Wednesday, 28 December 2011

KUIH GETAS

Sedap betul kuih evergreen ni. Dah lama teringin nak makan tapi asyik lupa jer nak buat. Maklumlah banyak sangat resepi dalam list sampaikan kuih orang lama ni terletak dikedudukan tercorot pulak.Tapi bila dah buat...mak aaiiii...memang bestlah. Tidak mengecewakan. Memenuhi peawaian citarasa saya.. Lembut dan kenyal gitu. Tak boleh nak cakap lagilah. Memang mantop. Gitulah komen anak2...


Sumber resepi ni saya dapat dari Kak Cha.http://recipesasha.blogspot.com.

Apa-apa pun mari kita kongsi resepi
KUIH GETAS
Rujukan :http://recipesasha.blogspot.com/2011/08/kuih-getas.html

Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut (yg putih) digaul sebati dengan sedikit garam & 1sdB gula (saya letak 1 1/2 cawan kelapa parut)
100ml air suam
minyak utk mengoreng



Cara-cara membuatnya:
Satukan semua bahan kecuali air, tambah air sedikit demi sedikit hingga tepung menjadi adunan.
Jika lembik tmbhkan sedikit tepung. gentel doh & bentukkan leper & sedikit bujur. (sy bentukkan bulat)
Goreng dgn api yg sederhana hingga kekuningan.
Angkat & ketepikan


Bahan untuk menyira:
1 cawan gula
1/2 cawan air

Cara membuatnya:
Cairkan gula sehingga menjadi sirap yang likat.
Masukkan kuih.
Matikan api.
Gaul rata dan sebati sehingga gula kering.
Angkat dan boleh dihidangkan


11 comments:

  1. Assalualaikum..
    Wiii sukenya tengok resepi ni. Nak try buat juga. Tak pernah rasa la. Tringin ni. InsyaAllah nak buat jugakk. Mintak izin amik resepi ye

    ReplyDelete
  2. Alamak silap eja. Assalamualaikum

    ReplyDelete
  3. hehehe..
    waalaikumslam.Izah..
    Kuih ni kuih zaman emak2 kita dulu2. Sesaing dgn keria, kuih bom, cekodok dan lempeng...sedap untuk minum petang..

    ReplyDelete
  4. kuih ni adalah kegemaran Rahel..dari kecil hingga dewasa tetap suka sangat kuih yg satu ni..

    ReplyDelete
  5. Antara kuih kegemaran saya juga Rahel...memang sedap. Buatnya pun xsusah mana...

    ReplyDelete
  6. minta izin ambik resipi yer...lama dah cari resipi ni...sekarang bru jmpe...

    ReplyDelete
  7. Silakan Yati... mudah2an Yati berpuas hati dgn resepi ni

    ReplyDelete
  8. dah buat sedap mohon share ya..

    ReplyDelete
  9. Kena guna 1 cawan kelapa ke 1/2 kelapa parut?

    ReplyDelete
  10. Kena guna 1 cawan kelapa ke 1/2 kelapa parut?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG