Monday 19 March 2012

PAU GEBU INTI KELAPA

Aduiii..bagai nak pengsan buat kuih pau nie..sebab apa nak tau? sebabnya biasa cik mixer yang tolong uli doh tapi hari ni terlebih rajin (atau pun terlebih malas..malas nak basuh mixer)..guna cara kuno mengguli doh pau..rasa macam nak patah tangan dibuatnya..siap bergotong royong dengan anak bujang mengguli. Saya menguli, sibujang saya tukang pegang besen...aduiii...
Bila time menggukus satu hal lagi..masa mengukus xleh kurang dan xboleh terlebih masa..kalau kurang masa nanti pau x masak..kalau terlebih masa pulak pau akan jadi kecut. Siap warning dgn anak2 dara. ;.masa mesti ngam-ngam  10 minit. Jadi semua mata kena memerhati jam. Tak boleh leka.. Kronik betul nak makan sedap ni..apa boleh buat dah teringin sangat nak makan maka semangat nak kena kuat..Inilah gara-gara skodeng dapur Kak CT


PAU GEBU INTI KELAPA
Sumber : Kak CT Delima
Rujukan : Ton Myresepi

Bahan-bahan ( 10 biji )
250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayuran
2g (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam


Cara-cara
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.

Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.

Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin

***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start

Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)

Bahagikan doh kepada 10 bahagian

Masukkan inti dan tutup kemas.

Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.

***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.

Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.

Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.

***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.

Selamat mencuba...


INTI KELAPA:
Sumber : Mama kastam myresepi


Bahan-bahan ( sekeluarga )
1 biji kelapa parut putih
1 1/2 cawan air gula merah ( di ambil dari 1/2 kg gula merah di masak + 2 cawan air )
1/2 cawan gula pasir
sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara-cara
Di dalam kuali, masak air gula merah + gula pasir, daun pandan dan garam sehingga berbuih.

Masukan kelapa parut, kacau sehingga rata. Masak sehingga air gula kering tetapi intinya nampak lembab.

Tutup api. Siap untuk di gunakan..

Jika berlebihan, simpan dalam bekas berpenutup dan masukan ke dalam peti sejuk...


8 comments:

  1. inti kelapa ... fav akk ni kama.. klau inti lain cam kurang bekenan pulak..hihihi.. lain org lain seleranya..

    ReplyDelete
  2. cantek jer pau tu kak..nak try jugak...

    ReplyDelete
  3. akk pun pernah buat pau ni, mmg berbaloi2 lah kan....sedap n lembut jer...

    ReplyDelete
  4. salam kamaaaa...dh lama x singgah dapur kama:)

    ReplyDelete
  5. Kak Zana..pau ni memang sesuai dgn inti kelapa. Maklumlah pau kg...kira ngamlah doh dgna inti

    ReplyDelete
  6. Rahel...
    kalau kena dgan sentuhan Rahel lagilah cantik

    ReplyDelete
  7. Kak Liza..
    memng best pau ni kak..berebut2 anak saya makan

    ReplyDelete
  8. Waalaikumslm kak Cha...lama kak menghilang. Rindu sgt kat kak..terima ksih sudi menjenguk ke dapur saya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG