Dah 2 kali dah buat dadih ni...senang banget dan yang pasti sedapppp..itu je yang boleh dikata. Makan sejuk2 diwaktu panas terik..pehhh..tak terkata lazatnya...
DADIH COFFEMATE
Sumber : Kak Yatie Sinar Kehidupanku
Bahan-bahan ( 20 cup kecil )
- 10gm agar2 serbuk
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 3 liter air (dlm 12 cwn)
- 200 gm Coffemate Creamer
- 1 tin susu sejat/ cair
- Perisa jagung, strawberry emulco, perisa pandan dan perisa keladi
Cara-cara
- Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih.Kacau rata.
- Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut.
- Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yg di kehendaki.
- Saya bahagikan pada 4 bahagian dan satu bahagian letak perisa mangga, 1 perisa keladi, 1 perisa pandan dan satu lagi perisa strawberry. Ikut selera masing2lah ya.
- Kacau cepat2 setiap perisa tu, dan tuang ke dlm bekas. Biarkan sejuk dan bolehlah di masukkan dlm petiais.
- Siap dan bolehlah di makan....fuhhhh nyaman je lalu kat tekak ni(ayat kak Yatie). Selamat Mencuba.
So colourful.. Boleh cubalah nanti..
ReplyDeleteuwaaaa terliur sudaaaaa...lalu kat tekak ni terasa nyaman jeeee...
ReplyDeleteMemang nk kena try. Nampak sedap sgt. Hrp follow blk. U r in my bloglist
ReplyDeletesalam sukses gan, bagi2 motivasi .,
ReplyDeleteHargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.