Friday, 7 September 2012

MEEHOON SINGAPORE



Alhamdulillah...kenyang dahhhh..dah lama teringin nak makan meehoon Singapore...kenapa dipanggil meehoon Singapore..Wallahualam...xpasti pulak saya..apa yang pasti meehoon nie memang warna putih, xde dibubuh kicap...

Tak mau coloteh panjang..hidung dah sumbat teruk, batuk tak berhenti..nak layan tido lak lepas ni...sebelum tu kita layan meehoon Singapore ni dulu ye..


MEE HOON SINGAPORE


Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon -rendam sehingga lembut

Bahan A:
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar udang kering

Cara:
Tumbuk semua bahan di atas sehingga lumat

Bahan B:
10 ekor udang - buang kulit
1 mangkuk isi ayam - potong kecik
10 batang daun kucai
segenggam touge
3 batang daun sawi
1 biji kiub ayam
garam
gula
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan hiasan:
1 biji telur - goreng dadar
1 biji cili merah - potong
1 batang daun sup dan daun bawang- potong
bawang goreng





Cara:
Panaskan minyak
Tumis bahan A sehingga naik bau
Setelah itu, masukkan isi ayajm dan udang
Tumiskan lagi
Tambah sedikit air
Masukkan meehoon
Kacau rata
Masukkan garam, gula dan kiub ayam
kacau sebati
Akhir sekali masukkan sayur-sayuran
Kacau sehingga sayur-sayur layu
Rasakan garam dan gula..
Siap untuk dihiadangkan
Tabur dengan bahan hiasan





Sunday, 2 September 2012

SHEPHERD'S PIE

Dah lama sangat teringin nak makan Shepherd pie ni..tapi disebabkan kemalasan yang tak boleh ditolong lagi..jadi resepi ni ikut tido sekali...Kebetulan, baru-baru ni saya ada beli casserole, semangat mula kembali berkobar...pertama disebabkan memang teringin sangat nak makan pie ni dan yang kedua sebab teringin sangat nak mencuba casserole baru...

Ada kisah disebalik Shepherd Pie ni...selepas siap pie di bakar, posing dan dingap..adalah sisa dalam 1/2 bekas lagi..Kebetulan ada anak-anak jiran datang bermain dengan anak saya di rumah. Saya pun offer diaorang makan pie ni. Saya hidangankan dalam 1 sudu besar...Mula-mula diaorang kata OK, tapi bila mereka tengok lain macam jer pie ni, macam nak cabut lari...dah mencebik-cebik bibir geli tengok hidangan ni...saya cakap..rasa dulu. Kalau tak suka, tak pe..tapi kalau suka nanti acik tambah lagi. Macam terpaksa diaorang masuk mulut, tapppiiii...bila sekali suap....hehehehe...mereka minta tambah...tambah..dan tambah..sampai habis licin...

Adapun, resepi ni saya skodeng dari dapur  Kak Penyulawa. Dari pandang kali pertama, hati sudah tergoda...sentiasa dalam ingatan..hari ni baru tertunai hajat..tapppiii..memang tak nyesal mencuba..sedapp beb.

Kak Penyulawa..saya copy 100% dari dapur kak ye..maklumlah hati dah malam ni, mata dah nak zzz..(alasan yang kukuh -sebenarnya disebabkan kemalasan yang sungguh megganazzz)

Untuk pengetahuan, inti ni ada 2 versi..satu inti daging dan satu lagi inti ayam..jadi pilihlah mana-mana mengikut citarasa masing-masing. Saya guna inti ayam disebabkan suami saya tak makan daging...

Kalau nak lebih jelas boleh klik DI SINI...kak Penyulawa ada kongsikan step by step lagi cara membuatnya..terang lagi nyata...


SHEPHERD'S PIE

Sumber : Kak Penyulawa

Inti daging cincang
400 gm minced beef
1 sausage - sliced
1 1/2 labu bawang besar - diced
2 ulas bwg putih - crushed n chopped
4 tbsps chilli sauce
2 stalks celery - diced
capsicum - diced
chopped button mushroom
grated carrot

heat oil, saute onion and garlic to tender. add chilli sauce, mix well. add mince beef bring to cook. add mushroom, celery, capsicum and carrot. season in salt to taste.



Inti ayam cincang
400 gm ayam cincang
1 1/2 labu bawang besar - diced
2 ulas bwg putih - crushed n chopped
4 tbsps chilli sauce
2 stalks celery - diced
1 red chilli - sliced
chopped button mushroom
grated carrot

heat oil, saute onion and garlic to tender. add chilli sauce, mix well. add mince chicken bring to cook. add mushroom, celery, chilli and carrot. season in salt to taste.



Kentang Putar (Whipped Potato)
600 gm - peeled, boiled until tender, mashed
1 cup uht whip cream
salt to taste
2 tsps pepper

combine all ingredients, whip til smooth mixture is formed.

Cara menyediakan:
spread filling evenly in a deep glass baking dish.
spread on top with whipped potato.
sprinkle with cheese if desire. bake 180 celcius for 30 minutes or when topping turns brownish...






Saturday, 1 September 2012

KETAM LEMAK CILI API DENGAN PUCUK UBI



Anak-anak teringin makan ketam...ada kawan bagitau, kalau nak beli ketamsebaiknya diwaktu bulan mengambang, waktu tu ketam penuh isi..sedang cantiklah waktu ni..bulan tengah mengambang penuh, apa lagi ajak hubby gi cari ketam..demi nak cari ketam penuh isi, timbang guna 2 tangan, mana lagi berat..cik abang cakap biar kecik tapi berat, jangan besar tapi ringan..ketam tak de isi...

Sungguh...rasanya mau lebih 10 tahun saya tak masak ketam dan menikmati hidangan ketam...sampai nak masak ketam pun saya terlupa teknik nak menyiang ketam...perlu ke penyepit ketam dan semua kaki2 ketam tu dipotong dari badan...tanya hubby..dia cakap potong penyepit jer....kaki-kaki lain biarkan je melekat kat badan.saya pun ikut jerlah cakap cik abang..nak rujuk kat tenet..xdan..perut dah lapar sangat..maklumlah seharian x makan. Membersihkan segala macam khazanah bengkel (loyang, pinggan, cawan, acuan yang kecik) setengah hari suntuk. Hari tukan saya buat sedikit renovation di bengkel..sekarang dah beres semuanya. Jadi, nak bagi bengkel tu cun, kemas dan molek..kenalah susun atur sebaik mungkin dan buang mana2 barang yang tak diingini.


Berbalik kepada kisah sang ketam tadi, proses menyiang dah beres..tiba giliran memasak lak..semua dah settel..segala macam ramuan dan ketam dah selamat masuk dalam periuk..dah mendidih pun...tetiba datang cik abang ke dapur..gitau masak ketam kena lama skit sebab nanti ketam tak masak..iye ke? waahhhh..kena tahan lagi perut ni..sabar ye cik perut...kena tunggu beberapa minit lagi dalam periuk nak bagi segala isi perut ketam betul2 masak...

Alhamdulillah..segala dah beres..sebelum dingap..ketam kena posing dulu...cepat2..ambik gambo..nak masuk blog dan FB ni..nak bagi seluruh dunia ari ni saya masak special...

Sekarang..tiba masak nak menerkam sang ketam..cik abag tanya..camne nak makan nie? terlupa lak tadi sebelum masak ketam kena potong dua..pulak dahhhh..xpe saya masih ingat lagi masa arwah mak masak ketam, tak de pulak dipotong dua...kopek jer cengkerang tu...selamat dah ke dalam perut

Argghhh..Alhamdulillahhhh..kenyang dah...jom layan



KETAM MASAK LEMAK CILI API DENGAN PUCUK UBI

BAHAN
Bahan A:
20 tangkai cili api (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 batang serai (titik)

Tumbuk halus semua bahan diatas kecuali serai.

Bahan B :
10 ekor ketam
250ml santan pekat
500 ml santan cair
1 keping asam keping (optional - saya x letak)
garam
gula

Bahan C:
Pucuk ubi - rebus sehingga lembut, toskan

CARA MEMASAK:
Masukkan bahan A, santan cair dan asam keping ke dalam periuk
Didihkan
Setelah mendidih masukkan ketam
Tambah dengan garam dan gula secukup rasa
Didihkan
Masukkan santan pekat dan daun pucuk ubi
Masak sehingga betul-betul masak dengan sentiasa mengacau supaya tidak pecah minyak
Setelah itu, sedia untuk dihidangkan






Wednesday, 29 August 2012

AYAM TUA MASAK LEMAK KETUMBAR


Menu ni adalah menu kegemaran bapa saya...kebiasaan setiap kali Hari Raya Aidilfitri menu ini menjadi hidangan wajib keluarga saya. Sehari sebelum raya, bapa akan menangkap ayam kampung dan arwah mak akan memasak pada malam sebelum raya... mereka berdua yang sibuk didapur sepanjang malam sehingga ke pagi. Waktu tu, memang saya tak pernah tolong mereka..sebabnya waktu adalh waktu zzz..Mau tak boleh celik mata dibuatnya esok pagi...tapi itu tinggal kenangan. Sejak mak meninggal dah takde lagi menu2 istimewa terhidang pagi raya..kenangan yang akan tersemat sehingga ke akhir hayat ..InsyaAllah..


Tapi sekarang, menu juga menjadi kegemaran suami dan anak-anak. Untuk menghidangkannya, lebih sedap digabungkan dengan sambal belacan, ikan masin dan ulam..terangkat bila menikmatinya...

Macam biasa, resepi sendiri ni saya sukat guna agak-agak jer..bahan yang saya  berikan adalah lebih kurang yang saya gunakan untuk masak..apa-apa pun kepada yang ingin mencuba selamat mencuba..

AYAM TUA @ KAMPUNG MASAK LEMAK KETUMBAR

BAHAN:

Bahan A:
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
7 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis

CARA:
Blender semua bahan di atas

Bahan B:
1 ekor ayam kampung @ ayam tua
200 g santan pekat
800 g santan cair
2 biji kentang
garam
gula


CARA:
Rebus ayam tua @ kampung sehingga lembut di dalam periuk
Masukkan bahan yang telah diblender dan kentang ke dalam periuk berisi ayam tadi
Didihkan
Setelah mendidh masukkan santan pekat dan santan cair.
Rasakan dengan garam dan gula
Didihkan sehingga masak.
Sedia untuk dihidangkan


* Kalau nak guna ayam biasa pun boleh, tapi x perlu direbus sehingga lembut, cuma masak santan dengan bahan yang diblender sehingga mendidh. Setelah medidih, boleh masukkan ayam dan kentang, Didihkan sehingga masak










Tuesday, 28 August 2012

LAKSA PENANG


Dah lama teringin nak makan laksa penang. Masa bulan puasa tempoh hari memang tak sempat nak masak yang caggih2 gini...biasanya tuk berbuka puasa saya masak saya sempoi2 jer...yang cepat dimasak, sedap dimakan (walaupun ada masanya x sedap pun) ^_^...yang penting perut anak2 kenyang.


Hari ni baru berkesempatan masak laksa penang. Biasanya saya masak pada hujung minggu, tapi dek keinginan yang tak boleh ditahan2 lagi..terus jer langsungkan hari biasa walaupun keadaan dapur yang masih huru hara (renovation skit)..

Untuk masak kuah laksa ni sebenarnya xde guna sukatan, pakai agak2 jer...jadi resepi yang saya berikan ni pun kira agak2 jerlah...tapi xpe..InsyaAllah sedap


LAKSA PENANG

BAHAN :
1 bungkus laksa

BAHAN (KUAH) :
Bahan A:
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 senduk cili kering yang telah diblender

Bahan B:
1kg ikan kembong
2 batang bunga kantan
segenggam daun kesum
5 keping asam keping
garam secukupnya
Air secukupnya

CARA :
Rebus ikan bersama asam keping dan garam sehingga mendidih
Setelah mendidih, angkat ikan
Keluarkan isi ikan.
Blenderkan isi ikan sehingga halus
Masukkan bahan yang telah diblender kedalam periuk yang berisi air rebusan ikan tadi
Masukkan tulang ikan ke dalam bleder
Blender sehingga halus
Tapis bahan diblender ke dalam periuk
Blender bahan A sehingga lumat.
Masukkan juga kedalam periuk
Didihkan
Masukkan bunga kantan yang telah dipotong dan daun kesum
Masukkan garam dan rasakan.
Didihkan sehingga masak


BAHAN ULAM :
1 biji timun
1 batang cili besar
1 biji bawang besar
5 biji telur
1 biji limau nipis

Cara :
Potong semua bahan diatas ikut citarasa masing-masing
Hias diatas laksa dan tuangkan kuah laksa
Sedia untuk dihidangkan





Monday, 27 August 2012

NO BAKE OREO CHEESE CAKE

Mood malas tapi nak makan sedap..macam2 kan...Bila skodeng blog kak Ida Koleksi1001resepi..hati sudah tergoda...aisehhh..simple jer buatnya..rasanya pejam mata pun boleh beres. Apa lagi, sambil kemas rumah..sambil-sambil menggodek dapur. Wallah..kejap jer siap..simpan jap dalm peti sejuk...nyaman bila dimakan..enak weiii...


NO BAKE OREO CHEESE CAKE
Sumber : Kak Ida  Koleksi1001resepi


Bahan-bahan:
Bahan A (Crust)
15 keping biskut digestive (kisar halus)
125g butter (cairkan)

Cara :
Campur kedua bahan.
Tekan ke dalam bekas
Sejukkan dalam freezer

Bahan B (Cream Cheese)
500g cream cheese
1 cawan gula halus (saya xletak)
4 cawan whipping cream - Pukul kembang (saya guna non dairy jenama VIVO)
2 bungkus biskut oreo (hancurkan tapi jgn terlalu halus)


Cara :
Pukul kedua bahan sehingga kembang
*saya hanya pukul cream cheese sehingga kembang
Masukkan whipping cream yang telah dipukul kembang ke dalam cream cheese tadi.
Gaul rata
Masukkan separuh biskut oreo
Gaul rata
Masukkan ke atas crust tadi
Ratakan
Tabur dengan baki biskut oreo sehingga rata
Masukkan ke lama peti sejuk selama 1/2 jam
Stelah itu, boleh dinikmati






Sunday, 26 August 2012

SUP AYAM


Assalamualaikum semua...Hari ni dah 9 Syawal 1433 Hijrah..belum terlewat untuk saya megucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung2 DUNIA DAPUR KAMA. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengirimkan ucapan Hari Raya kepada saya.. Ampun dan maaf dipinta seandainya ada kesalahan dan kesilapan sepanjang saya bersiaran.

Sejak semalam badan ni rasa x berapa sihat, rasa macam nak demam jer...nak-nak lagi tengah sakit gigi sekarang ni. Bukan apa, cik bongsu yang nun di hujung sana nak kena cabut, baru boleh rasa lega skit..sakit gigi ni kekadang jer. Kalau jumpa dentist pun itu jer solusi yang boleh dibuat..masa sakit sah-sah xboleh dicabut, kena tunggu reda sakitnya..tapi bila dah tak sakit sayang pulak nak buang gigi..tak leh nak buat apa..tahan jerlah sakit ni.

Hari ni, tak de menu yang special...mood malas melanda. Kena lak dapur tengah renovate. Masak pun dah kat mana beranda dapur...anak-anak dan cik abang menegur.."Umie masak macam kat rancangan masakan, masak dengan ditemankan angin silir-semilir".  aduiihaiii..layan jerlah


SUP AYAM

Bahan-bahan:
 Bahan A:
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu besar lada putih


Bahan B:
1/2 ekor ayam (potong kecil)
2 liter ayam (boleh kurang @ lebih)
1 biji kentang (potong 4)
1 biji karot (potong besar)
garam
gula
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan  hiasan:
daun bawang dan daun sup
bawang goreng

Cara-cara:
Tumbuh bahan A sehingga lumat.
Panaskan minyak.
Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
Masukkan air
setelah mendidih masukkan ayam dan kentang
Masak sehingga ayam dan kentang empuk.
Masukkan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan karot.
Biarkan seketika.
Setelah itu, bolehlah dihidangkan dan dihias dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG