Jom kita kongsi bersama ilmu buat
KUIH KERIA
Bahan-bahannya:
Bahan A:
1kg ubi keledek (yang telah direbus dengan air dan sedikit garam sehingga empuk)
200g tepung gandum
PENTING :
Sukatan 1kg ubi keledek adalah yang telah direbus (bukan yang masih mentah@berkulit)Cara membuatnya:
Rebus keledek sehingga empuk dengan sedikit garam.
Setelah direbus empuk, toskan airnya sehingga kering.
Timbang keledek tersebut. Kalau 1kg keledek, tepung gandum sebanyak 200g.
Lenyek @ tumbuk sehingga halus.
Masukkan tepung gandum.
Gaul sebati dan rata.
Bentukkan seperti roda.
Goreng menggunakan minyak yang banyak
#TIPS :
Untuk mengelakkan adunan melekat di tangan, sapu tangan dengan sedikit minyak. Insya Allah adunan x akan melekit ditangan dan senang dibentukkan.
Sukatan ini boleh dapat dalam sekitar 30 - 40 biji dengan saiz 50g.
Bahan B:
Untuk menyira :
2 cawan gula
1 cawan air
1/4 cawan tepung gandum (optional - xyah pun x pe)
Cara untuk menyira :
Masak gula dan air sehingga likat.
Setelah likat, masukkan tepung gandum.
Akhir sekali masukkan keria yang telah digoreng tadi.
Padamkan api.
Kacau rata dan sebati
Bolehlah diangkat dan dihidangkan
#TIPS:
Pastikan masak air gula sehingga benar2 likat. Kalau tidak, gula x akan melekat dan kuih akan menjadi lembik
Tq sudi share resepi. Tgk kuih keria antarabangsa tu terliur tp jauh sangattt nye ponn 😂
ReplyDeletehttp://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1