Sunday, 27 January 2013

PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD



Assalamualaikum...apa khabar semua? Terlebih rajin pulak hari ni nak kongsi resepi yang saya cuba petang tadi. Saya mencari resepi yang senang dan cepat dimasak dan yang penting enak dimakan. Resepi ni memang dah lama diidamkan tapi kekangan masa membuatkan hasrat asyik tertangguh.Hari ni kebetulan ada masa terluang dan yang pasti keinginan membara untuk menikmati akan rasa puding roti dah tak terbendung..saya pun selongkar setiap satu dari sahabat-sahabat blogger...terjumpa pulak resepi  dari dapur Hana. Bila diintai-intai bahan-bahan yang diperlukan mudah dan semua ada di dapur...apa lagi sepantas kilat saya melaksanakan operasi melunyaikan dapur.



RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
sumber : Hanamemories


Bahan-bahan

  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis





Untuk Sos Kastard


  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula







Cara-cara
  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

Monday, 14 January 2013

CHOC. MOIST IZYAN MASTERCHEF



Ya ampuuunnn..lamanya tak bersiaran. Kalau mood tak de memang tak boleh buat apa. Kebetulan memang saya pun dah lama tak berexperiment di dapur. Tetiba teringin nak makan kek coklat. Kebetulan ada share resepi kek coklat dari masterchef Izyan di FB. Nampak menyelerakan..buatnya pun semudah ABC. Apa lagi..walaupun dalam keadaan malas yang amat kritikal ku gagahi jua..Alhamdulillahhhh...misi berjaya. Memang sedap dan sangat mantap kek ni...



Kek Coklat Basah
Sumber : Chef Izyan Masterchef

Bahan-bahan

Bahan A :-
1 cwn air
1/2 cwn serbuk koko Van Houten
1/4 cwn gula pasir


Bahan B :-
250gm Buttercup
1 1/2 cawantepung kek + 1/2 cawan susu tepung = 2 cwn

1/2 sudu teh baking powder (saya tambah)
5 biji telur ---> asingkan putih & kuning
3/4 cwn gula icing (gula castor pun boleh) - saya guna guna castor
sedikit badam
sedikit esen vanilla & perisa rose (saya guna esen vanila)


Hiasan : -
100 - 150 gm coklat masakan
sedikit minyak masak
sedikit badam / coklat @ colourful rice (pilihan)


Cara :
Hiasan : Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double boiler',
 masukkan sedikit minyak masak.(tuk bagi ia berkilat). 
@

Choc. ganache :
500g coklat masakan
300g dairy whipping cream

Cara :
Panaskan coklat secara double boiler sehingga cair
masukkan whipping cream
kacau sehingga rata

Cara-cara

Bahan A : 

satukan dlm satu periuk. Masak ats api kecil @ sedehana. Pastikan ianya likat & sejukkan. 
Lenserkan bekas acuan dan kertas minyak dengan merjerin. Ketepikan.








Bahan B:
Asingkan putih & kuning telur. (Pastikan kuning telur tak termasuk dalam putih telur, walau sedikit. Nanti 'meringue' tak jadi. ) --->utk elak @ hilangkan hanyir putih telur, buangkan 'mata' yang terdapat dlm putih telur tu.
Pukul putih telur hingga kembang/menjadi putih, ketepikan.(guna mixer @ guna whisk pun ble). (kalau diterbalikkan, ia tak jatuh dr bekas,bermakna ia dah cukup kembang)
Masukkan butter,gula, esen vanilla & perisa rose ke dlm mixer. Putar hingga kembang.
Ketika mixer masih on, masukkan kuning telur sikit demi sedikit hingga hbs kedalam bahan2 tadi (step 4).
Kluarkan adunan tadi dr mixer...masukkan badam (kalau suka),gaul sebati.
Satukan Tepung Kek & Susu Tepung, ayak. Kemudian, masukkan tepung nie ke dalam bahan2 tadi yg diputar tadi berselang seli dengan Bahan A tadi.
Masukkan putih telur tadi, gaul hingga adunan semua sebati. Tuang dlm bekas acuan kek. Bakar hingga masak (30 - 40 minit). Sejukkan atas redai.
Tuang coklat nie atas kek yg telah sejuk tadi. Boleh hiaskan dengan coklat @ colour rice @pun badam.


*saya guna choc. ganache sebagai topping


Saturday, 29 September 2012

KEK PUTERI DANGDUT


Rancang nak start buat kek lepas maghrib...tapi ada hikayat disebalik kejadian kek puteri dangdut nie...Aduiii..tragis sungguh mengukus kek ni..2 kali gas habis..memang sesak nafas dibuatnya...buat kek ni dalam keadaan kelam kabut..sedang menyukat kek ada tetamu datang...baru nak pukul bancuhan berkejar lak nak ambik anak dari teakwandoo..masuk jer kek ke dalam pengukus. Adalah kek tu duduk dalam pengukus 10 minit..api padam..aisehhhh..gas abis lak...tarik tong gas dari oven...gi depan jap..lebih kurang 30 minit, bila kedapur mak aiii..padam lagi api dapur..jam dah 10.30 malam...nasib baik jiran sebelah umah ada jual gas..cepat-cepat suruh cik abang beli gas...time tu memang tawakal jerlah..kalau jadi Alhamdulillah..kalau tak jadi mintak cik yam yang kat rebanlah  tolong habiskan...sudah-sudah jam 1 pagi baru siap mengukus...Alhamdulillah..bukak jer tudung pengukus..tengok-tengok cam menjadi jer kek ni..tapi takdelah terus potong..simpan sampai ke pagi..tak sabar gak nak tunggu pagi...siap jer mandi dan solat..terus jer terjah kek..potong..sama dengan texture kawan-kawan yang pernah buat..menjadilah tu..bila rasa..aduiiii...mantapppp beb...serius.. sedap..cubalah...kalau tak percaya..membuatnya pun semudah ABC..tak perlu bersabung nyawa..

Terima kasih kepada  Hasue kerana sudi berkongsi ilmu. Sue..saya mintak resepi ni ye tuk dikongsi bersama kawan-kawan yang lain...


Kek Puteri Dangdut 
By: Hasue

Bahan-bahan ( loyang 8"x8"x3.5" )*sukatan gelas 200ml 
* 450g mentega berkualiti 
* 1 gelas gula halus -boleh kurangkan ke 3/4 gelas 
* 10 biji telur 
* 1 gelas tepung gandum 
* 2 gelas horlicks 
* 1 tin kecil susu manis 
* 1 botol browning sugar 


Cara-cara 
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang/putih 

2. Masukkan telur satu persatu (pukul sekata baru masukkan telur seterusnya) hingga habis.. 
3. Masukkan pula tepung gandum,horlicks dan susu pekat manis satu persatu sambil di adun rata. Setelah sebati,masukkan browning sugar dan kacau hingga warnanya sekata.. 
4. Masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung atau loyang dlapik kertas minyak. 
5. Pastikan pengukus sudah mendidih. Tutup loyang dgn aluminium foil(jgn ketatkn kerana kek akan naik ketika dkukus)cukup skadar utk mengelakkan air kukusan menitik dpmukaan kek.selain tu,boleh juga ltk kain di atas penutup pengukus utk mengelak hal yg sama berlaku. 
6. Kukuslah adunan kek selama 2 jam ke atas(org kate,lg lama kek tu dkukus,lagi thn la kek tu)..tp sy kukus selama 2 1/2 jam jer.dah sehari semalam kat luar,simpan dlm pt sejuk..mmg thn lama.
 SELAMAT MENCUBA! :) 

Resepi Browning :
Sumber : Hasue.(Myresepi)

Bahan-bahan :

1 Cawan Gula Pasir
2/3 Cawan Air Panas Mendidih

Cara-cara

 Panaskan periuk menggunakn api sederhana..masukkan gula pasir.
Biarkan sehingga gula mula hangus dbahagian tepi..jangan kacau dulu,perlahankan sedikit api jika perlu.
Setelah gula mula mencair hampir keseluruhan,mula mengacau (mcm kacau dodol) kacau cepat2 sikit ye..sehinggalah gula berbuih keseluruhannya dan mula memekat.
 Sukat air panas ke dalam cawan-2/3 cawan(air ni mesti yg baru atau sdg mendidih).
Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam gula hangus td sambil sebelah tgn mengacau..(Sila gunakan senduk yg agak panjang utk mengacau ye..JANGAN guna sudu mkn sbb karamel akan tpercik2 sedikit ketika ini..kena hati2 ler.hee)
 Setelah berbuih keseluruhan sekali lagi,bolehlah padamkan api tetapi teruskn mengacau untuk seketika.
 Sejukkan Browning terlebih dahulu sebelum disimpan ke dlm bekas kedap udara dan sedia utk dgunakan bila2 masa.(Kacau lg sebelum disimpan)
Tahan dsimpan lama,tidak perlu dsimpan dlm peti sejuk.
SELAMAT MENCUBA! 




Friday, 28 September 2012

CHOCOLATE INDULGENT CAKE

Dah ketinggalan ketapi..ramai yang dah mencuba dan menikmatinya..saya baru terkial-kial mencari resepi...tak rugi mencuba..memang best..sedap dan mantop

CHOCOLATE INDULGENT CAKE

Sumber : Kak Zu & Kak Wan



COKLAT CHIFFON KEK 
 Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. 
Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. 
Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.




Filling :
 Mousse Coklat Hitam :

200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)



Filling :
 Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin50ml air


Topping 
Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair(
Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.
*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :
Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. 

Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.


Tuesday, 25 September 2012

MEE GORENG KAW


Menu malam biasanya tak makan nasi...selalunya saya akan sediakan hidangan yang simple jer..cam cekodok bilis, keropok lekor, kentang goreng..kalau yang berat tu biasanya saya akan sediakan menu mee hoon goreng, mee goreng, nasi goreng atau sebagainya...



Di sini saya kongsikan menu makan malam saya sekeluarga..mee goreng. Tapi sebenarnya suami saya lebih suka mee hoon goreng. Nasi goreng pulak biasanya anak-anak suka yang suami saya masak. "Nak nasi goreng ayah buat"..selamat saya..rahsianya bukan apapun. Suami saya guna perencah segera. Tu yang sedap tu..ermm


Sebenarnya mee goreng ni tak de sukatan yang tepat..semua pakai agak-agak jer...tinggal lagi saya menggunakan kicap manis dan kicap masin..jadi penggunaan garam dan gula tak perlu banyak..kalau rasa dah ngam tak yah bubuh pun tak pe..

MEE GORENG KAW

Bahan A:
1/2 senduk cili kering blender
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih

Bahan B:
1 mangkuk daging ayam 
1 mangkuk udang

Bahan C:
800g mee kuning
5 batang sawi
1/2  senduk kicap manis @ secukupnya
1/2 senduk kicap masin @ secukupnya
1/2 senduk sos cili @ secukupnya
garam
gula
Sedikit minyak untuk menumis

Hiasan:
Daun sup dan daun bawang
bawang goreng
Telur goreng

Cara-cara:
Kisar bahan A.
Tumis bahan A dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
Masukkan bahan B.
Tumiskan 
Masukkan kicap manis, kicap masin dan sos cili
Didihkan
Cicip untuk tentukan rasa
Kalau cukup rasa tak perlu bubuh garam dan gula
Masukkan mee
Kacau sebati dan rata
Bila hampir masak masukkan daun sawi
Kacau rata
Boleh diangkat
Hias dengan bahan hiasan
Siap untuk dihidang





Monday, 24 September 2012

LAPIS CHEEZY

Tak mau cerita panjang lebar..banyak kerja yang nak dibereskan...Cuma nak berkongsi resepi yang mantap tapi membuatnya semudah ABC.. ibaratnya pejam mata pun boleh beres..memang senang sangat..amat sesuai untuk saya yang sedang dilanda penyakit M tapi nak makan sedap...

Resepi ni di korek dari pakar masak kita..sapa lagi kalau bukan kak Azlita Aziz (Masam Manis).


Jom kita layan resepi semudah ABC ni...


LAPIS CHEEZY
Sumber : Azlita Aziz (Masam Manis)
Adaptasi daripada resepi : LAPIS CHEESE PESONAby : Ryoazhar 

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
1/2 cawan gula halus


Bahan C
100 gm Non Dairy Whipping Cream
* Resepi asal Ryo menggunakan 10 ml susu segar 

Filling
Blueberry
Strawberry
Coklat
JellyBuah-buah segar
Buah-buah coktail dalam tin
* untuk filing ikut citarasa masing-masing

Tuesday, 18 September 2012

RED VELVET 2



Jujur...saya suka dengan resepi ini..menepati citarasa saya..lembut, gebu dan lembab. Cam biasa skodeng dari dapur internet. Kali ini saya serbu dapur Kak Noor (AnNurbeauty) ...memang tak sia-sia mencuba...best sagat-sangat...


Kepada kawan-kawan yang ingin mecuba..saya kongsikan resepi di sini dan kepada Kak Nor minta halal ye resepi ni...

KEK RED VELVET

Sumber : Kak Nor (AnNurBeauty)
Bahan2 :

250g tepung kek (guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
1/2 sdt garam
15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko
113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
160g gula kastor
2 biji telur -gred A
1 sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk  - jika tiada, kita buat sendiri
1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka - untuk buttermilk
2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat

#Cara membuat buttermilk
Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.

Cara membuat kek :
Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.

Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 

Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 

Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.

 Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat ( agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek ) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 

Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :))) 

Sedia dipotong dan dihidangkan.
 * ada 2 cara buat cream cheese

1. Cream Cheese Frosting
Bahan-bahan:
227g cream cheese 
227 mascarpone - hana ganti cream cheese
115g @ 1 cawan gula kastor 
360ml @ 11/2cawan whipping cream 
- tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut 


2. Cream cheese frosting kedua (saya guna resepi ini)
Bahan-bahan:
500 gm cream cheese 
400 mls / 2 kotak whipping cream 
7 - 8 sdb gula halus @ secukup rasa 
1/4 sd teh garam
2 sm/sdb oren sunquick pekat


-  buat buttercream je....
1 cawan gula icing
1/2 drp 1 ketul butter 250g
sehiris limau nipis (ambil jus)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG