Friday 1 July 2011

KUIH TIRAM

Assalamualaikum semua...
Hari nie satu lagi hari yang bersejarah buat saya sebab pagi tadi saya dah lancarkan (cewah) blog. Rasa seronok sangat sebab ramai sahabat2 bagi sokongan. Terharu sangat dibuat. Terima kasih teman2 terutama teman2 FB...
Hari nie saya nak tunjukkan  kerepek... Ada macam2 nama kerepek nie...ada yang bagi nama Kuih tiram, kuih kapal terbang, lidah kucing, lidah buaya (nasib baik bukan lidah biawak) last2 ada bagi nama lidah jin lagi. hehehe...Maknanya kerepek nie namanya ada diserata tempat...dari atas awan...darat sampai ke dasar laut. Itu belum lagi bukan setakat kat alam nyata, siap masuk alam jin lagi...macam2...kelakar pun ada. 
Resepi nie saya cedok dari mak mertua saya pada hari raya tahun lepas...sedap sangat makan kerepek nie sampai x sedar dah habis berbalang-balang. 
Tapi apa2 pun meh kita layan kuih yang menjadi favourite anak2 saya.

KUIH TIRAM 
Bahan-bahan Asas (A) :
1 kg tepung gandum
3/4 cawan minyak masak dipanas
sedikit garam
air secukupnya

Cara membuatnya :
Uli bahan2 diatas seperti menguli kulit karipap.

Bahan inti (B) :
10 sudu besar tepung jagung
10 sudu besar minyak masak

Cara membuatnya :
Satukan semua bahan inti diatas. Kacau sebati dan tidak berketul.

Bahan saduran (C) :
Gula secukupnya dibleder

Cara-cara  membentuk kuih tiram :
Setelah bahan A diuli sebati, potong kepada beberapa bahagian doh (Saya potong kepada 10 bahagian doh).
Ambil satu bahagian doh, gelek nipis (seperti membuat karipap - tapi nipis skit lagi)
Sapu inti dengan rata dikeseluruhan doh.
Gulungkan seperti menggulung swiss roll..
Potong  lebih kurang 1 ". 
Ambil 1 bahagian yang dipotong tadi dan gelek nipis secara memanjang.
Lakukan sehingga habis.
Setelah siap, goreng dengan minyak banyak.
Goreng sehingga kekuningan. 
Toskan dan sadur dengan gula saduran...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG