KEK PISANG II
Bahan-bahan :
Bahan A:
227g marjerin
25g gula kastor
5 biji kuning telur
263 g tepung gandum *
1 sudu kecil soda bikarbonat *
2 sudu kecil serbuk penaik *
1/8 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen pisang
300g pisang emas dilecek
Bahan B:
5 biji putih telur - pukul sehingga kembang
Cara membuatnya:
Sediakan acuan bersaiz 8 inci
Ayak bahan *
Putar marjerin dan gula sehingga kembang
Masukkan kuning telur satu persatu dan masukkan juga esen pisang dan garam
Masukkan pisang yang telah dilenyak berselang dengan tepung
Masukkan putih telur yang telah dipukul kembang (meringue)
Kacau rata secara kaub balik
Masukkan ke dalam acuan
Bakar sehingga masak dengan suhu 160 degree.
salam zura...resepi ni lain dr yang lain kan, sbb dia asingkan telur pth ngn telur kuning tu..mst lembut sgt tekstur dia kan...
ReplyDeleteBetul tu Liza..struktur kek ni mmg lembut. Kira lulus xperiment ni
ReplyDelete