Tuesday, 21 June 2011

BISKUT SARANG SEMUT

BISKUT SARANG SEMUT - biskut kegemaran anak2. Berebut2 bila makan, umienya gak yang letih...habis bersepah papercup satu umah...
Sekarang nie dah x susah dah...masa mula2 buat biskut nie terkial2 nak sagat. Sekarang nie beri arahan jer kat budak2...settle. Sorang sagat, 2 orang masukkan dalam paper cup, sorang tabur coklat rice. Dalam siap diorglah tukang masukkan dalam balang...Umienya? Tukang bancuh, bakar (sambil2 berkemas rumah) dan apa lagi jadi Supervisor...mana yang x betul...siap2 jerlah dengan umie...
Itulah hikayat sarang semut keluarga saya.
Resepi nie saya cedok dari Majalah Saji Tahun 1007 tapi  xingat bulan berapa punya sebab kulit depan dah khatam. Resepi nie saya dah gunakan buat jualan dah...saya suka ngan resepi nie cumanya kat majalah tukang masaknya x bagi sukatan tepung gandum...apa yang dibagitahu tepung gandum nie agak2 jer...ikut rasa kat tangan...camne nak agak2 nie?alahai dah jadi orang lama lak...sukat guna agak2...tapi apa susah timbangkan ada, saya pun timbanglah tepung, 2, 3 kali buat guna sukatan sama ok jer...dah xyah nak pening kepala...Kira luluslah tu...

Meh kita layan resepinya :

BISKUT SARANG SEMUT
Sumber: Majalah Saji Tahun 1997

Peralatan :
Penyagat


Bahan-bahan :
500g mentega
250g gula kastor
Sedikit perasa vanila
185g tepung castard
750g tepung gandum





Cara membuatnya :
Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. (jangan terlalu kembang -agak2 sebati jer)
Masukkan tepung castard dan tepung gandum.
Sagat dengan menggunakan penyagat.
Masukkan kedalam cup.
Hias dengan colour@ choc rice.
Bakar sehingga masak menggunakan suhu sederhana. (Saya guna suhu 140 darjah selam 1/2 jam)
TIP:
# Saya bakar biskut guna suhu yang rendah dan lama bakarnya. Ini akan menjadikan biskut akan menjadi tahan lama.

TALAM SERI MUKA

TERBAEKKK... Itu yang boleh saya dapat katakan tentang resepi kuih nie. Sebelum nie dah berpuluh2 resepi yang saya cuba tapi takde satu pun yang menepati citarasa saya. Akhirnya saya telah berjumpa dengan idaman hati dan bagi saya inilah yang terbaik...dari segi manis dan lemaknya, serba menjadi. Tapi saya xdelah ikut 100% resepi nie..saya olah dari  AIR saya gantikan dengan SANTAN sebab saya suka kuih talam yang kuat rasa lemaknya...


Apa2 pun kita layan resepi ni 
Peralatan :
 Loyang saiz 10" x 10" dialas dengan plastik yang disapu minyak

TALAM SERI MUKA
Sumber : http://rabiatunsweettouch.blogspot
Resepi  :Chef Asma

Bahagian bawah :
500g beras pulut
600g santan
2 sudu teh garam halus
TIP:
# Sebagai panduan : paras santan 1/2 inci menutupi beras pulut (Tidak sama macam kita masak nasi). Klu x cukup boleh tambah lagi ketika mengukus.


Cara membuatnya :
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
Basuh dan toskan.
Kukus semua bahan diatas sehingga masak.
Ketika dikukus, kacau sekali sekala bagi rata masaknya.
Setelah masak, masukkan ke dalam loyang dan tekan bagi padat.

Bahan B :
250g gula
100g tepung kastard
400ml santan pekat (Saya lebihkan 50g sebab ada balance - sayang nak buang)
400ml santan cair+ 20g daun pandan diblender (Saya guna lebih daun pandan)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
sedikit essen pandan
sedikit pewarna hijau.(x letak)

Cara membuatnya :
Satukan semua bahan diatas. 
Tapis ke dalam periuk.
Masakkan sehingga naik wap @ agak2 pekat.
Tuang ke atas lapisan bawah
Kukus sehingga masak.

TIP:
Perhatian : Ketika mengukus hendak dibuka penutupnya setiap 5 minit untuk memastikan air x tumpah ke atas kuih dan agar kuih x kembang.

RENDANG AYAM KAMPUNG @ AYAM TUA

RENDANG AYAM  nie saya buat atas permintaan anak bujang saya nak bawak gi sekolah. Kurang pasti pulak untuk jamuan apa. So kita layanlah permintaan dia...
Jom kita jengah resepinya :
RENDANG AYAM KAMPUNG  @ AYAM TUA
Bahan2 :
1 ekor ayam kampung @ ayam tua
2 biji kentang - potong 2
2 senduk cili giling #
10 batang cili api #
5 biji bawang besar #
3 biji bawang putih #
seinci halia #
seinci lengkuas #
3 biji buah keras #
1 mangkuk santan pekat
air
2 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit - hiris halus2...
1 bungkus kerisik kelapa (harga RM 50sen)
garam 
gula
serbuk perasa


Cara memasaknya :
Blander bahan #.
Satukan semua bahan diatas kecuali daun kunyit dan masak sehingga empuk dan pekat.
Setelah hampir pekat, masukkan daun kunyit dan kerisik. Rasakanlah masin, manisnya.
Setelah itu...boleh diangkat dan dihidangkan.
Sekian...

TIP:
# Semua sukatan adalah anggaran sahaja. Terpulang kepada citarasa masing2...














Monday, 20 June 2011

TALAM KELADI

Dah lama tak buat kuih nie...tetiba ada permintaan dari anak-anak teringin nak makan kuih talam keladi. Resepi nie saya dari dari kelas ITA'S DELIGHT. Rasa kuih nie sangat sedap. Balance antara manis dan lemaknya...Memandangkan saya suka kuih talam yang berlemak jadi saya tukar air kepada santan cair dan saya kurangkan kuantiti air 50g. 


Mari kita layan resepinya :
Peralatan :
Loyang 10" x 10" disapu minyak dan dilapik dengan plastik

Bahan2 Lapisan  Bawah :
A:
200g tepung beras
20g tepung ubi
1 sudu teh garam
300ml santan pekat
700ml air (saya kurang kepada 650ml santan cair)

B :
200g keladi -buang kulit, potong dan kukus (saya lebihkan menjadi 500g -sebab saya suka keladi)

Cara membuatnya :
Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati.
Tapis kedalam periuk
Masak sehingga naik wap (dalam 4 minit dengan api yang sederhana perlahan)@ sehingga agak2 pekat.
Masukkan bahan B
Kacau sebentar
Curah kedalam loyang.
Kukus selama 25 minit.

Bahan2 Lapisan Atas :
100gm  tepung gandum
250g gula
4 biji telur B
200ml santan pekat
400ml air (saya kurangkan kepada 350ml santan cair)
pewarna purple

Cara-cara membuatnya:
Campur semua bahan diatas.
Tapiskan dalam periuk.
Masakkan sehingga naik wap @ agak2 pekat.
Tuang ke lapisan bawah.
#Perhatian :
Sebelum menuang lapisan atas, lapisan bawah hendaklah dicakar2 dulu dengan garpu. Ini bertujuan agar lapisan atas dan lapisan bawah melekat antara satu sama lain.
Kukus sehingga masak (lebih kurang 1 jam)

TIPS:
Ketika mengukus hendaklah dibuka penutupnya setiap 5 minit untuk mengelakkan air tumpah keatas kuih dan manjadikan kuih kembang dan berair.

KEK CHIFFON PANDAN

Ini adalah kek chiffon yang saya belajar dengan kakak kepada kawan baik saya Salmi. Saya belajr nie bukan apa sebab sebelum nie saya buat KEK CHIFFON mesti tenggelam. Asal keluar oven terus kemek kek saya tu...pening kepala dibuatnya. Bila dah belajar nie taulah apa sebabnya kek chiffon yang saya buat selamanya lemas ke dasar loyang...rupa2nya petuanya nak bagi kek nie x tenggelam kebawah ialah kek nie mesti ditonggengkan bila keluar dari oven. Itu jer rahsianya...

Kek yang saya buat nie ada hikayatnya. Saya buat kek nie 1 bancuhan. Mintak anak bujang ambik loyang kek chiffon dalam stor. Saya cakap ambik loyang yang paling besar sekali (xpastilah berapa inci). Dia pun ambiklah loyang chiffon tu, saya rasa ada loyang yang lagi besar tapi dia cakap itulah yang paling besar. So, saya pun percayalah cakap dia. Bila saya tuang bancuhan penuh kat loyang tu...nak jadikan 2 loyang alang kepalang pulak...saya pun redah jerlah jadikan satu loyang jer. Nah ko bila dah masak...takut suami saya tengok kek tu...menggunung tingginya. Tu yang nampak ada tanduk tu.

Tapi xpe apa2 pun kek nie memang sedap. Kek nie rasa lemak sebab adanya susu cair @ santan. Saya suka dengan rasa kek nie...

Nak resepi?

Meh kita jengok :


Peralatan : 
Loyang chiffon bersaiz 10 " dipanaskan.
JANGAN disapu minyak @ marjerin pada loyang tersebut.



Bahan A :
8 biji putih telur
1/4 cawan gula

Cara membuatnya :
Pukul putih telur dengan gula sehingga kembang dan bertanduk.

Bahan B :
8 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1/4 cawan santan
1/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan tepung naik sendiri
perasa pandan

Cara membuatnya:
Pukul kuning telur dengan gula sehingga kembang.
Masukkan minyak jagung dan santan. Kacau sebati.
Masukkan tepung naik sendiri. Kacau kaup balik.
Masukkan bahan A kedalam bahan B. Kacau rata dengan perlahan sehingga sebati dan rata.
Masukkan kedalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
Bakar sehingga masak (lebih kurang 45minit - 1 jam)
Setelah masak, keluarkan loyang dari oven dan tonggengkan loyang tersebut.
Tunggu hingga sejuk @ agak2 sejuk baru diterbalikkan keatas.

Tuesday, 14 June 2011

KEK TIRAMISU SIMPLE

Kek Tiramisu ni saya buat sempena hari lahir saya yang ke 37 tahun.Resepi kek nie saya skodeng dari sumber myresepi dan disumbangkan oleh Kak E. Terima kasih kak E atas kek yang mudah dan sedap nie . Pada pendapat saya, kek nie sangat sedap dan mudah pembuatannya.  Alhamdulillah, hasilnya saya amat2 berpuas hati...


Kalau nak resepi meh jom saya tunjuk :

Bahan kek :
250g sponge mix
4 biji telur
50 g air
50 g minyak
perasa kopi (optional)

Cara membuatnya :
Pukul semua bahan kecuali minyak sehingga kembang (high speed).
Bila dah kembang masukkan minyak. Kacau rata.
Masukkan dalam loyang  9 ".
Bakar hingga masak (lebih kurang 45 minit - 1 jam)

Filling :
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan


Cara membuatnya :
Bancuh nescafe dengan air panas.
Pukul cream cheese dan gula hingga kembang.
Masukkan whipping cream dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.

Cara menyusun kek:
1. Potong kek kepada 2 @ 3 lapisan.
2. Lapisan pertama susun kek kedalam loyang 8.
3. Sapu bancuhan nescafe ke atas kek.
4. Lapiskan dengan cream cheese.
5. Buat langkah 2 ~ 4 sehingga habis.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam @ keras.
7. Setelah siap, keluarkan kek dari loyang.
8. Sapu dengan whipping cream dan hias dengan serbuk koko & strawberry
Sekian...
Selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG