke blog Rima di sini @ Che Mat Gebu di sini). 
  9. Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, 
  10. kemudian paipkan sekelilingnya seperti dalam gambar. Lakukan sekali lagi seperti diatas.
  11.  Buat sama untuk baki adunan.
  12. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit.
  13. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. 
  14. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. 
  15. Hidangkan segera..

Tuesday 27 March 2012

TALAM ROTI PAUN


Jam dah 12.40 am..baru beres kerja. Mata pun mcm tak boleh celik dah..Sebelum beradu jom kita layan KUIH TALAM ROTI PAUN..sumber dari pakar kuih talam..sapa lagi kalau bukan kak Yatie..Sinar kehidupanku.


TALAM ROTI PAUN
Sumber : Kak Yatie
Rujukan : Chef Asma


Lapisan Bawah

  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)

Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)

Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.

Sunday 25 March 2012

ROTI BERYANI LAPIS

Selamat mencuba resepi yang best nie..

ROTI BERYANI LAPIS

Bahan-bahan A (inti) :
200gm daging cincang
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar rempah beryani + sedikit air
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu besar lada hitam*
2 bii bawang besar dipotong dadu
1 tin cendawan butang
8 biji telur (dipukul sedikit)
garam dan gula secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumbuk.
Masak sehingga naik bau dan garing.
Masukkan rempah, masak sehingga wangi
Masukkan daging dan sedikit air dan garam serta gula.
Kacau sebati
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu dan cendawan butang.
Bila dah rata masukkan telur yang telah dipukul sedikit
Bila semua dah rata, angkat dan sejukkan.

Bahan B (lapisan roti)
3 cawan santan
1 cawan susu cair
1 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
1 bungkus roti (12 keping)


Bahan C:
2 bii telur

Dipukul sebati untuk curah pada adunan
Bahagi 3 untuk 3 lapisan


Bahan D:
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
daun sup secukupnya
keju cheedar @ mozarella secukupnya disagat

Cara penyediaannya:
Acuan 9 x 9 x 3 inci dengan foil sapu sedikit minyak
Adunan roti dibahagi 3 bahagian.
1 bahagian dimasukkan dlam acuan
Tabur inti
Curahkan telur
Tabur sedikit bahan hiasan
Ulang langkah yang sama sebanyak 3 kali
Lapisan terakhir, lapiskan roti, kiraikan dengan telur, tabur bahan hiasan dan bawang goreng
Bakar sehingga masak
Biarkan sejuk baru dipotong

Saturday 24 March 2012

KEK PISANG GEBU II

Sedap dan lembut...gebu memang gebu. Saya rokemen kek ni untuk dicuba.

KEK PISANG II

Bahan-bahan :
Bahan A:
227g marjerin
25g gula kastor
5 biji kuning telur
263 g tepung gandum *
1 sudu kecil soda bikarbonat *
2 sudu kecil serbuk penaik *
1/8 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen pisang
300g pisang emas dilecek

Bahan B:
5 biji putih telur - pukul sehingga kembang

Cara membuatnya:
Sediakan acuan bersaiz 8 inci
Ayak bahan *
Putar marjerin dan gula sehingga kembang
Masukkan kuning telur satu persatu dan masukkan juga esen pisang dan garam
Masukkan pisang yang telah dilenyak berselang dengan tepung
Masukkan putih telur yang telah dipukul kembang (meringue)
Kacau rata secara kaub balik
Masukkan ke dalam acuan
Bakar sehingga masak dengan suhu 160 degree.

SUPER FUDGY BROWNIES


Jujur..dulu saya memang tak suka dengan brownies. Kalau makan pun takat makan gitu-gitu jer..tapi bila saya cubit Brownies ni..terus jatuh cinta. Memang sedap..tak tipu. Sambil buat kerja..sambil saya mengunyah..alih2 dah separuh dah selamat kukerjakan..Itulah penanagan si Super Fudgy Brownies...


SUPER FUDGY BROWNIES
Sumber : Kak CT Delima
Rujukan : Martha Stewart


Bahan-bahan :
120g Unsalted butter (8 sudu besar
130g all purpose flour * (1 cawan)
1/2 sk baking powder *
30g serbuk koko *(1/4 cawan)
1/2 sk garam*
3/4 cawan coklat chip*
220g coklat masakan - dipotong dadu
240g gula perang @ 1 1/4 cawan gula kastor
3 biji telur A

Bahan ditabur:
Choc chip
Badam cincang


Cara-cara :
Panaskan oven bersuhu 180 degree
Lapikkan loyang bersaiz 10 x 10 inci dengan baking paper. (Lebihkan kertas ketepi loyang supaya senang untuk Brownies dikeluarkan). Sapu baking paper dengan mentega.
Ayak bahan bertanda *. Setelah siap diayak, alihkan choc chip ke dalam bekas lain.
Panaskan coklat masakan dan mentega sehingga cair dengan kaedah double boiler. Setelah cair matikan api.
Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk sehingga rata dan gula larut.
Masukkan telur satu persatu dan kacau sehingga rata.
Masukkan bahan yang telah diayak tadi dan kacau sehingga rata dan sebati.
Masukkan choc chip dan kacaukan sehingga rata.
Masukkan kedalam loyang pembakar.
Tabur dengan bahan hiasan.
Bakar sehingga masak
Setelah siap dibakar, sejukkan selama 30 minit dan keluarkan dari loyang.
Potong dan hias ikut citarasa masing-masing

Friday 23 March 2012

BOLU KUKUS PELANGI PUTIH TELUR



Saya suka kek ni..kombinasi 3 rasa (saya guna perasa pandan, oren dan strewberry) sangat serasi..dan memang menepati citarasa saya. Komen dari anak-anak (diaorang ni memang layak jadi food tester). " Umie, kek ni ala-ala macam kek span, sedap sangat dan kalau jual ni mesti mahal" sambil menuunjuk tumb up. Sesiapa yang ada lebihan putih telur, mulai hari ni jangan di buang telur tu...saya suggest jadikanlah putih telur kek ni..memang berbaloi






BOLU KUKUS PELANGI PUTIH TELUR
Sumber : K1
Rujukan : Ibutio


Ingredients:
Bahan A:
500 ml putih telur
300 gm gula pasir
1 sudu besar cake emulsifier (ovellete)

1/2 st garam


Bahan B:
100 ml susu cair
50 gm mentega cair

(satukan)


Bahan C:
1 st baking powder
250 gm tepung gandum
25 gm susu tepung

(ayakkan)


Bahan D:
1 st pasta strawberry
1 st pasta lemon
1 st pasta mocca
1 st pasta pandan

Directions:

Sapukan marjerin dan lapikkan kertas loyang bersaiz 9 inc
Pukul putih telur, gula ovellete dan garam sehingga kembang dan kental
 Ayak tepung gandum, susu dan baking powder.
Campur susu cair dengan mentega cair
 Masukkan campuran tepung gandum ke dalam bancuhan putih telur, kacau rata
Tuang campuran susu, kacau rata,
Bagi adunan menjadi  3 @ 4 bahagian.
Campur masing - masing adunan dengan macam-macam perasa.
Tuang adunan lapisan pertama ke dalam loyang .
Kukus selama 7 minit
Lapiskan lapisan kedua.
Kukus selama 7 minit.
Lakukkan sehingga lapisan terakhir dengan kaedah yang sama.
Untuk lapisan terakhir, tutup penup pengukus dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit


Tuesday 20 March 2012

SUGEE CHERRY BLACK SQUARE

Ngantukkk...tak larat dah..Jom layan resepi yang simple, mudah, cepat tapi sedappp..


SUGEE BLACK CHERRY SQUARE
Sumber : AlongRoz@homekreation
Rujukan : Source: Diana FRD (blog Diana dah tutup)
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
1½ cwn Tepung Gandum*
2 st Baking Powder* (* ayak) 
1 cwn Suji
½ cwn Gula Kastor
200g Butter
2 bj Telur
2 st Vanilla Essence
Jem pilihan anda (Saya guna jem buah-buahan campuran)
Hirisan Almond (optional)


CARA2:
1. Panaskan oven 170C.

2. Campurkan empat bahan yg pertama.
Gaulkan butter, telur & VE sehingga rata.

3. Ratakan 1/2 adunan ke dlm tin.
Sapukan jem ke atas nya & tutup dgn separuh lagi adunan.
Taburkan almond. 


4. Bakar 20-25 min.


Monday 19 March 2012

PAU GEBU INTI KELAPA

Aduiii..bagai nak pengsan buat kuih pau nie..sebab apa nak tau? sebabnya biasa cik mixer yang tolong uli doh tapi hari ni terlebih rajin (atau pun terlebih malas..malas nak basuh mixer)..guna cara kuno mengguli doh pau..rasa macam nak patah tangan dibuatnya..siap bergotong royong dengan anak bujang mengguli. Saya menguli, sibujang saya tukang pegang besen...aduiii...
Bila time menggukus satu hal lagi..masa mengukus xleh kurang dan xboleh terlebih masa..kalau kurang masa nanti pau x masak..kalau terlebih masa pulak pau akan jadi kecut. Siap warning dgn anak2 dara. ;.masa mesti ngam-ngam  10 minit. Jadi semua mata kena memerhati jam. Tak boleh leka.. Kronik betul nak makan sedap ni..apa boleh buat dah teringin sangat nak makan maka semangat nak kena kuat..Inilah gara-gara skodeng dapur Kak CT


PAU GEBU INTI KELAPA
Sumber : Kak CT Delima
Rujukan : Ton Myresepi

Bahan-bahan ( 10 biji )
250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayuran
2g (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam


Cara-cara
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.

Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.

Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin

***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start

Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)

Bahagikan doh kepada 10 bahagian

Masukkan inti dan tutup kemas.

Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.

***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.

Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.

Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.

***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.

Selamat mencuba...


INTI KELAPA:
Sumber : Mama kastam myresepi


Bahan-bahan ( sekeluarga )
1 biji kelapa parut putih
1 1/2 cawan air gula merah ( di ambil dari 1/2 kg gula merah di masak + 2 cawan air )
1/2 cawan gula pasir
sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara-cara
Di dalam kuali, masak air gula merah + gula pasir, daun pandan dan garam sehingga berbuih.

Masukan kelapa parut, kacau sehingga rata. Masak sehingga air gula kering tetapi intinya nampak lembab.

Tutup api. Siap untuk di gunakan..

Jika berlebihan, simpan dalam bekas berpenutup dan masukan ke dalam peti sejuk...


Sunday 18 March 2012

KEK KAREMEL CHOC MOIST

Sapa tak kenal akan kek ni..tak yah tunjuk rupa..sekadar sebut nama masing-masing dah dapat bayangkan akan rupa bentuk kek ni..betul tak dah ramai dah member-member blogger dan Fb yang dah buat kek Keremel Choc moist ni..Dari segi rasa memang x boleh nak dinafikan..memang mantapp...gabungan rasa keremal dan kek coklat kukus memang mencengkam lidah..rasa sekali pasti nak lagi. Resepi asal dari Kak Munirah Baharum tapi saya ambik resepi ni dari dapur Kak ummizaihadi.


KEK KAREMEL CHOC MOIST
Sumber : Kak Ummizaihadi

(A) Bahan (Gula Karamel) :-

  • 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nnt)
Cara-Cara:-

  1. taburkan pada dasar acuan  dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)

(B) Bahan Puding Karamel :-

  • 3 biji kuning telor
  • 1 cawan susu cair (*akak guna susu sejat Ideal)
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-Cara:-

  1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer)
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (saya set suhu 150 C je dan guna api atas bawah).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)


(C) Bahan Kek Coklat:-

  • 1 cawan serbuk koko 
  • 1 cawan susu cair 
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan gula 
  • 1 cawan minyak masak *
  • 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)
  • 3/4 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 4 biji telor - blend hingga halus
Cara-Cara:-

  1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.
  4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).
  5. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.
# saya kukus kek ni selama 1 1/2jam. Tutup pengukus ketika mengukus kek 

Friday 16 March 2012

IKAN PATIN MASAK LEMAK CEKUR

Nor..jiran sebelah rumah yang baik hati datang bertanya..kak Zura makan ikan patin tak? Saya ni semua makanan saya sebat..asalkan halal..ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Dah lama teringin nak makan ikan patin..Memang dah rezeki. Kata Nor, suaminya memancing dapat 2 ekor ikan patin sebesar peha..wahhh..besar tu..tapi bila tengok pun memang power...Banyak betul Nor bagi ikan patin..dari kepala sampai ke ekor..kira lengkap seekor ikan (walaupun dah disiang dan dipotong-potong)..Alhamdulillah rezeki..

Menu pertama dari seekor ikan patin ialah Ikan Patin Masak Lemak Cekur..Ambik bahagian badan jer. Untuk kepala dah ada projek sendiri. Tak boleh usik..

IKAN PATIN MASAK LEMAK CEKUR


Bahan-bahan:
5 keping ikan patin

Bahan untuk perap
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Gaul ikan patin dengan bahan perap
Perap selama 1/2 jam
Goreng dengan minyak banyak sehingga kekuningan

Bahan untuk menumis:
*20 biji cili api (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
*3 biji bawang merah
*1 ulas bawang putih
*1 inci halia
*5 ketul ubi cekur
daun cekur (diricih halus)
1 batang serai (ketuk)
500 ml santan
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara:
Tumbuk bahan bertanda * sehingga lumat
Panaskan minyak
Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau
Masukkan santan
Biarkan mendidih sambil dikacau (jangan sampai pecah minyak)
Masukkan garam dan gula
Akhir sekali masukkan ikan dan daun cekur
Kacau rata sehingga masak



Thursday 15 March 2012

DONUT MAYO

Adapun donut mayo ni memag deboomm..bak kata anak2 saya..Mantappp. Terima kasih kepada Rahel yang menggoda saya dengan donut yang special ni.. kira tak rugi membuatnya..memang berbaloi...walau dah sejuk tapi tetap lembut.

DONUT MAYO
Sumber : Rahel
Resepi asal : Jintan Manis





Bahan:
330g tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur (dipukul sedikit menggunakan garpu)
140ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 g yis (1 1/2 sudu kecil) (Rahel tambah 1/2 sudu kecil baking powder, saya x tambah tapi saya jadikan 6g yis)
1/2 sudu besar bread softener (Rahel x letak, saya letak)
1/2 sudu teh garam (saya letak)
Sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti


Cara:

1.Buat doh kaedah 1,penggunaan Bread Marker (BM),masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan start,tunggu sampai siap diuli dan boleh terus ke langkah no.4 di bawah.

2.Kaedah dua,jika uli guna tangan,masukkan semua bahan doh & uli hingga tidak melekat pada tangan,tips untuk dapat doh yang lembut,ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik itu,ramas2 berapa minit,lebih kurang 5-10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yg lembut & elastik.
 
3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan lastik wrap & biarkan doh naik 2x ganda.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

 
4.Bahagi doh pd bebola kecil & rehatkan selama 6-8 minit,kemudian bentukkan seperti donut,lubangkan tengahnya,biar naik 2x ganda & goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana,angkat & salutkan dengan serbuk gula,sedia untuk dihidang.

  *(selepas doh mengembang,saya tekan bagi keluar angin,pastu timbang kepada 35g, bulatkan, lubangkan tengahnya, kembangkan dan kemudian terus goreng).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG