Friday, 16 December 2011

LIGHT BAKED CHEESE CAKE

Cheese lagi...keju lagi....mak aiii. Nak buat camne? Kalau dah namanya cheese tu letak kat mana pun sedap aje. Tak boleh ditipulah lidah ni. Itu yang tak berani nak timbang berat badan tu. Seram jer nak tengok jarum timbang. Ngeri dibuatnya... Tak pe, tangguh lagi projek diet kita ye.





Bercerita tentang kek keju yang satu ni. Kek ni memang best...Memang fav saya sekeluarga. Jarang-jarang dapat makan kek ni. Agak malas sikit nak membuatnya. Tapi dek melayan kehendak anak-anak yang sentiasa kelaparan...so kumpulkanlah segala kudrat yang ada untuk mentonggang langgangkan dapur.




LIGHT BAKED CHEESE CAKE

Bahan-bahan :
Sponge @ Base :
310g telur
170g gula kastor
170g tepung gandum
50g mentega cair

Cara membuatnya:
Pukul telur dan gula sehingga kembang.
Masukkan tepung.
Kacau sebati
Masukkan mentega cair
Bakar sehingga masak



Bahan Cheese :
Bahan A:
500g cream cheese
95g gula kastor
54g kuning telur
210g whipping cream
20g tepung jagung *
40g tepung superfine *

Bahan B:
78g putih telur
45g gula kastor

Potong kek sponge kepada 3 bahagian
Ambil satu bahagian untuk dijadikan base cheese cake.
Panaskan oven.
Ayak bahan *
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga kembang.
Perlahan-lahan masukkan kuning telur.
Kacau rata.
Masukkan whipping cream.
Kacau rata.
Masukkan tepung yang telah diayak.
Alihkan ketepi dahulu.

Untuk Meringue:
Pukul bahan B sehingga kembang
Masukkan kedalam bancuhan cheese diatas tadi.
Kacau sehingga sebati.
Masukkan kedalam loyang bersaiz 10 inci
Bakar dengan kaedah water bath sehingga masak
Hias dengan whipping cream dan topping blueberry.

6 comments:

  1. Selamat malam Kama...dari jauh tengok kek yg cantek so singgah skejap nak try..ada lagi k? hehe..rajinnya Kama buat kek..siap deco2 lagi tu..asyiknya..

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi kama..
    Aduh! terliur betul tengok kek kama tu..
    nampak menyelerakan sekali..

    cantik sangat!!

    ReplyDelete
  3. aslmkum kama.. akk mmg fobia nk buat kek ni.. walaupun sedap..bila pernah buat tak mjadi @bantat.. smpi skrg terus tutup buku.. hihihi..

    ReplyDelete
  4. Rahel...
    Aiseh...kek dah abislah. Laku pulak kek ari nie. Sekelip mata dah lenyp dari pandangan. Ari ni saya terlebih rajin lak...tu yang boleh jdi kek cun melecun tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. KAK ITAAAA....
    Terharu saya kak sudi menjenguk dapur saya yang xseberapa ni. Malu dgn kak Ita. Kek kak Ita jauh lebih cantik dari kek saya...huhuhu

    ReplyDelete
  6. DZana...
    Waalaikumsalam kak...
    xpe kak...
    Klu x jadi buat lagi sampai jadi.
    InsyaAllah...lama2 jadi mahir...
    Selamat mencuba lagi kak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG