Bertemu kembali...sementara ada mood memblog jadi layan jerlah. Bukan selalu ada mood yang gini rupa..antara bermood dengan tak bermood..banyak yang tak bermood memblog. Jadi kita layan jerlah blog ni sementara dia celik..mau2 dalam seminggu dua tido balik DUNIADAPURKAMA ni.
Hari ni saya kongsikan resepi yang semudah ABC. Saya ni memang cukup suka dengan resepi yang senang-senang tapi sedap...cuma ambik masa untuk menikmatinya sebab kena tunggu siap bakar dan sejukkan. jadi kalau nak buat kuih-kuih jenis gini kena kenyangkan perut dulu..jadi tak delah perut berdondang sayang sementara tunggu kuih boleh dimakan.
Dah lama dah berangan nak buat bingka labu. masuk ni dah 3 kali beli labu dah tapi asyik kantoi jer nak buat. Bila mood malas melanda kerja mudah pun jadi susah.Semua labu yang dibeli dah selamat dibuat masak lemak labu, tumis labu etc..sebab cik abang memang suka menu masakan berasaskan labu kuning..tapi tempohari waktu saya bertemu dengan pakar pemakanan, labu tidak digalakkan dihidangan bersama nasi sebab ianya mengandungi tinggi karbohidrat dan ianya bukanlah dikategorikan sejenis sayuran .
Resepi bingka labu ni saya tinjau dari dapur Jurnal Resepi Badaria. Memang nampak menggoda bingka labu Kak Badaria ni..Terbuka selera bila tengok gambar bingka labu kak badaria tu...itu yang hati meronta-ronta untuk mencuba.
BINGKA LABU :
Sumber : Jurnal resepi Badaria
Rujukan : Chef Asma
Bahan-bahan:-
Bahan A
300gm tepung gandum
400gm gula halus (kurangkan kepada 350-360gm jika anda guna gula kasar)
120gm majerin
1 1/2 tsp garam
Bahan B
6 biji telur
400ml santan
1200gm labu kuning (buang kulit, kukus dan timbang)
pewarna kuning telur (sy tak bubuh sbb labu tu dah betul2 kuning)
Cara-caranya:-
1. Bahan A dikacau rata sehingga menjadi serbuk
2. Blend bahan-bahan B sehingga halus dan masukkan kedalam periuk/kuali
3. Masukkan bahan A dan kacau rata
4. Kacau sebentar diatas api sehingga agak pekat
5. Tuang kedalam loyang dan bakar 1 jam @ sehingga masak
Pesanan kak Badaria :
1. Sila kurangkan gula sedikit, sukatan gula diatas adalah untuk gula castor. Saya bawak ke ofis this morning, kawan-kawan cakap bingka nie manis. Kurangkan kepada 350gm.
2. Sukatan resepi diatas adalah untuk loyang 10 x 10 ye. Untuk orang nak buat bisness. Kalau setakat nak makan sekeluarga tu buatlah separuh sahaja.
3. Sapu majerin/butter rata dipermukaan loyang. Lapik daun pisang yang dipotong dibawahnya (kalau tak ada boleh guna aluminium foil - saya tak guna apa-apa pun, ok je tak melekat). Baru masukkan adunan dan ratakan permukaan bingka dengan meletakkan sedikit minyak/majerin/butter dan ratakan dgn belakang senduk atau sudu. Ambil sehelai plastik bersih dan guna tapak tangan, tekan-tekan permukaan bingka supaya ia padat. Buanglah plastik tu dan barulah masukkan kedalam oven.