Tak larat nak menaip panjang-panjang..hari ni kita layan kek lapis pulak ye...hasil dari selongkar dapur Kak Wan...Ada macam-macam kek lapis di dapur Kak Wan, just pilih je mana satu idaman hati untuk dicuba. Kali ni saya cuba resepi ni sebab semua bahan ada kat dapur..Tak payah nak merayau ke kedai mencari macam-macam bahan...Bahannya xdelah susah mana cuma masa membakarnya agak lama skit. Tapi xpe berbaloi...hasilnya memang sedap..
KEK LAPIS KEJU KOKO
Sumber : Kak Wan (Citarasawan)
Bahan A:
200g butter
150g cream cheese
130g gula kastor
14 biji kuning telur
5 sudu besar susu pekat manis
Bahan B:
130g gula kastor
7 biji putih telur
Bahan C:
180g tepung hong kong
1 sudu teh baking powder
Bahan D :
Pes Koko (2 sudu besar serbuk koko + 3 sudu besar air panas + 1 sudu besar coklat emulco)
Pewarna kuning
Bahan Sapuan :
3 sudu besar marjerin + 2 sudu besar susu pekat manis
Cara-cara:
Panaskan ketuhar bersuhu 180 degree selama 15 minit.
Sediakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
Bahan A:
Pukul butter, cream cheese dan gula kastor sehingga kembang dan berkrim
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Kacau sebati
Masukkan susu pekat manis
Kacau rata dan sebati
Bahan B:
Dalam bekas lain, pukul bahan B sehingga kembang dan bertanduk
Bahan C:
Ayakkan bahan C.
Masukkan dalam Bahan A sedikit demi sedikit
Gaul rata dengan perlahan sehingga sebati
Tuangkan Bahan B ke dalam bahan C
Gaul rata dan sebati
Cara membakarnya:
Ambil 9 senduk adunan dan campur pewarna kuning
Yang selebihnya campur pes koko
Ambil 1 senduk adunan berwarna kuning dan ratakan dalam tin pembakar
Panaskan selama 7 minit dengan menggunakan api atas bawah sehingga kek bewarna perang
Cucuk permukaan dengan garpu
Tekan lapisan agar rata
Sapu permukaan kek dengan bahan sapuan
Ratakan adunan kuning sebagai lapisan kedua
Bakar dengan api atas sahaja sehingga masak
Lakukan proses yang sama seperti lapisan pertama tadi
Ulang sehingga 4 lapisan kuning
Untuk lapisan ke 5, ambil 1 senduk adunan koko dan ratakan
Bakar sehingga masaka
Lakukan lapisan sama seperti lapisan kuning
Lakukan sehingga adunan koko habis
Lapisan seterusnya, ratakan lapisan kuning
sama seperti proses sebelumnya
Lakukan sehingga habis
Akhir sekali, tutup tin pembakar dengan aluminium foil.
Bakar selama 15 minit dengan menggunakan api atas bawah.
No comments:
Post a Comment