Wednesday, 8 February 2012

AGAR-AGAR MILO

Macam biasa...hari yang penuh kelam kabut. Hari terpaksa entry pepagi..ingat nak buat malam tadi tapi tak tertahan dengan godaan bantal dan selimut yang dah melambai-lambai. Baru sudah siram pokok bunga, lepas ni nak berperang lagi kat dapur...sebelum tu nak berkemas dulu kapal karam yang ditinggalkan anak2 sebelum diaorg gi sekolah...
Tak boleh dah nak mengomel menjela-jela...cuma nak gitau, aga2-agar ni saya buat 2 hari sudah..time cuti Thaipusam. Petang-petang teringin nak makan yang manis-manis (mengada-gada betul lidah ni). Nak resepi yang  mudah tapi sedap..maklumlah mood M tengah melanda...tanya bebudak nak makan apa? Kek ke agar-agar atau kuih talam...diaorg minta agar-agar. Tak nak keluar belanja lagi..saya gunakan bahan yang ada kat dapur jerr...apa lagi skodeng resepilah... bila tengok jer resepi nie..errmmm...complete bahan2. Apa lagi menyingsing lenganlah..sambil2 tu nak mengajar anak dara memasak.




Bercerita tentang resepi AGAR-AGAR MILO ni..resepi ni saya ambikdari dapur Kak Ummi. Tergoda dengan tayangan agar2 milo kak Ummi yang sungguh mengancam. Confirm sedap tuuu...Bila yang buat memang tak dinafikan. Memang sedap. Nak-nak pulak makan bila dah sejuk...wallah...sekelip mata lesap dari pandangan.




Nak resepi?


AGAR-AGAR MILO
Sumber : Kak Ummi
Rujukan: Jthorge

Bahan (Lapisan Coklat)

  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
  • 1 3/4 cawan air 
  • 1/3 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk Milo
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  2. Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.

Bahan Lapisan Susu:-
  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
  • 1 1/2 cawan air 
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
  • beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  2. Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.

10 comments:

  1. As salam....simpan utk kak ham tau...

    ReplyDelete
  2. anak saya suke la sangat agar2 gini.. haishh geram je tengok

    ReplyDelete
  3. cantiknya agar2 milo ni, mcm kuih talam pulak....kalau lalu kat tekak ni, terasa nyaman je kan..

    ReplyDelete
  4. sedapla nampak agar2 tu/...kat umah ni ada sein besar milo x berusik..tuler tamak masa membeli..hihi

    ReplyDelete
  5. Kak Kama...
    terlewat sampai..konpem agar2 milo dah abis kan?..tengok2 pic pun jadila..

    ReplyDelete
  6. Waalaikumslm kak Ham..dah abis dah..sekelip mata jer dah lesap. Menggodek lagi lama dari ngap..

    ReplyDelete
  7. Izah...
    Saya buat ni pun atas permintaan anak2. Asyik buat kek jer pun jemu jugak. sesekali tukar selera

    ReplyDelete
  8. Kak Yati..betul tu..bila ditengok sekali imbas cam kuih talam cendol lak. Teringin nak buat kuih talam tapi mcm xdaya...terlalu banyak kerja. Tu yang cari resepi simple2 jer

    ReplyDelete
  9. Noorsha..
    kat umah saya pulak xleh ada milo. anak2 saya suka buat aisblend. Belilah sebesar mana pun milo..sekejap je dah khatam

    ReplyDelete
  10. Rahel...
    betu tu..duduk kejap jer dalm peti sejuk( tak sempat sejuk pun) hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG