Sunday, 4 March 2012

KEK BATIK COKLAT

Kalau dah penyakit M menyerang memang tak leh nak buat apa..baring jerlah sambil mata mengadap TV. Tapi masalahnya perut tu bukan kira penyakit M tengah manyerang kita..mau x mau kena jugak digagahkan diri tu mengadap dapur...satu lagi bila dah menjenguk ke dapur rakan-rakan blogger dan rakan-rakan FB aduiiii..penuh dengan godaan..memang mengancam hidangan rakan-rakan blogger dan FB. Daripada dok telan air liur lebih baik saya huru harakan dapur...bila dah kenyang bolehlah sambung tido balik...

Resepi ni saya dapat setelah menziarah ke dapur Hasue..bila tengok Hasue banyak kali menggodek kek ni sah-sah kek ni sedap..nak-nak lagi bahan-bahannya kat kedai Aceh pun boleh dapat...buatnya pun takdelah sampai nak kena bersabung nyawa..godek-godek jer dah beres..cuma ambik masa waktu nak keraskan dia..kat situ memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau sesiapa perut lapar baik makan dulu..kalau tak nanti akan menderita kelaparan...




Kek Batik Coklat
Resepi Asal: Mylla@myresipi.com
By:Hasue



Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin-hasue guna marjerin puteri,jadi kek tak mudah lembik
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya









Cara-cara

  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
  4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
  6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...



1 comment:

  1. mmg kena masuk list ni...anak2 sy mesti suka...thanks 4 sharing ye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG