Bercerita tentang Biskut Chip More ni..nama sebenarnya adalah Chocolate Chunk Cookies tapi tukar kepada Biskut Chip More sebab senang nak sebut. Malas nak pikir nama panjang-panjang dan yang pasti biskut tu ada Choc chip dan ada ala2 biskut chip more jadi saya berilah nama BISKUT CHIP MORE...tak kisahlah apapun nama dia yang pasti biskut ni memang best. Saya rekomen biskut ni untuk dicuba..xrugi tau mencuba. InsyaAllah tak menyesal punya...
Jom layan resepi
BISKUT CHIP MORE @ CHOCOLATE CHUNK COOKIES
250 gm butter
200 gm gula perang
1/2 sudu kecil coffee paste
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan oat
1/4 cawan almond - kisar
1/2 cawan kekacang dibakar - saya letak badam
1 peket choc chip
300 gm self- raising flour atau tepung naik sendiri @ tepung gandum + 1/2 sudu kecil baking powder
200 gm gula perang
1/2 sudu kecil coffee paste
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan oat
1/4 cawan almond - kisar
1/2 cawan kekacang dibakar - saya letak badam
1 peket choc chip
300 gm self- raising flour atau tepung naik sendiri @ tepung gandum + 1/2 sudu kecil baking powder
Cara membuatnya :
Sebelum kita nak buat cookies ni sebaik2nyer atau seelok2 nyer kita sediakan bahan ini terlebih dahulu. Iaitu pukul telur , vanila dan coffee oil atau coffee paste. Penyediaan bahan ni hendaklah dibuat sekurang2nyer 2 jam sebelum kita membuat cookies ni atau cara yg terbaik kita buat dahulu dan simpan semalaman dalam peti ais.
Panaskan oven 160C
Campurkan butter yg telah lembut dgn gula lalu dipukul hingga lembut.
Campurkan campuran telur dan coffee tadi bersama oat yg dikisar berserta serbuk badam, kekacang dan choc chip. Ayak tepung ke dlm adunan dan gaul rata. Adunan akan menjadi tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kental.
Untuk cookies yg kecil letakkan 1/2 sudu kecil ke atas loyang dan bakar selama 9 - 10 minit
Untuk cookies yg lebih besar letakkan 1 sudu dan bakar selama 20 - 25 minit.
Setelah masak letakkan atas redai sehingga sejuk. Simpanlah dlm bekas kedap udara.
Salam Kak Kama,
ReplyDeletewah,bestnya kalau dapat sebalang biskut coklat cip ni,mau kunya2 sambil tengok asian food chanel..hehe..
nak cuba minggu depan... anak suka.
ReplyDelete