Saturday, 1 August 2015

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Assalamualaikum..

Seperti biasa..terlalu lama tidak bersiaran..Kebetulan hari ni saya ada terima tempahan untuk membuat agar-agar sempena jamun hari raya di masjid di tempat saya tinggal. Jenuh memikir agar-agar apa yang simple tapi best...Kalau bab kuih-kuih melayu ni memang dah tak cari orang lain dah nak dijadikan rujukan..terus terjah ke dapur  Kak Yatie. Skodeng punya skodeng nampak satu resepi ni yang mudah dan nampak macam sedap.Kak Yatie pun dapat resepi ni dari sahabat blogger dan sahabat FB saya iaitu Nadz@Cute Oven..kebetulan semua bahan-bahan yang diperlukan ada di dapur..tak payah pikir lama-lama..apa lagi terus jelah serbu dapur untuk projek melengkung



AGAR-AGAR SANTAN
Sumber : Kak Yatie @Sinar Kehidupan
Rujukan : Nadz@Cute Oven

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm  
  • 1 liter air (4 cawan) 
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
  • 1/4 cwn gula pasir 
  • 250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
  • Secubit garam  
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan


Cara-cara:  
  1. Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
  1. Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.  
  1. Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
  1. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
  1. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
  1. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...


TIPS DAN NOTA NAZ:  
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.  
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.






        No comments:

        Post a Comment

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

        RAKAN BERSEMBANG