Sunday, 3 July 2011

TALAM PULUT HITAM

MANTOOPPP...itulah kata2 kluar dari mulut anak2 saya. Diaorg nie cerewet skit pasal makan. Klu x sedap cubit skit jer...dah tu cabut lari. Kalau sedap makan berulang2 kali. Terror betul lidah diaorg nie..Pening gak dibuatnya, x macam umienya yang belasan apa jer. Tolak batu dgn kayu. Kecuali jambu batu ngan ubi kayu...Itu badan makin montel bertambah2 montel..

Kuih talam Pulut hitam nie dah lama dalam simpanan. Cam biasa, resepi nie tido jer dalam fail tapi xtaulah tetiba teringin nak buat kuih nie. Lagi2 bila nengok pulut hitam x terusik menjak beli. Dah tu mak mertua baru balik dari Langkawi. Dibelikan lagi pulut hitam...bertambahlah lagi stok pulut hitam kat peti sejuk.

Kuih nie boleh dikategorikan antara kuih talam gred A. Memang sedaaapppp sgt rasanya....terasa pulut hitamnya...Lagi2 kalau santannya pekat. Terasa lemaknya. Manis tu ikut suka kita ye...Cam saya buat tu saya tambah skit manis...terasa kurang pulak manisnya tu...apa2 pun ikut cita rasa kita sendiri ye...
Xyah panjang lebar...
Meh kita skodeng resepi


KUIH TALAM PULUT HITAM
Sumber :
ITA'S DELIGHT

Peralatan :
Loyang bersaiz 10" x 10" yang disapu minyak dan dilapik plastik

Bahan-bahannya:
Lapisan bawah :
160g tepung beras
140g gula pasir
30g tepung gandum
30g tepung jagung
1/4 sudu teh garam
800ml santan + air rebusan beras pulut hitam
*1 cawan pulut hitam (empuk)
*1 cawan pulut hitam (3/4 empuk)
sedikit pewarna purple

Cara membuatnya :
*Pulut hitam direbus dengan air yang banyak.
*Apabila pulut 3/4 masak asing 1 cawan
*Rebus selebihnya sehingga empuk
#Pastikan pulut berjumlah 2 cawan kesemuanya
Campurkan baki air rebusan dengan santan pekat, jadikan 800ml
Satukan semua bahan diatas
Kacau sebati
Masukkan ke dalam loyang
Kukus sehingga pekat

Lapisan Atas:
110gm Tepung beras
140gm gula pasir @ ikut manis yang kita suka (saya lebihkan 2 sudu)
1/4 sudu teh garam
30gm tepung gandum
30gm tepung jagung
800ml santan pekat + air rebusan beras pulut hitam
sedikit pewarna purple

Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan diatas dan masak sehingga naik wap @ sederhana pekat.
Masukkan keatas lapisan bawah yang telah didicakar2 dengan garpu
Kukus sehingga masak (lebih kurang 45 minit - 1jam)

TIPS :
Pastikan lapisan bawah dicakar2 dengan garpu. Kalau x, lapisan atas dan bawah takkan melekat.
Buka tutupan pengukus setiap 5 - 10 untuk memastikan air x tumpah keatas kuih yang akan menyebabkan kuih kembang dan basah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG