Thursday, 13 September 2012

KEK KELASI MABUK


Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat..Alhamdulillah..bumi Allah dibasahi hujan renyai...sejukkkk..kalau tarik selimut memang best kan? tapi pagi tadi saya kena bangun awal sebab nak siapkan kek untuk anak- anak bawak pergi sekolah sempena jamuan hari raya..budak-budak ni asal jamuan jer minta umienya buatkan kek..memang demand betul diorang ni..tapi saya tak kisah pun..saya cakap dengan mereka umie ta kisah kalau suruh masak tapi jangan suruh menjahit..memang angkat bendera putih.. tak pandai dan yang pasti..tak minattttt...


Berbalik kepada meu hari ni..saya buat kek ni dah beberapa hari yang lepas..tinggal lagi time tu komputer buat masalah..jadi saya peram dulu resepi ni. Alhamdulillah..hari ni sihat sikit komputer ni jadi..apa lagi ambik peluanglah..cik abang dan anak-anak dan selamat pergi ke destinasi masing-masing.

Resepi ni saya ambik dari pakar kek lapis...Hasue..Kalau pergi ke dapur Hasue memang rambang mata..pening nak pilih kek untuk dicuba..pelbagai bentuk dan rupa ada di situ...tapi tiggal lagi saya nak kek yang senang dibuat dan simple jadi saya memilih kek Kelasi Mabuk ni untuk dicuba..

Adapun resepi asal adalah dari Pn Lynda Hj Taiban..dipanjangkan oleh Hasue dan disambung lagi kepanjangannya oleh saya..



KEK KELASI MABUK
Sumber: Pn. Lynda Hj Taiban
By: Hasue

Bahan2nya
450g mentega berkualiti tinggi
200 gm horlick
14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
1 gelas gula (150g)
1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste


Caranya

Adunan Hijau:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masuk butter, pukul hingga putih.
Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
8 biji putih telur
10 sudu besar gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi

Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
Masukkan tepung.
Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya:
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
4. Guna acuan 9x9inci.

Note:
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG