Tuesday, 14 February 2012

BAKED BLUEBERRY CHEESE CAKE

Sedap sungguh kek ni. Memang favorite saya mana-mana kek yang berasaskan cheese. Tak tipu. Kek ni memang amat-amat sedap. Dah banyak kali dah buat kek ni...beza kak ni dengan baked cheese cake sebelum ni adalah kek yang ini tak de guna tepung berbanding cheese kek yang sebelum ni ada menggunakan tepung gandum dan tepung jagung...tapi dari segi rasa x jauh beza. Keduanya memang dikategorikan kek first grade.

Resepi ni saya ambik dari dapur Zack dan Zack telah updatekan di myresipi


BAKED BLUEBERRY CHEESE CAKE
Rujukan : zachoes @ myresipi
Sumber : anncoojournal

Bahan base

Bahan-bahan ( loyang springform @ loose pan bulat 7" @ 8" )
100g biskut marie, dihancurkan (atau guna oreo)
100g butter, dicairkan (kalau guna oreo, guna 50g butter saje)
*Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.


Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream @ fresh cream
30g gula kastor
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanila
1/2st jus lemon @ lemon oil @ limau kasturi
30g gula kastor
3 putih telur Gred A

200g blueberry filling

Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik.UPDATE: Biskut mungkin mengelembung sikit masa bakar. Boleh ratakan balik dgn belakang sudu.

Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.

Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.


Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku.

Kaup balikkan meringue (nama putih telur yg dipukul kembang tu) ke dalam adunan cream cheese secara perlahan-lahan.

Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar.

Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 55 minit-1 jam, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan.

Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.

***Kalau nak buat swirl, sebelum adunan dituang ke dalam loyang, ambil 1/3C adunan tersebut dan tambah 2sb blueberry filling. Kacau rata. Tuang lebihan adunan ke dalam loyang dan letak sesudu adunan berfilling secara rawak di atas permukaan nya. Guna pisau atau lidi untuk buat corak.


5 comments:

  1. Kama...boleh jadi ratu segala kek ni..hehehe.. Best arr tgk bluberry jam yg meleleh2 tu..nyum..nyum... Cantik dan halus mulus jer texture kek Kama ni..

    ReplyDelete
  2. Hehehe Naz...belum layak nak jadi ratu. Klu jadi ratu semut tu ok kot sebab suka makan manis2...

    ReplyDelete
  3. Assalam.. sedapnyer nampak blueberry cheesecake tu.. Saya singgah n follow.. :)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumslm Shiela...mmg sedp kek ni. Terima kasih sudi follow saya :)

    ReplyDelete
  5. salam.. wah ciskek.. kek ni mmg sedap...!

    *jom join GA.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG