Tengok nie...tengok nie...tengok betul2...Aduhhh...best betul. Terharu sangat2. X sia2 dapur nie sentiasa di renovation. Akhirnya dapat pengiktirafan dari kakak yang saya kagumi dan sangat2 saya segani kak Shasha Rahmat. Terima kasih kak Cha.
Hari nie saya cerita siapa Kak Shasha pada diri saya. Kisah ini saya tujukan untuk Kakak Shasha Rahmat :
Kalau kak Cha nak tau, saya mula mengenali nama Shasha Rahmat melalui FB dalam ruangan Kongsi Resepi pada tahun lepas (kalau x silap dalam bulan July). Dek kerana kepopularannya maka saya dengan muka x malu addlah kak Cha sebagai sahabat. Alamak x approvelah. Sombong betullah dia nie. Menyampah.. xpe saya pun dengan muka x malu sekali lagi selang lama dari tu saya add lagi barulah diterima oleh kak Cha. Agaknya kak Cha cakap x serik2 budak satu nie...nak gak berkawan dengan aku. Nah ambik ko. Kau terima ko sebagai sahabat aku dengan sahnya...wallah bestnya...dapat berkawan dengan org yang popular kat Kongsi Resepi...
So dari tu saya nie jadi secret admire (cehhh) kak Cha. Silent reader wall kak Cha. Bulan demi bulan sampai nak masuk setahun saya menjadi pengikut setia kak Cha (walaupun x tegar). Dalam masa yang sama saya tetap mengatakan Kak Cha nie sombong orgnya. Mentanglah terror bahasa omputih xpandang saya budak kg nie. huhuhu...menci(Ini kes xapprove sayalah nie). Bila kak Cha buat dapur pun saya jadi silent reader. Dapat tengok periuk color coklat kak Cha pun jadilah. Teringin nak periuk camtu...siap tengok kak Cha ajar masak lagi kat dapur kak Cha...
Oh terlupa satu lagi...yang paling best kak Cha dapat wish dari anak2 sempena Hari Ibu...Puhhh canggih siap ada kelopak bunga ros lagi. Mantaplah...
Ada saya sempat bercerita tentang kak Cha dengan HB saya. Saya gitau kak Cha nie terror masak tapi sombong sgt2 (lagi...betul2 kecik hati nie).
Tetiba pada tanggal 11hb Jun 2011...pada waktu itu dan hari itu adalah hari lahir saya yang ke 37 tahun dan pada hari itulah DUNIADAPURKAMA.BLOGSPOT dilahirkan (walaupun belum publish lagi) dan dengan tidak disangka2 dalam ramai2 sahabat FB yang mengucapkan wish tiba2 dengan x disangka2 terpampang nama SHASHA RAHMAT mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada saya. Ya Allah...biar betul,macam nak pengsan rasanya. Betul ke kak Shasha Rahmat yang menghantar ucapan atau Kak Shasha tersalah hantar ucapan tu. Kot2 nak hantar kat orang lain terpassing kat saya. Seronoknya waktu tu hari sangat2 berbunga2 (macam orang bercinta lak). Macam x caya lak..saya rasa sangat terharu keran buat sekian kalinya saya mendapat ucapan Hari Lahir dari orang yang saya kagumi dan gerami. eeerrrrggg
Ini pun masih x caya lagilah...tipu nie. Ini mesti kes tersilap hantar ucapan nie. Lepas tu nak dijadikan cerita...(alahai panjangnya cerita..x habis2). Satu hari saya pos resepi (lupa lak resepi apa) terpampang lagi nama SHASHA RATMAT "like" post saya.Wallah...ini memang betul2 betul nie. Bukan tipu2 lagi. Seronok bukan kepalang.
Tapi apa yang pallliiiing buat saya paling seronok adalah apabila kak Cha komen kat "SEMBANG ORANG DAPUR". Mak oii sekali lagi mimpi indah dalam hidup saya... wow...best memang best. Malu nak balas komen kak Cha. Malu sgt2. Maklumlah orang peruk kampung jumpa orang bandar...Yang seronok lagi tu bila kak Cha suruh saya ikut Kak Cha kat dapur kak Cha (Follower). Walaupun saya tgh sibuk renovation dapur (maklumlah dapur baru, banyak lagi kekurangan), saya luangkan masa gak follow dapur kak Cha. Time saya merayau kat dapur kak Cha sekali lagi kejutan karan voltan tingg...Kak Cha linkkan dapur saya yang buruk dan bersepah tu ke dapur kak Cha. KAK CHA...Terima kasih kak. Speechless...
Kejutan demi kejutan oleh kak Cha dan ini yang pallliiiingggg TERKEJUT. Pengiktirafan oleh SHASHA RAHMAT. Selalu saya tanya HB...bila saya nak dapat award. x sabar nak dapat award. HB cakap...sabarlah, baru lagi...kan merangkak pun belum lagi. Baru nak belajar meniarap. Bila dapat panggilan dari Kak Cha surus saya ambil award...time tu gak saya call HB kat tempat kerja. "Abang.. saya dapat award"...
Terima ksih kak Cha...terima kasih banyak2... Saya xleh nak terkata apa...cuma I luv U sis...
JUGA JUTAAN TERIMA KASIH YANG SUDI JADI FOLLOWER SAYA JUGA PEMBACA, RAKAN SEMBANG (mana yang belum sempat jenguk dapur kekawan sabar ye InsyaAllah saya pasti ziarah dapur sahabat saya). Juga yang sudi mencuba resepi saya...Mudah2an ilmu yang saya turunkan dapat memuaskan hati sahabat2 saya ...Aminnn