Sunday, 10 July 2011

BISKUT FERRARO ROCHER @ ALMOND TREASURE

Biar betul? Takkan orang kg pandai buat Fererror rocher? Terror tu? Cam x caya jer...hehehe. Betullah xtipu. xnak tipu2...tak baik. Dosa. Masuk neraka kena seksa. Tapi Ferraro Rocher org melayu buat xler sama dengan omputih buat. Org melayu buat lagi seedaaap. X caya? Anak2 saya berebut2 nakkan biskut nie. Belum jadi biskut lagi pun diaorg dah berebut tau. Nak tau berebutkan apa? Tu yang duduk kat tengah2 biskut tu. Alaa... Milo cereal. Sebahagian besar dah masuk kat perut diaorg sebelum jadi biskut lagi. Aduiii... inilah membela anak2 kecik. Nak bising pun buat penat anak tekak jer. Biarkan jerlah diaorg makan sampai diaorg jemu...

Saya dah xleh nak cerita panjang. Dah pukul 11.30pm. Mata dah ngatukk sgt2. Pinggang dah sakit (x cukup minum susu). Meh kita layan jerlah resepi:

ALMOND TREASURE:
Sumber: Chef Zubaidah
(Majalah Rasa October 2010)
Diolah oleh DUNIADAPURKAMA

Bahan2:
Bahan A:
160g mentega
90g gula kastor
1 biji kuning telur (saya x letak)
2 sudu teh cappucino emulco (saya guna coffee emulco)

Bahan B:
50g bubble rise - kisar
50g confleks - kisar
200g tepung naik sendiri
1/2 sudu besar serbuk koko

Inti :
Milo cereal (Chef x letak tapi saya letak)

Hiasan:
Badan Nib
Coklat masakan

Cara membuatnya:
Sebatikan A.
Masukkan semua bahan B.
Bulatkan dengan anggaran 1/2 sudu teh.
Isikan inti.
Celup ke dalam putih telur
Golekkan ke dalam badan nib
Bakar sehingga masak.
Setelah sejuk celup kedalam coklat masakan.
Masukkan kedalam cawan kertas.

TIPS:
Untuk biskut tahan lama, bakar guna suhu rendah (130 -140 darjah sehingga biskut betul2 masak (rangup) lebih kurang 30 - 45 minit)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG