Saturday 11 February 2012

KEK LAPIS MASAM MANIS

Atas permintaan sahabat-sahabat...ini dia resepi KEK LAPIS MASAM MANIS. Saya suka resepi ni sebab xyah guna biskut...jadi saya tak perlu pegang mesin blender..dan apa yang pasti kek ni memang sedap. Saya suka sangat...
Saya dapat resepi ni sejak 10 tahun lepas. Dari internet juga iaitu dari web RESTORAN PAK AMIR..kira dah lama dalam simpanan saya. Malangnya saya tak catit empunya resepi ni. Mula-mula baca resepi ni terkejut sebab tak guna biskut..bila saya cuba membuatnya..eh..eh...sedap lak...tu yang saya simpan rapi resepi tu sehingga ke hari ni.




KEK LAPIS MASAM MANIS


Bahan-bahan:


1cawan mentega
1 cawan gula kastor (klu x suka manis boleh kurang kepada 3/4 cawan gula)
4 biji telur
1 sudu besar ovellete
1 sudu kecil esen vanilla
5 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan tepung gandum #
3/4 cawan tepung naik sendiri #
1 sudu teh baking powder #
pewarna hijau dan kuning
asam hawflakes secukupnya


Cara membuatnya:
Panaskan pengukus
Ayak bahan bertanda #
Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan gebu.
Masukka ovellete
Pukul lagi sehingga betul-betul kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Kacau sebati
Masukkan esen vanilla
kacau sebati
Masukkan susu pekat manis
Kacau rata dan sebati
Masukkan bahan diayak
Gaul secara kaub balik



Untuk lapisan:

Adunan bahagi kepada 2 bahagian
Bahagikan setiap satu dgn warna hijau dan kuning
Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega.
Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... 
Kukus sehingga adunan dah tak cair
Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya

Kukus lagi sehingga adunan tak cair.
Ulang2 lapisan sampai adunan habis.
Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 minit supaya kek masak keseluruhannya. (Tutup guna aluminium foil @ towel untuk meggelakkan air tumpah ke atas kek)
Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG