Tuesday, 10 January 2012

KEK AISKRIM OREO

Anak-anak : Umie nak buat apa dengan aiskrim dan biskut oreo tu?
Umie : Umie ada projek besar-besaran nak dibuat...
Anak-anak : projek apa? Kita nak biskut oreo tu...
Umie : biskut umie beli 2 bungkus. Ambik satu bungkus, kongsi makan. Yang satu bungkus lagi jangan usik. Umie nak guna...

Hehehe...berdialog lagi. Nak buat camne? Kat rumah ni ada 8 kepala. Emak dan bapak dah 2...anak-anak ada 6 orang. Masing-masing sedang membesar. Dah macam zon perang rumah kalau semua ada dirumah (memang sentiasa ada dirumah kecuali waktu persekolahan). Jadi kecohnya...Ya Ampunnnnn...memang kecoh.

Kek Aiskrim ni dah lama dalam angan-angan. Tapi nak menyampaikan seru memerlukan 10001kudrat. Nak makan kek ni perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Aikkk...apasal pulak? Nak tau kenapa..sebabnya kek ni kalau buat hari ni tak boleh nak makan hari juga. Kena tunggu sampai esok (kena bekukan dulu). Adapun kek aiskrim saya ni adalah dalam 5 hari duduk dalam peti sejuk sampai suami saya tanya. Bila kek ni nak dimakan? Dah lama dia duduk dalam freezer. Tak pe...biarkan jer kat situ. Bila teringin nak makan baru dihias. Masalahnya...abang yang susah. Bila nak ambik barang kena kluarkan dulu kek. Aiseh...dah kena warning dah...

Tak boleh nak cerita panjang..jom kita nikmati kelazatan
KEK AISKRIM OREO
Resepi : DUNIADAPURKAMA

Bahan-bahan kek:
250g tepung sponge mix
4 biji telur
50 ml air
50 ml minyak @ marjerin cair

Cara membuatnya :
Pukul semua bahan diatas kecuali minyak sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan minyak.
Kacau sehingga rata dan sebati.
Masukkan kedalam loyang berukuran 10"
Bakar sehingga masak (lebih kurang 45 minit dengan suhu 150 darjah)

Bahan Untuk Filling:
1 bekas aiskrim vanilla - apa2 brand
1 cawan whipping cream (optional)
Biskut oreo (hancurkan) @ Choc chip (saya guna choc chip)

Cara-cara:
Campurkan aiskrim dan whipping cream
Gaul rata dan sebati
Campurkan biskut oreo @ choc chip
Gaul rata

Bahan Untuk Topping:
Whipping cream
Biskut Oreo secukupnya (untuk hiasan)

Cara-cara:
Pukul whipping cream sehingga kembang.

Cara menghias :
Belah kek kepada 2 @ 3 bahagian.
Sediakan loyang bersaiz 9 inci
#(Jika kek lebih besar dari loyang jangan dipotong. Tujuan adalah untuk melindungi aiskrim meleleh ketepi dan akan memudahkan kek dihias nanti)
Letak kek dilapisan bawah.
Sapu filling dengan ketebalan yang diingini.
Lapiskan lagi dengan kek
Sapu lagi dengan filling sehingga habis.
Lapiskan kek dibahagian atas
Bekukan dalam peti sejuk selama lebih kurang 6 jam @ lebih
Setelah beku, keluarkan kek dari peti sejuk
Keluarkan kek dari loyang.
Bolehlah di hias topping dan biskut oreo mengikut citarasa masing-masing

5 comments:

  1. Kama...cantek kek ice cream tu...tergoda i...

    ReplyDelete
  2. salamkama...fullamakkk aaaiiii...terliuqnya

    ReplyDelete
  3. Klu Rahel yang buat lagi ler mengancam...kak ni bab deco2 memang tewas teruk.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Liza...
    Itulah dia penangan aiskrim
    xsempat menginap dalam peti sejuk...
    selamat dahhhhh

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum akak, sy da cuba buat kek ni utk welcome back celebration mak sy balik dr umrah 2 minggu. alhamdulillah mak sy suka and kakak2 sy yg mengada2 tuh pun terpaksa mengaku mmg sedap >,< terime kasih akak!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG