Saturday 14 January 2012

KUIH LOPES

Salam bersiaran...salam hujung minggu. Dah makan ke? Masak apa hari ni? Hari-hari fikir masak kekadang sampai buntu nak masak apa...betul tak?

OK...hari ni, saya nak berkongsi menu yang menjadi kegemaran saya dan anak-anak. Menu yang senang dan simple. Tapi rasa..perrrgghhh..mantappp.

Kuih lopes yang saya nak tunjuk ni kuih lopes yang moden. Kalau ikut yang cara zaman emak2 kita dulu kena rendam dengan air abu, bungkus dengan daun pisang, ikat guna tali rafia @ getah dan rebus sehingga masak. Pernah buat sekali dulu...tapi aduiii lamanya nak bagi pulut tu masak. Tak leh nak tunggu lama. Tak sabar nak makan...kena ikut cara express. Tapi kuih lopes yang asli rasanya memang tak terkatalah...best sangat2...tapi yang moden pun xkurang hebatnya. Yang penting air gula kena betul2 kaw...barulah meletop.




KUIH LOPES MODEN
by : Tulip77@myresepi

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam

*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air

Cara-cara
Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.

Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.

Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.

*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG