Monday 13 February 2012

HOKAIDO CHIFFON CUPCAKE

Bila dengar nama..seram sejuk dibuatnya. Nama sungguh canggih...mesti mencabar nak buat kek ni...entahlah...tapi bila dibelek-belek resepi eh..eh..macam kacang jer...ala-ala kek chiffon...Maklumlah namanya pun Hokaido Chiffon Cupcake. Mestilah tekniknya sama macam kek chiffon. Cuma ada sedikit perbezaan iaitu penambahan tepung kastard.

Secara jujur..kek ni memang sedap. Agak susah nak bagi suami dan anak-anak sukakan sesuatu masakan. Tapi untuk kek yang ini..memang mendapat pujian. Tak berhenti anak-anak makan kek ni. Lembut, gebu dannnnn pendek kata perfect.

Kepada sesiapa yang sukakan kek...saya rokemen kek yang sedap ni untuk dicuba.


HOKAIDO CHIFFON CUPCAKE
Rujukan : Azlita Masam Manis
Sumber : Seadragon


4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.



CREAM CUSTARD

RujukanAzlita Masam Manis
Sumber  : Honey

1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 

1 sudu teh esen vanila

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

2 comments:

  1. salam kama..

    sedapkan kek ni.. lembut dan gebu aje..
    lagi bertambah sedap bila ada custard kat dalam tu.. mmg asyik sangat bila makan..

    terima kasih kerana sudi mencuba!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalm kak Ita..
    Kek ni mmg sedap. Susah nak bagi suami saya suka kek tapi kek ni memang dpt pujian dari suami dan anak2...Terima kasih kak sudi berkongsi resepi yang best nie

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG