Friday, 26 October 2018

APPLE CRUMBLE PIE



Nikmat tak terhingga
Bahan-bahan
Utk Crumble *loyang 18cm
• 100g tepung gandum
• 40g gula
• 80g butter sejuk dr peti ais
• sedikit garam
Utk Inti
• 3 biji epal - kupas dan potong dadu
• 2 sudu mkn gula perang
• 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon


Cara-cara
• Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
• Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
• Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
• Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
• Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
• Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan
ke dalam peti sejuk.
Kredit : Hasue

Tuesday, 23 October 2018

CRISPY WAFFLES




resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 biji telur A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila


Cara:
Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.


Sunday, 21 October 2018

BINGKA UBI

Atas permintaan seorang sahabat..minta buatkan bingka ubi..ku gagahkan jugak menggodek dapur
Memang dah lama x buat..dulu masa tengah aktif meniaga kuih talam..ni antara fav menu customer




BINGKA UBI

Bahan2:
1800gm ubi kayu kuning (siap parut)
500 ml santan pekat
400 ml air paip
450 gm gula castor(guna gula pasir jer)
50 gm susu powder
80 gm marjerin
1 1/2 sudu teh garam


Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk
Kacau sengan api sederhana sehingga naik wap dan agak2 pekat
Masukkan ke dalam loyang
Bakar sehingga kekuningan


Saturday, 13 October 2018

BINGKA JAGUNG CHEF ASMA



Bingka Jagung( loyang 10 inci x 10 inci x 3 inci)
Kredit : chef asma

Bahan - bahan :

( A)
500 gm tepung gandum
400 gm gula pasir
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar margarine
500 ml santan pekat ( gred B) / santan kotak
1 liter air
6 biji telur gred " A"
2 @ 1 tongkol isi jagung- yg dah direbus pun boleh @ Setengah tin sweet corn

(B)

1 tongkol isi jagung segar
Sedikit pewarna kuning lemon + egg yellow
Sedikit perasa kordial jagung " Double Lion"
(klu tak buh kordial pun boleh..klu buh lagi bau wangi)

Caranya:

1. Satukan semua bahan A..Kisar sekejap. Buh pewarna & kordial jagung.
2.Sapu loyang dgn majerin, klu nak lapik dgn kertas " parthment paper" pun boleh.
3. Tuangkan kedlm loyang & buh isi jagung tongkol atas permukaan..kacau kasi sebati.
4.Bakar dlm oven suhu 160 C selama 1 jam 20 minit.( 1 jam bingka dah masak..kasi lebih sikit supaya garing)
5.Sejukkan..lepas 3 jam baru potong..emmmm sedap..sedap...cepat buat..

Note: Klu nak nipis sikit boleh guna loyang 12 inci x 12 inci x 2 setengah inci

Thursday, 11 October 2018

WALNUT CHEESE CAKE


Bahan:
Loyang saiz 8 inci
Base :
Bahan:
1/2 paket biskut marie munchy perisa asli 300g (sy guna perasa kopi)
1/2 paket buttercup .
Cara:
1. Hancurkan biskut. Tumbuk biskut dengan lesung. Pastikan tidak terlalu lumat. JANGAN kisar halus.
2. Gaulkan biskut yang telah di hancurkan dengan buttercup yang telah lembik.
3. Pastikan sebati.
5. Masukkan ke dalam loyang dan tekan-tekan.
6. Biarkan seketika.


Layer Cheese Cake:
Bahan:
1. Cream Cheese Jenama Fatura 500g (pastikan telah dilembikkan)
2. 200ml whiping cream jenama Anchor
3. 2 biji telur gred C (dibuang pusat)
3. Satu sudu kecil (sudu teh) sunquit- untuk bagi masam sikit. Nak letak perahan lemon juga boleh.
4. Satu sudu kecik (sudu teh) esen vanila
5. 100gm gula perang
Cara :
1. Masukkan cheese cream, whiping cream, gula kastor, esen vanila, dan sunquit.
2. Putar sehingga sebati.
3. Masukkan sebiji demi sebiji telur dan pukul lagi adunan. (Pastikan jangan terlalu lama adunan di pukul. Cukup sekadar sebati sahaja.)
4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam loyang yang mempunyai base tadi.
5. Bakar dalam oven dengan kepanasan 150 darjah celcius sehingga masak (lebih kurang 45 minit-1jam)
6. Biarkan kek seketika di dlm oven supaya kek tak terkejut dan merekah secara mendadak.
7. Bila dah sejuk, tuang topping ke atas kek, masukkan ke dalam peti sejuk.
8. Sedia untuk di hidang.

Topping :
4 sudu besar butter
1/2 cawan gula perang
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (tidak letak)
1/4 cawan heavy cream
1 3/4 cawan walnut
secubit garam
Cara :
Cairkan gula perang
Masukkan butter, kulit kayu manis dan garam
kacau sehingga butter cair
masukkan walnut
kacau rata
masukkan heavy cream
kacau sehingga rata dan sebati
Kredit : resepi gabungan blog suriya sunflower & delish

PANDAN OGURA CAKE



PANDAN OGURA CAKE
Sumber : iposedessert
Bahan2nya:
A
5 biji kuning telur, gred A
1 biji telur, gred A
65g minyak jagung
1/4 sk garam
80ml santan pekat
1sk pes pandan

B
65g tepung superfine, diayak

C
5 biji putih telur
80g gula kaster
1/4 sk cream of tartar (tak letak)




Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci, gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan A dalam mangkuk. Pukul hingga berbuih & kembang. Masukkan bahan B, pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur dari bahan C hingga berbuih. Masukkan cream of tartar, pukul lagi.

4. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit & pukul hingga adunan putih telur kembang, bila diterbalikkan tidak jatuh.

5. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan kuning telur (langkah 2) tadi. Kaup balikkan. Kemudian, masukkan lagi baki adunan putih telur & kaup balikkan hingga sebati.

6. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan & bakar selama 45 minit pada suhu 170C menggunakan kaedah steambath. Keluarkan kek dari acuan bila sudah masak. Sejukkan sepenuhnya atas wirerack.

Wednesday, 10 October 2018

CHOCOLATE BROWNIES CHEESE CAKE






Bahan untuk adunan brownies:
115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
150g (3/4 cawan) gula perang
2 biji telur
50g (1/2 cawan) tepung gandum

Bahan untuk adunan cheese:
1 biji telur
225g (1 cawan) cream cheese
50g (1/4 cawan) gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk adunan cheesecake:

Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
Pukul sehingga lembut dan berkrim.




Cara-cara untuk membuat brownies:

Panaskan oven pada suhu 160C. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.

Tips:
Sejukkan di dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.

Kredit : iresepi

Monday, 16 October 2017

CHILLED PEACH CHEESECAKE





Sungguh..saya suka kek ni..mana2 resepi yang saya suka dan menepati citarasa saya akan saya
kongsikan bersama..bukan semesti kita mencuba resepi akan menjadi..banyak ragam dan kerenahnya..nak2 lagi resepi yang pelik2..mencuba tak cukup sekali..biasa berulangkali mencuba sehingga menjadi

Resepi ni saya ambil dari dapur pakar masak Kak Wan..banyak hasil air tangan beliau yg menjadi rujukan saya..biasanya InsyaAllah menjadi

CHILLED PEACH CHEESECAKE
Sumber :Kak Wan


Bahan Base:

250gm digestive biskut
100gm butter dicairkan


Cara membuatnya :

Kisar biskut sehingga halus
Masukkan mentega cair
Gaul rata
Masukkan dalam loyang
Tekan sehingga padat
Simpan dalam peti sejuk selama 20 minit


Adunan Cheese:

250gm krim keju
90gm gula kastor
1 tin buah peach (asingkan sirap dan buah) 120gm buah peach potong dadu
100 ml sirap peach
1 12/2 sudu besar gelatin halal
50ml air
1 sudu besar jus lemon
200 gm anchor whip cream

Cara membuatnya:

Masukkan air dalam bekas
Campurkan dengan gelatin
Biarkan selama 2 minit sehingga gelatin kembang
Panaskan gelatin menggunakan kaedah double boiler sehingga larut
Angkat dan masukkan sirap peach
Ketepikan
Pukul Whip krim sehingga kembang
Masukkan jus lemon
Ketepikan
Pukul Krim keju dan gula sehingga rata
Masukkan gelatin
Putar sehingga rata dan tidak berketul-ketul
Masukkan whp krim
Gaul menggunakan kaedah kaup balik
Masukkan buah peach yang dipotong dadu
Masukkan adunan ke atas base
Susun buah peach di atas adunan
Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam @ semalaman
Siram dengan lapisan jeli
Biarkan jeli beku


Lapisan Jeli :

2 sudu besar jeli segera
2 sudu besar gula
250ml air

Cara membuatnya:

Masukkan jeli, gula dan air dalam periuk
Masak sehingga mendidih
Apabila suam tuang ke atas cheese














Saturday, 14 October 2017

KEK INDULGENT TANPA GELATIN

Puhhh..bukan takat bersawang dah...anai2 pun dah hinggap ke dapurkama ni..tengok status terakhir 2 tahun lepas sy kongsi resepi..tak taulah tetiba akhir2 ni mood rajin melanda diri..lahai..harap2 berkekalan berpanjanganlah mood ni..

Hari ni sy kongsi resepi yg mudah dan sedap...Kek indulgent tanpa gelatin...berdasarkan pengalaman kek ni lebih mudah dikendalikan berbanding yang menggunakan gelatin..rasanya pun lebih kurang je..boleh dikategorikan kek yang lazat dan saya menggemarinya..

Sumber resepi ni saya ambil dari Facebook yang dikongsikan oleh Niny Shuhada Herman..namun untuk kek sy menggunakan resepi oleh Putri Manja...Hanya Filling dan topping choc ganache sy menggunakan resepi Nini Shuhada



KEK INDULGENT TANPA GELATIN

Sumber :Putri Manja

COKLAT CHIFFON:

30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)
100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
½ TSP BAKING POWDER
½ TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG
1 TSP ESEN VANILA

BAHAN B
4 BIJI PUTIH TELUR
60GM GULA KASTOR
1/4 TSP CREAM OF TARTAR

CARA-CARA

1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.

2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.

3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.

4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BETUL-BETUL SEJUK BARU DI POTONG KEPADA 4 LAPISAN.



FILLING :
Sumber : FB Nini Shuhada Herman

DARK CHOC FILLING:

-100gm dark compound choc
-150gm butter
-70gm gula halus (sy menggunakan 50gm)
-2 biji kuning telur
-250ml fresh cream(sya pkai brand value pride)

*cara-caranya
*pukul fresh cream hingga kental
*dalam bekas lain putar butter dgn gula hingga putih
*masukkan telur kuning putar lagi
*masuk kn coklat yg telah dicairkan,putar lgi
*satukan adunan coklat dengan fresh cream



WHITE CHOC FILLING :

-100gm white compound choc
-150gm butter
-70gm gula halus (saya menggunakan 50gm)
-2 biju kuning telur
-250ml fresh cream/non diary whiping cream

*cara-caranya
*pukul fresh cream hingga kental
*dalam bekas lain putar butter dgn gula hingga putih
*masukkan telur kuning putar lagi
*masuk kn coklat yg telah dicairkan,putar lgi
*satukan adunan coklat dengan fresh cream

layerkn stiap kek, ratakan permukaan kek dan keliling dengan krim darak choc dan smpn slma skurgnya 4 jam baru curah ganache

GANACHE CHOC :

-300gm dark compound choc
-300gm fresh cream
-25gm butter




Friday, 4 December 2015

CHOCOLATE WALNUT TORTE CAKE

Serius..memang sangat sedap kek  ni..pertama kali mencuba..Alhamdulillah dapat menepati citarasa saya sekeluarga ...Sumber resepi di cedok dari Ella Fifi...Terima kasih Ella atas perkongsian ilmu



CHOCOLATE WALNUT TORTE CAKE
Sumber :Ella Fifi

Bahan A:
135gm butter
100gm gula castor

Bahan B:
6 biji kuning telur

Bahan C:
5 biji putih telur
60gm gula castor

Bahan D:
40gm tepung naik sendiri (bluekey)
40gm serbuk koko
55gm serbuk Walnut bakar

Cara:
1.  Pukul bahan A sampai kembang.  Masukkan bahan B.
2.  Masukkan bahan D dan kemudian C (meringue).
3.  Bakar dalam loyang 8in.  Setiap loyang 350gm.
4.  Bakar suhu 180'c selama 25 minit.



PHILIPINES WHITE CHOCOLATE CREAM
Bahan A:
35gm instant custard
125gm fresh milk (dutch Lady)
1/2 st vanila Esen

Bahan B: Double Boiler
125gm White Chocolate Compound

Bahan C:
300gm fresh cream dipukul soft peek

Cara:
1.  Campurkan A.  Kacau sebati.  Masukkan B.  Ketepikan.
2.  Masukkan C.  Gaul sebati.

BAHAN LAIN:
Sekeping Chocolate Crispy (hancur kasar) - 300gm.
Chocolate Ganache (300gm Chocolate masakan dan 100gm fresh cream.)

Cara Melapis:
1.  Bahagikan kek kepada 4bahagian.
2.  Sapukan Chocolate Ganache.
3.  Sapukan cream dan tabur Chocolate Crispy.  Ulang teknik melapis.
4.  Akhir sekali salut kek dengan cream dan hias ikut kreativiti.



RUSIAN BLACK &WHITE CAKE

Hasil gabungan kek choc moist dengan krim cheese dan choc ganasche..mmg super meletop rasanya.
Best sangat2...

Resepi kek dicedok dari resepi kek coklat kukus Munirah Baharum..manakala untuk filling sumber saya ambil dari blogger popular.. Kak Azlita Aziz Masam Manis



RUSIAN BLACK & WHITE CAKE

Sumber: Munirah Baharom

Bahan2 Kek :

Bahan A:

1 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak

Bahan B:

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C:

4 biji telor

Cara2:

Panaskan pengukus
Campur semua bahan A
Masak sehingga semua bahan cair
Sejukkan
Setelah sejuk masukkan bahan B
Kacau sebati
Blender Bahan C
Masukkan ke dalam adunan di atas
Kacau rata
Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" x 8 " yang telah di sapu minyak dan dilapik dengan kertas minyak
Kukus selama 1 jam @ sehingga masak




Bahan Untuk Filling

Sumber : Azlita Aziz Masam Manis

Krim Keju Moca

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing

Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu

Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan 

** Kaedah kukusan boleh rujuk di di SINI

Chocolate Ganache

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos 
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka



Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

SIRAP NESCAFE :

1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam

Satukan semua bahan dan kacau rata 

Kaedah Penyediaan

Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan 
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. 
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek

Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras

Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler
Alihkan kek atas redai
Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek
Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata
Biarkan sebentar

Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula

Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativiti.

Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.

** Untuk lebih jelas cara2 melepa dan menghias kek boleh rujuk di blog kak Azlita Aziz Masam Manis...ada byk tip dan teknik yang diajar di situ

WALNUT CARROT CAKE



Kek ni mmg jadi fav sy setiap kali kalau ada terima order..dan dari feedback pelanggan masing-masing sangat2 berpuas hati..texture kek yg moist, gebu dan yang jelas Insyaallah rasanya mmg memenuhi citasara pelanggan...

Salah satu hasil air tangan saya penghujung tahun 2014 yang ada dalam simpanan saya untuk rujukan saya dan kawan2...kek di  order dari guru2 sek anak2 saya iaitu sek keb kebun baharu

Resepi ni saya ambil dari Juicycafe yang mana resepi asal dari Zuraini Alias

WALNUT CARROT CAKE
Rujukan : Juicycafe
Sumber : Zuraini Alias

Bahan2 kek..
5 biji telur A
1 1/2 cawan gula castor
1 1/2 cawan minyak jagung
3/4 cawan walnut - bakar sebentar dan cincang halus
2 1/4 cawan tepung superfine*
2 sdk baking powder*
1 1/2 sdk baking soda* - *satukan dan ayak
400 gm lobak merah - sagat kasar

Cara2nya..
1. Pukul telur dan gula sehingga gebu dan kembang.
2. Tuang minyak jagung, walnut dan bahan2 yang di ayak, gaul adunan sehingga rata.
3. Akhir sekali masukkan lobak merah sagat dan gaul sebati.
4. Sapu loyang saiz 8 inci dengan sedikit butter, lapik dengan kertas minyak, sapu sedikit butter lagi.
5. Tuang adunan dalam loyang, bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180c selama 1 jam.
6. Sejukkan kek atas redai dan hias mengikut kreativiti masing2 menggunakan cream cheese frosting.

Bahan2 frosting :

250 gm cream cheese
120 gm butter
120 gm gula aising - ayakkan
satukan dan pukul sehingga gebu

Hiasan atas kek :
Hawaii coconut @ croquant




Sunday, 2 August 2015

PIE AYAM DAN CENDAWAN



Dah lama terliur dengan menu ni..tapi penyakit M yang kuat melekat kat badan cuma mampu berangan-angan untuk menikmatinya...namun disebabkan keinginan yang tak dapat dibendung lagi..saya gagahkan jugak mengadap dapur menggodek apa-apa bahan yang ada di dapur

Resepi ni saya ambil dari blog Kak Wan @ Citarasawan ..tapi saya ada olah sedikit dengan resepi ni. Apa-apa pun ianya mudah dibuat dan Insyaallah sedap..Bahan-bahan pun boleh di dapati di kedai-kedai runcit



PIE AYAM DAN CENDAWAN

Sumber : Kak Wan
Diolah : Duniadapurkama

Bahan-bahan pastri :

400 g tepung gandum
200g mentega
100 ml air sejuk
1 sudu teh garam



Bahan-bahan inti :

400g ayam kisar @ isi ayam dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dicincang
1/2 sudu besar lada putih ditumbuk halus
1 sudu besar rempah kurma
150gm cendawan butang segar dihiris
100gm sayur campur sejuk beku (saya x letak)
2 sudu besar tepung gandum
1 helai daun bay jika suka
3 sudu besar mayonis
100 ml susu cair
50 ml minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara membuat pastri :

Gaul tepung gandum, garam dan mentega dengan hujung jadi sehingga menjadi serbuk roti
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh
wrap dengan plastik
Simpan dalam peti sejuk selama 20 minit

Cara membuat inti :

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu
Masukkan lada putih
Tumiskan sebentar
Masukkan rempah kurma yanag dibancuh dengan sedikit air
Tumis sehingga agak garing
Masukkan ayam, cendawan, daun bay dan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air
Apabila ayam hampir masak masukkan sayur campur, susu cair dan rasakan dengan garam dan gula
Angkat dan gaul dengan mayonis

Cara membentuk :

Canaikan pastri setebal 2mm
Bentukkan ke dalam acuan pai
Masukkan inti
Tindih dengan baki doh pastri tadi
Rapikan keliling doh dengan garpu
Sapu dengan kuning telur
Bakar dengan api 160c sehingga masak










Saturday, 1 August 2015

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Assalamualaikum..

Seperti biasa..terlalu lama tidak bersiaran..Kebetulan hari ni saya ada terima tempahan untuk membuat agar-agar sempena jamun hari raya di masjid di tempat saya tinggal. Jenuh memikir agar-agar apa yang simple tapi best...Kalau bab kuih-kuih melayu ni memang dah tak cari orang lain dah nak dijadikan rujukan..terus terjah ke dapur  Kak Yatie. Skodeng punya skodeng nampak satu resepi ni yang mudah dan nampak macam sedap.Kak Yatie pun dapat resepi ni dari sahabat blogger dan sahabat FB saya iaitu Nadz@Cute Oven..kebetulan semua bahan-bahan yang diperlukan ada di dapur..tak payah pikir lama-lama..apa lagi terus jelah serbu dapur untuk projek melengkung



AGAR-AGAR SANTAN
Sumber : Kak Yatie @Sinar Kehidupan
Rujukan : Nadz@Cute Oven

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm  
  • 1 liter air (4 cawan) 
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
  • 1/4 cwn gula pasir 
  • 250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
  • Secubit garam  
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan


Cara-cara:  
  1. Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
  1. Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.  
  1. Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
  1. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
  1. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
  1. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...


TIPS DAN NOTA NAZ:  
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.  
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.






        Wednesday, 22 January 2014

        IKAN SALMON BAKAR LADA HITAM






        Kalau tengok pada gambar tarikh saya buat menu ni 4hb12 2012..lama tu..bila selak-selak file gambar lama-lama menu ni belum lagi dikongsi bersama kawan-kawan semua...tapi saya masih ingat lagi..komen anak-anak tentang hidangan ikan salmon bakar ni.."Umie..sedap sangatlah..esok buat lagi ye"..dan tak lupa jugak..waktu sesi ambik gambar..memang tengah hujan selebat-lebatnya dengan dentuman petir dan guruh..yang pasti saya masih lagi terbayang-bayang keenakan ikan salmon bakar ni


        IKAN SALMON BAKAR LADA HITAM


        2 Keping ikan salmon
        5 ulas bawang putih
        1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
        1 sudu teh oregano kering
        garam secukup rasa

        Cara-cara:
        Bersihkan ikan
        Gaul dengan semua bahan di atas
        Peram selama 1/2 jam
        Bakar sehingga masak
        Siap untuk dihidangkan






        Tuesday, 21 January 2014

        AYAM PERCIK



        Tu dia..mood rajin sedang melanda..rajin masak, rajin memblog tp yang sentiasa rajin tak pernah malas adalah MAKAN..kan seronok kalau sekali sekala datang mood malas makan...dapat  buang sekilo dua  lemak dalam badan..best tu..angan-angan yang tah bila akan menjadi kenyataan.

        Copy & paste dari dapur kak yah. Sedappp sekali..tak mampu berkata apa-apa.. nak tau rasanya..sudi-sudikanlah mencubanya sendiri..sangat mudah penyediaannya..dan yang pastinya berbaloi


        AYAM PERCIK
        Sumber : Kak Yah



        Bahan
        Setengah ekor ayam (ayam kecil)
        6 ulas bawang merah
        2 ulas bawang putih
        Sedikit halia
        1 sudu besar  air asam jawa
        garam secukup rasa

        Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air dan digaulkan kedalam ayam bersama garam dan  air asam jawa . Masaklah dengan api yang perlahan(kecil) sehingga mendidih dan kita lihat ayam hampir masak.



        Bahan Kuah
        7 ulas bawang merah
        2 ulas bawang putih
        Sedikit halia
        2 batang serai
        1 sudu besar air asam jawa
        1 1/2 cawan santan pekat
        1 sudu besar tepung beras kalau tiada guna tepung jagung pun okey  (dibancuh dengan sedikit air) kalau kuah tak pekat boleh tambah lagi
        Gula dan garam

        Bawang merah, putih dan halia diblender dengan air yang sedikit.
        Masak santan di atas api dan dimasukkan bahan blender tadi bersama air asam jawa, serai yang telah diketuk, bancuhan air tepung beras dan gula dan garam.  Masaklah sehingga kuah pekat.  Angkat.

        Masaklah ayam tadi diatas pan dengan minyak yang sedikit (macam buat burger tu)
        Balik-balikkan ayam nampak sedikit hangit. Curahkan kuah tadi diatas ayam tersebut dan balik-balikkan ayam tersebut dalam pan kita itu.  Biar kuah sebati dengan ayam. Angkat dan curahkan lebihan kuah ke atas ayam kita.

        Sunday, 19 January 2014

        TALAM SRIMUKA DELIMA

        Dikutip dari blog Kak Yatie...ya aduiii..-.deboomm sedapnya tak terkata..2 hari berturut-turut membuatnya. Kali pertama buat cam x cukup jer, selang esok hari menggodek dapur lagi. Makan sampai puas..cuma delima saya berwarna hijau..patutnya delima warna merahkan? tapi xpelah..apa2 pun rasa memang best. Kak Yatie..cam biasa ye..copy paste yek..

        TALAM SRIMUKA DELIMA
        Sumber : Kak Yatie
        Rujukan : Chef Asma



        LAPISAN BAWAH:(loyang 10x10x2")

        • 500 gm Beras Pulut
        • 300 ml Santan Pekat
        • 300 ml Air
        • 2 sudu kecil Garam
        • 20 gm Sagu kecil- rendam dgn air & pewarna merah/pink dan toskan - saya guna pewarna hijau

        Cara-cara :
        Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
        Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dgn santan, air & garam.
        Masukkan dlm loyang yg telah di lapik plastik.
        Kukus selama 30 minit.(Kukus dngn loyang yg berlainan tidak berlubang)
        Apabila pulut masak,gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan pulut di dlm loyang dan sapu sedikit batter/ adunan tepung.




        LAPISAN ATAS :

        • 250 gm gula kastor/halus
        • 100 gm tepung kastard
        • 400 ml santan pekat
        • 400 ml Air
        • 4 biji telur
        • 1/2 sudu kecil garam
        • Beberapa titik Esen Vanilla
        • Pewarna Kuning
        Cara-cara:
        Campurkan kesemua bhn sehingga sebati (ikut turutan di atas) dan tapiskan.
        Masak dgn api kecil sehingga naik wap.
        Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
        Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.





        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

        RAKAN BERSEMBANG