Monday, 11 July 2011

WALNUT & CHOCOLATE RISE CAKE

Hari nie dah berapa puluh kali saya dengar lagu nie...Maaflah xtau lak sapa penyanyi dan apa tajuk lagu nie. Syahirah yang masukkan ke dapur nie. Best lak dengar...rasa feeling. Mood nak bersembang pun membuak2. Ini pun Syahirah nak tukar lagu baru tapi saya x kasi. Si Ayah tanya Dapur nie nak cita pasal masak ke nak dengar lagu..hehehe...saya jawab sambil masak sambil dengar lagu. OK apa?  Malangnya si budak busuk sorang nie dari tadi asyik mengacau jer. Mintak dipeluk ler tu. Dah masa nak masuk tido...xleh nak sembang panjang. X senag duduk dibuatnya..kita singkatkan masa menyembang k. 
Kita layan jerlah kek yang marveles nie ye ( Makan xjemu - memang sedap). Bahan pun x banyak, buat pun senang jerrr...
WALNUT & CHOCOLATE RISE CAKE
Bahan A :
200gm butter
70gm gula kastor
5 biji kuning telur

Bahan B:
5 biji putih telur
70gm gula kastor

Bahan C:
120gm tepung superfine (saya guna tepung gandum)
2 sudu kecil baking powder

Bahan D:
80gm walnut cincang
50gm coklat rise

Cara membuatnya:
Pukul A sehingga kembang.
Dibekas lain pukul B sehingga kembang dan bertanduk
Masukkan A ke B.
Gaul rata.
Masukkan bahan C
Gaul rata
Masukkan bahan D
Kaub balik
Bakar sehingga masa dengan menggunakan suhu 150degree (lebih kurang 45 minit - 1jam)



APAM AYU @PUTERI AYU

Memang sedap tapi buatnya kena berhati-hati, kalau x Mr. Tong yang ngap. Saya klu buat kuih apam x kiralah apa jenis apam memang kecut perut. Kuih apam memang perlukan belaian kasih sayang dan sentuhan yang lemah gemalai. X boleh kasar-kasar dengan dia tau, nanti kalau dia marah maka akan terserlahlah kebantanannya. Memang banyak ragamnya Cik Ayu dan seangkatan dengannya. 
Xyah cerita panjang jom kita belajar buat 

APAM AYU :
Peralatan : acuan apam ayu yang dipanaskan dan disapu minyak

Bahan2:
6 biji telur gred C (saya guna gred B)
300gm gula
1 sudu kecil ovelette
1 cawan santan pekat
300gm tepung gandum
1/2 sudu besar Pewarna dan perasa pandan (saya guna sedikt je pewarna sebab suami saya x suka kuih berwarna garang)
Kelapa parut (putih) digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi.






Cara membuatnya:
Pukul telur sehingga kembang (putih)
Masukkan gula
Pukul sehingga kembang
Masukkan ovellete
Masukkan pewarna hijau dan perasa pandan
Pukul sehingga menjadi krim
Masukkan santan dan tepung gandum serentak
Kacau dengan perlahan dan berhati2 
Isi acuan apam dengan kelapa parut dan adunan apam.
Kukus sehingga masak (lebih kurang 15 mint).

TIPS:
Pastikan telur, gula dan ovellete dipukul betul2 kembang sehingga menjadi krim dengan menggunakan high speed.
Ketika memasukkan tepung dan santan hendaklah berhati-hati, kacau dengan perlahan dan lembut (macam kacau adunan baulu). Kalau x, bancuhan akan menjadi cair(bantat)
Tujuan kelapa parut dicampur dengan tepung ubi adalah agar kelapa parut akan melekat dan x berderai selepas dikukus.



Sunday, 10 July 2011

BISKUT FERRARO ROCHER @ ALMOND TREASURE

Biar betul? Takkan orang kg pandai buat Fererror rocher? Terror tu? Cam x caya jer...hehehe. Betullah xtipu. xnak tipu2...tak baik. Dosa. Masuk neraka kena seksa. Tapi Ferraro Rocher org melayu buat xler sama dengan omputih buat. Org melayu buat lagi seedaaap. X caya? Anak2 saya berebut2 nakkan biskut nie. Belum jadi biskut lagi pun diaorg dah berebut tau. Nak tau berebutkan apa? Tu yang duduk kat tengah2 biskut tu. Alaa... Milo cereal. Sebahagian besar dah masuk kat perut diaorg sebelum jadi biskut lagi. Aduiii... inilah membela anak2 kecik. Nak bising pun buat penat anak tekak jer. Biarkan jerlah diaorg makan sampai diaorg jemu...

Saya dah xleh nak cerita panjang. Dah pukul 11.30pm. Mata dah ngatukk sgt2. Pinggang dah sakit (x cukup minum susu). Meh kita layan jerlah resepi:

ALMOND TREASURE:
Sumber: Chef Zubaidah
(Majalah Rasa October 2010)
Diolah oleh DUNIADAPURKAMA

Bahan2:
Bahan A:
160g mentega
90g gula kastor
1 biji kuning telur (saya x letak)
2 sudu teh cappucino emulco (saya guna coffee emulco)

Bahan B:
50g bubble rise - kisar
50g confleks - kisar
200g tepung naik sendiri
1/2 sudu besar serbuk koko

Inti :
Milo cereal (Chef x letak tapi saya letak)

Hiasan:
Badan Nib
Coklat masakan

Cara membuatnya:
Sebatikan A.
Masukkan semua bahan B.
Bulatkan dengan anggaran 1/2 sudu teh.
Isikan inti.
Celup ke dalam putih telur
Golekkan ke dalam badan nib
Bakar sehingga masak.
Setelah sejuk celup kedalam coklat masakan.
Masukkan kedalam cawan kertas.

TIPS:
Untuk biskut tahan lama, bakar guna suhu rendah (130 -140 darjah sehingga biskut betul2 masak (rangup) lebih kurang 30 - 45 minit)

KOLEH KACANG

Koleh kacang...favorite suami saya. Asal ada function, mesti dia suggestkan buat koleh kacang. Tapi saya tau, mesti ramai kekawan kat luar sana yang suka sgt dengan kiuh nie. Kuih org lama katakan. Tapi memang sedap pun. Nak buat kuih nie, zaman sekarang x macam zaman dulu. Dulu nak buat kuih nie sikit punya azab. Kacang hijau nak kena sangai lepas tu tumbuk kendian ayak...lepas tu apa lagi ye? Entah...Saya pun xtau sebab x pernah buat. Xpun kalau dah penghabisan malas antar ke kedai india mintak tolong kisarkan. Baru boleh dimasak...Betul x?
Tapi skrg dah senang, gi jer kedai runcit India, beli jer tepung kacang hijau. Confirm ada jual punye. Dulu2 masa zaman2 saya meniaga kuih (adalah 4 ke 5 tahun lepas) harga tepung kacang hijau RM2.80 kendian naik RM3.80. Lepas tu saya stop meniaga so saya x taulah rege dia berapa. Alih2 bila saya gi kedai nak beli tepung nie harga dia dah RM6.80. Telan air liur dibuatnya. Nak buat camne? Memang dah harga semua barang naik. Layan jerlah... Apa2 pun kiuh nie memang best.
Xyah cerita panjang, Cam biasa kita layan:

KOLEH KACANG

Peralatan :
Loyang bersaiz 11' x 11' dialas dengan plastik yang disapu dengan minyak masak.

Bahan-bahan:

Bahan A:
400g gula merah
100g gula putih
300ml air

Bahan B:
300g tepung kacang hijau
1 steh garam

Bahan C:
400ml santan
1300ml air

Cara membuatnya:
Masak bahan A sehingga gula larut.
Masukkan bahan A & C ke bahan B.
Tapiskan kedalam periuk.
Masakkan sehingga pekat dan berkilat dengan api yang sederhana.
Setelah masak tuang ke dalam loyang.
Sejukkan.
Hias dengan taik minyak.


Taik Minyak
Bahan2:
1 cawan santan pekat

Cara membuatnya:
Masakkan santan sehingga keluar minyak dan sisa minyak.
Sisa minyak tu yang dinamakan taik minyak.

TIPS:
Cara2 nak tau koleh kita dah masak ke belum ialah lihat pada keliling periuk. Kalau sisa koleh kacang di  tepi2 periuk tu dah kering maknanya koleh kacang dah masak.
Kalau permukaan kuih nak berkilat sapu dengan minyak yang dimasak tadi.

KENAPA SEPI??

Assalamualaikum semua?
Apa khabar hari nie...mudah2an rakan2 dapur Kama sihat hendaknya.

Dah lama rasanya saya tak bersiaran. Rindunya kat kekawan semua. Bukan sebab dah jemu @ bosan (takut gak dapur nie berasap lagi) tapi Ya Allah macam2 problem dah dua tiga hari nie. Xdelah masalh besar mana pun tapi almaklumlah kat dapur saya nie ada "mem kecik" nak kena layan. Kalau dia celik mata kecoh jadinya. Xleh gerak kemana-mana, asyik nak kena melayan dia jerr..Bila nak mengadap "DUNIA DAPUR KAMA.BLOGSPOT" dia mulalah buat hal. Ada aje yang diusik. Kita baru nak klik sekali, dia dah klik berkali-kali....Itu yang kecoh tu. Cuba gak nak buat awal pagi dalam kul 1 ke 2 ke 3. Saya baru on komputer dia pun ikut celik. Siap tolong onkan komputer lagi. Alahai.... haiiii...betul2 mencabar kesabaran umienyalah dia sorang nie....Syarina oh Syarina kenapalah ko tak bagi can umie nak buat kerja.Si Syarina tu pulak hari nie saya minta tolong dengan cik abang sayang untuk jaga dia. Laa nie sang suami tengah bertungkus lumus melayan budak busuk sorang tu. Berpeluh2 dibuatnya. Nak minta si kakak2 dan abang2 dia tu jaga, kejap bolehlah, selang 5 minit masing2 cabut lari...surrender...


Dua hari lepas saya gi Tesco beli kopi 3 in 1. Malam tu saya minum sekali 2 sachet. Lepas tu aduhhh rasa macam nak meletup badan dibuatnya. Kepala pun dah jadi x betul ..rasa macam nak pitam pun ada. X cukup semalaman bersambung sampai ke siang. Petang tu barulah stabil skit badan nie...









Semalam lak modem Streamyx buat hal lak. Xleh connect wifi ke laptop. Aduiii...masalah lagi. Nak guna desktop, xde Adobe Photoshop. Malas lak nak buat kerja guna dua komputer. Leceh. Pagi tadi call TM servis center. Selang tengahari kontarktor TM datang, check punya check, rupa2nya modem streamyx problem. Apalagi, kena tukar modemlah jawapnya. Alhamdulillah segalanya selesai...Terima kasih TM..U're the best

Menu dah siap dah. Cuma sempat tayang lagi .Sepanjang x bersiaran tu sempat gaklah kecohkan Dapur Kama. So harap2 hari nie dapatlah Dunia Dapur Kama berkongsi resepi dengan kekawan semua.

Thursday, 7 July 2011

TART NENAS

TART NENAS...x dinafikan kesedapannya biskut yang satu nie. Rugi rasanya kalau hari raya xde biskut nie. Macam xde makna berhari raya (cewah). Lagi2 klu jem tu kita sendiri yang buat..pergghh. Memang mantap. Saya memang cukup suka dengan biskut tart. Tiap2 tahun memang x misslah biskut nie.

Jom kita layan
TART NENAS :
Bahan Biskut
Bahan-bahan:
250g mentega
50g gula aising
2 biji telur
Sedikit esen vanilla
20g tepung jagung
370g tepung gandum @ ikut lembut


Cara membuatnya:
Pukul gula dan mentega sehingga sebati
Masukkan kuning telur dan esen vanilla
Kacau sebati
Masukkan tepung jagung dan tepung gandum
Uli sebati
Terap menggunakan acuan tart gulung.


Sapuan atas biskut:
Bahan2 :
2 biji kuning telur
1 sudu besar marjerin - dicairkan
sedikit pewarna kuning telur
# Campur semua bahan diatas. 
Kacau sebati. Sapu diatas biskut sebelum dibakar.

Jem Nenas :
Nenas yang masak
Gula
Gula batu
Cara membuatnya:
Parut nenas.
Masakkan sehingga air nenas hampir kering
Masukkan gula dan gula batu.
Masak sehingga pekat.

# Tiada sukatan untuk membuat jem. Kemanisan bergantung kepada citarasa kita. Kalu kita suka manis kita lebihkanlah gula. Klau x suka manis boleh dikurangkan gula tersebut.

TIPS:
Menurut KakLong Lynn (rakan FB) gula batu dimasukkan kedalam jem bertujuan agar jem xmudah berkulat dan menjadikan biskut tahan lebih lama.
Masak nenas dulu sehingga air kering akan lebih menyedapkan jem tersebut dan jem juga akan lebih cepat masak.


BISKUT KELAPA

Ini biskut bukan sembarang biskut. Ini biskut top ranking. Carta teratas lagi. Memang best. Gred A. Apa lagi nak puji ye? Walaupun namanya kekampungan tapi kelazatannya mengalahkan biskut yang nama omputih. Memang saya rekomen 100% untuk dicuba. Resepi dari tukang masak paling top dan meletop dengan tunjuk ajar step by step di FB. Sapa lagi kalau bukan Puan Puteri Manja yang memang manja dan baik hati. Tak kedekut ilmu punye... Minta izin kak Putri masukkan ilmu kak Puteri ke dapur saya untuk dikongsi bersama...


Malas nak cita panjang-panjang. Layan jerlah...


BISKUT KELAPA 
Sumber : Puteri Manja (FB)

BAHAN-BAHAN ( 120-130 KEPING )

• 225 G TEPUNG JAGUNG "BROWN & POLSON" (CAP KUPU2)*
• 150 G TEPUNG GANDUM*
• 1/2 CAMCA TEH BAKING POWDER*(*DISATUKAN DAN DIAYAK)
• 125 G GULA AISING
• 75 G KELAPA KERING, DIKISAR HALUS(DIBAKAR SEBENTAR SEBELOM DIKISAR...BAKAR LAM 5-7 MINIT)
• 25 G SERBUK BADAM
• 1 BIJI TELUR GRED A (BERAT KURANG LEBIH 60 G SEBIJI)
• 1/2 CAMCA TEH ESEN VANILLA
• 155 G MENTEGA
• UNTUK HIASAN:-
• CERI MERAH, DIDADU KECIL
• KELAPA KERING
• KUNING TELUR, UNTUK SAPUAN

CARA-CARA

1. SATUKAN KELAPA KERING YANG DIKISAR DAN SERBUK BADAM BERSAMA2 TEPUNG TADI. KETEPIKAN.

2. PUKUL TELUR, GULA AISING DAN ESEN VANILLA HINGGA BERKRIM. MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT HINGGA HABIS SAMBIL DIGAUL PERLAHAN. PADA PERINGKAT INI ADUNAN AKAN BERUPA SEAKAN2 SERBUK ROTI.

3. MASUKKAN MENTEGA SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL TERUS MENGGAUL HINGGA ADUNAN TADI MENJADI DOH YANG LEMBUT. BULAT2KAN DOH DAN TUTUP DENGAN TUALA LEMBAP.

4. CANAI DOH SETEBAL 1/2 CM, TERAP DENGAN ACUAN KEGEMARAN DAN SUSUH DALAM DULANG PEMBAKAR. SAPU KUNING TELUR, LETAK SATU POTONGAN KECIL CERI DAN TABUR DENGAN KELAPA KERING. BUAT HINGGA HABIS.

5. BAKAR DALAM OVEN PADA SUHU 150C SELAMA 12 - 14 MINIT. SEJUKKAN BISKUT ATAS JARINGAN HINGGA BETUL2 SEJUK SEBELUM DISIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG