Tuesday, 21 February 2012

KEK KUKUS MATA KUCING

Dah tak tahan dah...dah lama kek ni dah list. Memang teringin sangat nak makan kek ni. Pernah makan sekali dulu, itu pun makan secubit jer..mak oiii sedap x terkata. Memang wallah...Semalam, digagahkan juga menggodek dapur mengerjakan kek yang satu ni walaupun penyakit M tengah melanda. Pusing keliling kampung nak mencari bahan-bahan. Maklumlah semua bahan dah abis kat dapur. Alhamdulillah...akhirnya menjadi gak kek saya ni. Bila makan..ermmmm...x terkata. Tak mau cerita panjang, nanti terliur.


KEK KUKUS MATA KUCING
Rujukan : Sue-Hasue


Bahan-bahan ( loyang 8 1/2" x 81/2" )

450 gm mentega
150 gm gula halus
10 Biji telur Gred A atau B
380g susu pekat manis ( 1 tin kecil)
200g serikaya
200g horlicks(sepeket kecil)
300 gm tepung hongkong/gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 botol browning sugar atau secukupnya

Cara-cara
Panaskan pengukus dan gris loyang dengan mentega serta ditabur tepung supaya adunan tidak melekat pada loyang

Pukul mentega dan gula halus hingga putih berkrim
Masukkan telur satu persatu dan putar lagi
Kemudian, masukkan serikaya , susu pekat manis,horlicks dan esen vanilla
Putar lagi sehingga adunan sekata
Masukkan tepung hongkong yg sudah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul rata.
Masukkan browning sugar dan kacau supaya sekata
Kukus selama 3-4 jam.(jika untuk dimakan untuk tempoh sehari dua,kukus 2 jam atau sehingga masak sudah memadai)
Penggunaan tepung hongkong dan tepung gandum biasa ada bezanya..apabila menggunakan tepung hongkong,tekstur kek akan lebih halus berbanding tepung biasa..kali ni aku guna tepung biasa jer..rasa sama cuma perbezaan rupa :)
Kek kukus sarawak tidak kira yang berlapis atau tidak lebih baik menggunakan tepung hongkong/superfine untuk tekstur kek yang memuaskan..
Selamat mencuba!







Resepi Browning :
Rujukan : Hasue @ myresepi


Bahan-bahan ( +- 1 Botol Browning Sugar yg dbeli(140g) )
1 Cawan Gula Pasir
2/3 Cawan Air Panas Mendidih

Cara-cara
Panaskan periuk menggunakn api sederhana..masukkan gula pasir.Biarkan sehingga gula mula hangus dbahagian tepi..jangan kacau dulu,perlahankan sedikit api jika perlu.

Setelah gula mula mencair hampir keseluruhan,mula mengacau (mcm kacau dodol) kacau cepat2 sikit ye..sehinggalah gula berbuih keseluruhannya dan mula memekat.

Sukat air panas ke dalam cawan-2/3 cawan(air ni mesti yg baru atau sdg mendidih).Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam gula hangus td sambil sebelah tgn mengacau..(Sila gunakan senduk yg agak panjang utk mengacau ye..JANGAN guna sudu mkn sbb karamel akan tpercik2 sedikit ketika ini..kena hati2 ler.hee)

Setelah berbuih keseluruhan sekali lagi,bolehlah padamkan api tetapi teruskn mengacau untuk seketika.

Sejukkan Browning terlebih dahulu sebelum disimpan ke dlm bekas kedap udara dan sedia utk dgunakan bila2 masa.(Kacau lg sebelum disimpan)Tahan dsimpan lama,tidak perlu dsimpan dlm peti sejuk. SELAMAT MENCUBA!

4 comments:

  1. sedapnya nmpk kek akak..x penah mkn kek yg ada holiks...ngape namanya mata kucing?

    ReplyDelete
  2. Kak pun kurang pasti...ikut jerlah org dah bagi nama tu

    ReplyDelete
  3. nmpk sedap jer kak...tp mcm ada pnyakit M gak hri nie...huhuhu....

    ReplyDelete
  4. Salam nak tanye.. Semasa gaul dengan tepung tu gaul dengan sudu atau mixer yer?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG