Tuesday, 11 September 2012

CHICKEN CHOP


Adapun..chicken chop ni saya masak 2 hari lepas..tapi disebabkan komputer bermasalh, jadi saya xdapat nak entry resepi pada hari tersebut...

Ini adalah resepi chicken chop memang menepati citarasa saya dan keluarga..Komen dari anak-anak.."Umie, esok buat lagi ye..sedap betul" memang licin chicken chop ni dikerjakan anak-anak...

Resepi kali ni saya ambil dari sahabat yang sekarang menetap di negara matahari terbit,Rosmarlina Jintanmanis. Menu-menu di dapur Ros ni memang best-best dan yang pasti..InsyaAllah..resepi-resepi yang dikongsi Ros dapat memenuhi citarasa kita semua..

Terima kasih Ros kerana sudi berkongsi resepi chicken chop yang best ni..izinkan saya copy paste ye resepi ni :)


BLACK PAPER CHICKEN CHOP
Sumber: Ros (Jintanmanis)

Bahan-bahanya
2 keping dada ayam atau bahagian peha boneless
1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis*
2 sudu kecil serbuk lada hitam*
2 inci halia*
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)*
2 ulas bwg putih*
1/2 kiub pati ayam maggi*
Untuk salutan ( sedikit tepung gandum, 1 biji telur yang telah dikocak dan 1 cawan serbuk roti)

Cara:
Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, kemudian cucuk ayam tadi dengan garpu, gaul ayam dengan bahan kisar dan perap 2 atau 3 jam di dalam bekas bertutup, simpan dalam peti ais, setelah diperap, ambil ayam tadi dan lumur sedikit dengan tepung gandum, next salut telur dan akhir sekali salut pula dengan serbuk roti, goreng hingga garing.


Untuk Sos lada hitam:
Ambil lebihan bahan perapan tadi dan masukkan dalam periuk kemudian campur dengan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah, dan masukkan bancuhan tepung katakuriko ( tepung kentang) boleh juga di ganti dengan tepung jagung, untuk pekatkannya..Kalau ade minyak bijan masukkan 1 sudu kecil, sos lada hitam akan lebih sedap dan wangi, sos lada hitam ni juga boleh di curahkan pada kentang putar dan pada ayam yang telah siap digoreng tadi.

Kentang putar :
4 biji kentang saiz sederhana
1 sudu besar marjerin atau butter
1/3 cawan susu segar
lada sulah

Caranya
Setelah kentang di rebus dan empuk, toskan dan lecek terus sementara kentang masih panas, kemudian masukkan kembali dalam periuk dan curahkan susu dan marjerin, kacau sebati, akhir sekali masukkan lada sulah dan kacau hingga semuanya mesra dan agak pekat, angkat dan ketepikan.


Coselaw
1/4 biji Kobis saiz kecil
1/2 batang Corrot
1/2 biji Bawang besar
3 sudu besar Mayonis
sedikit garam dan gula
Kobis,lobak merah, bawang besar di cincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam, kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais.
Cara penyediaan
- Susun ayam di dalam pinggan, sudukan kentang putar, coselaw dan atur salad serta tomato, kemudian curahkan sos lada hitam di atas kentang putar dan ayam, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

1 comment:

  1. tok tok tok...ada orang kat umah tak?...nak order chicken chop 1 set..hihihi..nampak sedap la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG