Friday 10 February 2012

KEK PISANG GEBU

Tak larat dahhhh..penat sangat. Hari ni terlalu banyak kerja. Tak mampu nak cerita lagi..dah menguap jer ni..Jom kita layan kek pisang yang senang sangat tapi sedappp sangat..Tak perlu bersabung nyawa mengodek kek ni...semua pakai humban-humban jerrr...apa2 pun tak rugi mencuba resepi ni.


KEK PISANG GEBU
Sumber :Jintan manis

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telah dilenyek(saya guna 6 biji pisang emas)
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur











caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG