Sunday, 5 February 2012

CARROT CAKE

Jiran A : Saya nak gi rumah Zura. Nak ambik kek..tadi dia telefon suruh ambik kek kat rumahnya.
Jiran B: Ha'a...tadi dia dah bagi kat saya...sedap gila kek yang dia buat ari ni...
Jiran A: Iye ke??? x sabar nak rasa ni..


Beberapa minit kemudian...Jiran A sampailah ke rumah saya...


Jiran A: Zura...tadi jiran B cakap kek yang ko buat bukan setakat sedap tapi sedap gila...
Saya : Iye ke? Alhamdulillah...x sia2 expriment saya ari ni


# Jiran A datang ke rumah bawak 2 orang anak...sambil menyembang dengan emaknya saya perhatikan anak-anaknya mencium bau kek tu (sambil mencuit cream kek)..confirm x sabar nak menikmati keenakkan carrot cake tukan...hehehehe


Abis dah dialog hari nie..
Jom...selak resepi
CARROT CAKE
Sumber : Joy Of Baking
Olahan : DuniaDapurKama


Bahan-bahan :
1 cawan (1 cup (100 grams) pecan @walnut
21/2 cawan (340g) carrot parut
2 cawan (260g) tepung gandum #
1 sudu teh soda bikarbonat #
1 1/2 sudu teh baking powder #
1/2 sudu teh garam #
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis #
4 biji telur B
1 1/2 cawan (300g) gula kastor
1 cawan (240g) minyak sayuran (saya guna minyak jagung)
2 sudu teh vanilla

Cara membuatnya:
Panaskan oven dengan suhu 150 darjah
Campurkan semua bahan bertanda #. Ayak
Dalam bekas lain, pukul telur sehingga berbuih.
Masukkan gula, Pukul sehingga kembang dan berwarna putih
Setelah itu, masukkan minyak dan perasa vanilla
Kacaukan sebati
Masukkan tepung dan kacang
Kacau rata
Masukkan kedalam loyang bersaiz 9 inci
Bakar sehingga masak


Cream Cheese Frosting:

1/4 cawan (57 grams) unsalted butter (saya guna marjerin je)
250g grams cream cheese (suhu bilik)
125g gula aising (saya guna 150g gula castor) * manis ikut citarasa masing-masing
1 sudu teh perasa lemon

Cara-cara:
Pukul Cream Cheese & Masukkan butter hingga sebati (tidak berketul2)
Masukkan pula gula icing dan perasa lemon 
Pukul hingga sebati dan siap untuk disapu pada kek carrot yang dibuat



Wednesday, 1 February 2012

KEK PANDAN KASTARD

Aduhhhh...kekadang terasa malas sangat nak entry. Parah betul dibuatnya. 


Tak nak celoteh panjang cuma nak bagitau kek pandan kastard ni jauh lebih sedap dari resepi yang pertama. Untuk resepi yang ini saya buat ketika menerima order. Alang kepalang dah buat kek baik buat sekali untuk anak-anak sambil teringin gak nak merasa. Kebetulan customer order dah kali yang kedua...maknanya kek ni sedaplah. 


Bila siap jer kek ni dihias anak2 pun cakap..kek yang umie buat kali ni jauh lebih sedap dari yang tempohari...


Untuk mereka yang suka akan kek Pandan Layer...saya rekomen cubalah resepi dari Kak Yatie.




Mari kita nikmati keenakan
KEK PANDAN KASTARD
Sumber : Yatie (Sinar Kehidupanku)



Kek Span Pandan
Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 5 biji telur gred A
  • 150 gm gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml air daun pandan-(guna santan atau susu cair pun boleh)
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu kecil pes pandan
  • 1 sudu kecil baking powder *
  • 150 gm tepung super fine/ tpng kek*(* di ayak..)
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
Cara-Cara

  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...
  6. Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas
** Saya pkl telur bersama gula hingga kembang, pastu masukkan ovalette dan pkl kembang lagi. Pastu barulah masukan tpng dan susu/santan/air pandan serta minyak secara berselang seli. Gaul rata dan bolehlah di bakar.



Bahan-Bahan Utk Kastard Pandan

  • 1 biji kek span pandan
Bahan (A)

  • 180 gm gula kastor
  • 500 ml air daun pandan
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar segera
Bahan (B)

  • 400 ml santan pekat
  • 85 gm tepong hoen kwee hijau
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • secubit garam
UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara

  1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
  2. Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
  3. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. Tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  8. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

Wednesday, 18 January 2012

YEE MEE KUNG FU

Waaaachaaaaaaa....opppsss terlebih acting pulak. Mengalahkan Jacky Chan lah pulak..Berkung fu memanglah boleh  tapi dengan periuk, kuali..senjata yang digunakan adalah sudip, senduk dan lesung batu..selain dari pisau dan paranglah..

Malas nk mengarut..Adapun ini menu untuk orang yang baru baik demam. Sapa yang demam? Sapa lagi emak budak ler... baru minggu lepas  demam minggu ni demam lagi...xpe ujian Allah. X teruk mana pun demam ni. Mungkin sebab hari tu ambik anak sekolah dalam hujan lebat. Mungkinlah itu jadi penyebab demam tu kottt...

Apa-apapun kita layan resepi yang mudah ni..Resepi campak2 jer...sediakan jer stok kuah banyak2 Sapa nak makan tinggal panaskan sup...tuang keatas mee. Makan panas panas.... Simple tapi sodapppp...apa yang penting mesti kena ada cili api..barulah powerrr


YEE MEE KUNG FU

Bahan-bahan  Mee:
1 bungkus yee mee

Sambal:
5 biji cili api
sedikit kicap cair

Hiasan:
Daun bawang dan daun sup
Bawang goreng




Bahan untuk Sup:
#5 bji bawang merah
#2 biji bawang putih
#1 inci halia
#1 sudu kecil lada putih
1/2 ekor ayam (potong kecil)
10 ekor udang (buang kulit)
5 ekor sotong (potong bulat)

4 batang baby corn
10 helai cendawan tiram
1 biji lobak merah
Sedikit kobis bunga

1 kiub ayam
1 biji telur
garam dan gula
sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air (untuk memekatkan kuah)
Sedikit minyak untuk menumis
Air (mengikut sukatan yang diperlukan - lebih kurang 4 gelas)

Cara-cara:
Tumbuk sehingga lumat bahan bertanda #.
Panaskan minyak
Masukkan bahan yang ditumbuk lumat tadi
Tumis sehingga naik bau.
Masukkan air
Biarkan sehingga mendidh
Setelah mendidih masukkan ayam, udang dan sotong
Rasakan dengan garam dan gula
Masukkan juga kiub ayam
Didihkan sehingga masak
Setelah itu, masukkan telur yang telah dipukul
Masukkan sayuran
Akhir sekali masukkan tepung jagung.
Setelah itu tuang kedalm mangkuk yang berisi yee mee
Hiasan dengan bahan hiasan dan hidang dengan sambal




Monday, 16 January 2012

KEK LAPIS PANDAN

Jam menunjukkan 11.30 mlm. Terlalu mengantuk mata ni...layan kejap cerita P. Ramlee. Ini jerlah waktu yang ada untuk entry...sementara anak dara kecik dah tido. Kalau tak, takde can nak menconteng ayat di Dunia Dapur Kama. Apa-apa pun memang tak boleh mengomel lama2...Tengok tulisan dah jadi double pulak...Sebelum tu nak cerita tentang Kek Lapis Pandan.

Kek ni baru petang tadi buat, ni masih ada lagi balance kek kat sebelah lappy. Bercerita tentang kek lapis pandan ni...rasanya memang sedap, rasa lemak dan manisnya ngam. Kira masuklah dengan sponge kek. Apa lagi nak gitau ye??? Kalau nak dikira memang sedaplah..tu je yang boleh diceritakan...

Ini dia resepi
KEK LAPIS PANDAN

Kek sponge:
250g tepung sponge mix
4 biji telur
50gm air
50gm minyak @ butter cair
Sedikt perasa pandan

Cara-caranya:
Putar sponge mix, telur, air sehingga pekat dan gebu.
Masukkan minyak dan gaul sebati.
Masukkan dalam loyang bersaiz 9 inci


PANDAN MIXTURE:

250ml santan
200ml air pandan
350ml susu segar
150gm gula kastor
10gm serbuk agar-agar (saya tambah menjadi 15gm)
1/2 sudu teh pandan paste
sedikit garam
3 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara-caranya:

Satukan semua bahan kecuali tepung jagung.
Kacau dengan cara double boiler
Bila dah mengelegak masukkan tepung jagung dan kacau sebati.
Masak sehingga agak pekat dan berkilat.

Cara saya: 

Satukan semua bahan
Didihkan diatas api
Masak sehingga agak pekat


CARA MELAPIS:
Potong kek kepada 3 bahagian
Sediakan loyang.
Tuang pandan mixture 1/3 pada lapisan pertama
Ratakan
Tindih dengan 1 bahagian kek (tekan sedikit kek)
Tuang lagi pandan mixture 1/3 pada lapisan kedua
Ratakan
Tindih lagi dengan 1 bahagian kek (juga ditekan)
Tuang pandan mixture 1/3 pada lapisan ketiga
Ratakan
Tindih dengan 1 bagian kek
Simpan dalam petisejuk selama 1 -2 jam
Setelah sejuk boleh dikeluarkan dari loyang
Hias dengan kelapa kering


# Isi ruang kosong dikeliling loyang dengan pandan mixture

Sunday, 15 January 2012

TALAM SERI MUKA 2

Aduhai...entah kenapalah semanjak 3-4 hari ni terasa malas sangat2. Macam takde mood jer nak buat apa2 tapi kena gagahkan jugak. Kalau tak...nanti tak berasaplah dapur dan huru haralah rumah. Tapi dalam malas2 tu masih menyempat lagi buat kuih talam seri muka. Adapun kisahnya bermula bila melayar FB (sahabat baik ketika boring) tetiba  terlihat gambar dari kawan FB (Rohana Sulaiman - kawan dari Singapore) hati dah tergoda. Dah jatuh cinta pandang pertama. Tak boleh jadi..tak tunggu-tunggu. Jam tu jugak gi mengodek dapur. Memandangkan semua bahan memang sentiasa ada di dapur. So taklah jadi masalah nak membuatnya..

Nak diceritakan..sewaktu mengukus kuih ni...pehhhh..harumnya...wallah satu rumah semerbak dengan bau aroma pandan. Sewaktu disejukkan..en.suami cakap..tengok kuih ni dah tau kuih ni sedap. Tapi dengan penuh kesabaran (nak bagi dia betul2 sejuk) akhirnya...dapatlah ku nikmati keenakkan kuih ni...Nak tau rasanya camne...tak terkata...mmg sedap. Cuma ada beberapa perubahan dibuat pada resepi ni. Terasa agak manis dan agak lembik (tapi still sedap). Menurut kak Rohana...kuih ni kena kurangkan skit gula dari resepi asal dan sukatan tepung harus sukatan sudu gunung...Tak pe, next time saya akan buat ikut apa yang diajar oleh kak Rohana.

Apa-apa pun masih kita belajar buat
KUIH SERIMUKA

PUTERI SALAT/TALAM SERIMUKA
Bahan A
7 biji telur
400 gm gula (boleh kurangkan mengikut citarasa)
8 sudu mkn (menggunung) tpg gandum
1000 ml santan
garam
daun pandan ( di kisar dng menggunakkan sadikit santan tadi dan di tapis)
pewarna hijau

Bahan B
600 gm pulut
Santan
Garam

Cara
1 Sediakan kukusan dan panaskan air hingga mendidih.
2 Cuci bersih pulut dan rendam 4-5 jam atau semalaman. Buang air tadi dan masukkan pulut di dlm loyang, bubuh garam dan masukkan santan saparas dng pulut. Ratakan. Jng lupa bubuh minyak sikit.
3 Kukus hingga masak.
4 Sementara menanti pulut masak, campurkan kesemua bahan A di dalam bekas lalu di tapis.
5 Masukkan ka dlm periuk dan di panaskan di atas api yg kecil dan di kacau sentiasa supaya tidak hangus
6 Mampatkan pulut sebelum di curahkan adunan telur di atas.
7 Apabila sudah mula berwap, curahkan ka atas pulut yg sudah di tekan2 terlebih dahulu. Pastikan air betul2 panas.
8 Tuang berhati2 sacara perlahan. Kalau blh curah di atas senduk nasi yg di letakkan di atas pulut supaya cantik nnti bila di kukus.
9 Jng lupa keluarkan senduk sehabis menuang adunan tadi.
10 Tutup kukusan dan kukus hingga masak.
11 Setelah masak keluarkan dari kukusan dan masokkan pula ke dlm oven.
12 Ini di lakukan utk mengeringkan air yg bertakung di atas serikaya tadi kering dan tahan lama sikit. Jng bakar terlalu lama nnti serikaya nya menggelembung.
13 Sejukkan sabelum di potong.

Saturday, 14 January 2012

TUMIS PERIA DENGAN UDANG


Terlebih rajin pulak hari ni...entry resepi lagi. Kali ni nak kongsi resepi Tumis Peria dengan udang. Simple jer tapi wallah...mak mertua lalu belakang tak perasan.

TUMIS PERIA DENGAN UDANG

Bahan-bahan;
3 biji peria katak
300g udang
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
10 biji cili api
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara:
Belah peria dan buang biji.
Potong nipis-nipis
Udang buang kulit
Potong cili api, bawang merah dan bawang putih
Panaskan minyak
Tumiskan cili dan bawang sehingga layu
Masukkan udang
Tumis lagi
Masukkan peria
Kacau rata
Masukkan santan
Rasakan dengan garam dan gula
Masak sehingga mendidh
Tutup api dan boleh dihidangkan

KUIH LOPES

Salam bersiaran...salam hujung minggu. Dah makan ke? Masak apa hari ni? Hari-hari fikir masak kekadang sampai buntu nak masak apa...betul tak?

OK...hari ni, saya nak berkongsi menu yang menjadi kegemaran saya dan anak-anak. Menu yang senang dan simple. Tapi rasa..perrrgghhh..mantappp.

Kuih lopes yang saya nak tunjuk ni kuih lopes yang moden. Kalau ikut yang cara zaman emak2 kita dulu kena rendam dengan air abu, bungkus dengan daun pisang, ikat guna tali rafia @ getah dan rebus sehingga masak. Pernah buat sekali dulu...tapi aduiii lamanya nak bagi pulut tu masak. Tak leh nak tunggu lama. Tak sabar nak makan...kena ikut cara express. Tapi kuih lopes yang asli rasanya memang tak terkatalah...best sangat2...tapi yang moden pun xkurang hebatnya. Yang penting air gula kena betul2 kaw...barulah meletop.




KUIH LOPES MODEN
by : Tulip77@myresepi

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam

*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air

Cara-cara
Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.

Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.

Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.

*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG