Tuesday, 13 March 2012

KUIH BAKAR PANDAN





Dah banyak kali dah buat kuih ni..memang sedap. Kira gred Alah..bahan pun simple jer..buatnya pun tak susah mana..kira pejam mata jer dah boleh beres dah. Sesuai untuk org yang tengah dilanda penyakit M tapi nak makan sedap...sampur semua bahan, godek-godek jap..bakar..beres. Siap bakar..boleh makan dah..tapi kalau makan sejuk lagilah sedap.






KUIH BAKAR PANDAN
Sumber: Kak Yati
Rujukan : Cikgu Zana


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air panda
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka


Cara-Cara

Masukkan semua bahan kedalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. 
Saya bakar lebih masa bergantung pada kepanasan oven masing2.



2 comments:

  1. Salam..harap sihat..sdp tu kuih bakar pandan ..lama x buat

    ReplyDelete
  2. dtg sni pulak kama.. tak jemu2 ye.. sama lah dgn akk.. tak sempat daun pandan nk bdaun dah kene ragut..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG