Dah lama teringin nak makan laksa penang. Masa bulan puasa tempoh hari memang tak sempat nak masak yang caggih2 gini...biasanya tuk berbuka puasa saya masak saya sempoi2 jer...yang cepat dimasak, sedap dimakan (walaupun ada masanya x sedap pun) ^_^...yang penting perut anak2 kenyang.
Hari ni baru berkesempatan masak laksa penang. Biasanya saya masak pada hujung minggu, tapi dek keinginan yang tak boleh ditahan2 lagi..terus jer langsungkan hari biasa walaupun keadaan dapur yang masih huru hara (renovation skit)..
Untuk masak kuah laksa ni sebenarnya xde guna sukatan, pakai agak2 jer...jadi resepi yang saya berikan ni pun kira agak2 jerlah...tapi xpe..InsyaAllah sedap
LAKSA PENANG
BAHAN :
1 bungkus laksa
BAHAN (KUAH) :
Bahan A:
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 senduk cili kering yang telah diblender
Bahan B:
1kg ikan kembong
2 batang bunga kantan
segenggam daun kesum
5 keping asam keping
garam secukupnya
Air secukupnya
CARA :
Rebus ikan bersama asam keping dan garam sehingga mendidih
Setelah mendidih, angkat ikan
Keluarkan isi ikan.
Blenderkan isi ikan sehingga halus
Masukkan bahan yang telah diblender kedalam periuk yang berisi air rebusan ikan tadi
Masukkan tulang ikan ke dalam bleder
Blender sehingga halus
Tapis bahan diblender ke dalam periuk
Blender bahan A sehingga lumat.
Masukkan juga kedalam periuk
Didihkan
Masukkan bunga kantan yang telah dipotong dan daun kesum
Masukkan garam dan rasakan.
Didihkan sehingga masak
BAHAN ULAM :
1 biji timun
1 batang cili besar
1 biji bawang besar
5 biji telur
1 biji limau nipis
Cara :
Potong semua bahan diatas ikut citarasa masing-masing
Hias diatas laksa dan tuangkan kuah laksa
Sedia untuk dihidangkan
salam lebaran kama, resepi ni lebih kurang sama dgn resepi arwah ma akk...best kan sbb ada tulang ikan yg dimesin tu...cuma akk tak letak bwg pth, tu je la yg bezanya....peberet akk ni, makan hari2 pun blh....hihihii
ReplyDelete