Jujur...saya suka dengan resepi ini..menepati citarasa saya..lembut, gebu dan lembab. Cam biasa skodeng dari dapur internet. Kali ini saya serbu dapur Kak Noor (AnNurbeauty) ...memang tak sia-sia mencuba...best sagat-sangat...
Kepada kawan-kawan yang ingin mecuba..saya kongsikan resepi di sini dan kepada Kak Nor minta halal ye resepi ni...
KEK RED VELVET
Sumber : Kak Nor (AnNurBeauty)
Bahan2 :
250g tepung kek (guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
1/2 sdt garam
15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko
113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
160g gula kastor
2 biji telur -gred A
1 sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada, kita buat sendiri
1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka - untuk buttermilk
2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat
#Cara membuat buttermilk
Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.
Cara membuat kek :
Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. Kurangkan
kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk
sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
Tuang
ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk
lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah
masak.
Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.
Sementera
menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese
bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat ( agak2
kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek ) Sapukan setiap lapisan
kek dan hias ikut suka.
Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
Sedia dipotong dan dihidangkan.
* ada 2 cara buat cream cheese
1. Cream Cheese Frosting
Bahan-bahan:
227g cream cheese
227 mascarpone - hana ganti cream cheese
115g @ 1 cawan gula kastor
360ml @ 11/2cawan whipping cream
- tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
227g cream cheese
227 mascarpone - hana ganti cream cheese
115g @ 1 cawan gula kastor
360ml @ 11/2cawan whipping cream
- tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
2. Cream cheese frosting kedua (saya guna resepi ini)
Bahan-bahan:
500 gm cream cheese
400 mls / 2 kotak whipping cream
7 - 8 sdb gula halus @ secukup rasa
1/4 sd teh garam
2 sm/sdb oren sunquick pekat
- buat buttercream je....
1 cawan gula icing
1/2 drp 1 ketul butter 250g
sehiris limau nipis (ambil jus)
500 gm cream cheese
400 mls / 2 kotak whipping cream
7 - 8 sdb gula halus @ secukup rasa
1/4 sd teh garam
2 sm/sdb oren sunquick pekat
- buat buttercream je....
1 cawan gula icing
1/2 drp 1 ketul butter 250g
sehiris limau nipis (ambil jus)
mmg nmpk menarik kek velvet ni, buat sndiri lg puas hati kan...
ReplyDeleteKak masuk serbuk koko bile ye..
ReplyDelete