Monday 6 February 2012

KUIH SERI MUKA 3


Memandangkan saya ni peminat no 1 kuih seri muka...saya suka mencuba resepi Seri Muka yang baru. Kali ini saya gunakan resepi dari Dunia Dari Dapur Kak Jee. Resepi ni memang sedap...strukturnya set, sesuai untuk majlis dan jamuan. Xlembik dan x keras...kira ngam2lah...Saya dah tak tahu nak cakap apa lagi tentang kuih seri muka ni...Apa yang pasti kuih ni memang sedap. Saya rekomen kuih seri muka ni bagi sesiapa yang gemar akan kuih talam ni


KUIH SERI MUKA 3
Sumber : Kak Jee


Bahagian Bawah:

2 cawan beras pulut (tak perlu rendam)
santan cair (setengah inci menutupi beras pulut)
garam secukupnya



Cara-cara:

Campur beras pulut, santan dan garam

Kukus sehingga masak
Bila sudah masak, lapik loyang empat segi 7"x7" dengan plastik. 
Mampatkan pulut dalam loyang. 
Tepikan seketika. 





Bahagian Atas :

2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan
¾ cawan tepung gandum
¾ cawan gula pasir
¼ cawan tepun kastad 
1 biji telor
secubit garam


Cara-cara :

Santan, jus pandan, gula dan telor (dipukul sedikit) dimasukkan ke dalam besen

Whisk perlahan. 
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. 
Kacau hingga sebati. 
Masukkan dalam periuk kecik dan kacau atas api dapur yang sederhana hingga naik wap. 
Pastu tuangkan kedalam loyang yang telah dibubuh pulut. 
Kukus sehingga masak
Selepas itu, jangan tutup api dan terus kukus tanpa tudung selama 10 minit untuk keringkan bahagian atasnya.
Sejukkan betul2 baru dipotong. 


4 comments:

  1. as-salam
    cantik seri muka tu..sedap buat bf..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumslm...
    kuih ni cantik dan sedap...gabungan yang mantap

    ReplyDelete
  3. salam...kak Zura.
    ish..geram sy tgk..x sabo nk cuba..tq 4 sharing

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Kama,Rahel suka sangat mkn kuih serimuka tapi jarang2 buat..tengok kuih serimuka yg akak buat ni nampak cantek dan kemas sangat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG